Tuesday, June 28, 2011

Membaca pengalaman orang.

Membaca kisah dan pengalaman orang kadang2 menjadi iktabar kepada diri kita. Kisah yang baik kita ambil pengajaran, sementara kisah yang buruk dijadikan sempadan dalam hidup kita. Alhamdulillah, saya telah berjaya membaca 3 buah buku yang menceritakan suka duka kehidupan beberapa individu.


Saya ingin kongsikan sebuah buku yang sangat menarik terbitan Galeri Ilmu,tulisan seorang Perunding Profesional iaitu Puan Noor Laila Aniza Zakaria.Buku yang bertajuk ‘INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA’. Buku ini saya pinjam dari jiran kat pejabat, Kak Dina. Alhamdulillah dengan izin Allah saya di beri masa untuk membaca buku ini dan menyelami kisah-kisah yang di paparkan. Terima kasih juga buat Kak Dina..."Terima kasih daun keladi, nanti boleh pinjam buku lain lagi...".

Buku ini adalah himpunan masalah dalam rumahtangga yang diajukan kepada penulis dan dijawab oleh penulis. Memanglah kisah rumahtangga bermacam-macam, hingga yang remeh-temeh pun boleh menjadi pertelingkahan dan yang paling sedihnya, hingga menyebabkan penceraian, sesuatu yang di bolehkan tapi di benci Allah,mengoncang arasy.

Membaca buku ini, membuatkan rasa insaf, betapalah masalah rumahtangga perlu di tangani dengan matang dan rasional oleh setiap pasangan. Kemantapan ilmu adalah sangat penting terutamanya mereka yang ingin merancang perkahwinan, tanpanya kehidupan yang mendatang akan terasa kekosongan dengan tanpa ilmu rumahtangga. Paparan kisah yang di tulis sangat menarik, santai dan setiap kisah atau isu yang di utarakan di sertakan dengan nasihat dan petua-petua bagi menangani setiap masalah yang di hadapi. Tidak ada sesiapa di dunia ini yang mahu hidupnya derita bukan?.

INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA

Sebanyak 40 kisah atau isu yang di utarakan di dalam buku ini, semuanya releven untuk kita yang sudah berumahtangga atau pun belum. Bermula denga masalah Suami, Masalah isteri, ego suami, rumah tangga itu syurga, anak dan ketabahan hati wanita, semuanya mengandungi pengajaran untuk di fikirkan oleh pembaca. Adakalanya masalah kita sendiri juga boleh terjawab dengan membaca buku ini. Permasalahan satu persatu di selesaikan dengan cara yang berhikmah agar setiap apa yang berlaku dapat di atasi dengan baik, tanpa ada yang terasa di antara dua pihak, jalan terbaik adalah perdamaian, bina kasih sayang dan saling bermaaf-maafan, dengan itu terbinalah dan selamatlah rumahtangga yang di bina itu.

Satu kisah yang begitu menyentuh peasaan saya adalah kisah seorang isteri yang inginkan kasih sayang daripada seorang suami dengan cara dia bomohkan suaminya sendiri. Si isteri yang saya 'dungu' ni sebenarnya termakan pujukan kawannya supaya bomohkan suami. Memang menjadi, di mana suaminya berubah hampir 100%, segala tumpuan dan kasih sayang dicurahkan kepada si isteri sehinggakan kerja2 rumah pun si suami yang buatkan. Si isteri ni pulak merasa begitu teruja dengan perubahan si suami. Suatu hari, si isteri ni mendapati jiran barunya seorang janda. Si isteri yang takut si suami terpikat dengan janda tersebut, sekali lagi dia jumpa bomoh untuk 'mengikat' nafsu suaminya dengan wanita lain. Nauzubillahi min zaalik... Si suami ni menjadi semakin 'bodoh'. Pada suatu ketika, si suami ni out-station ke Sarawak dan si isteri pulang ke kampung kerana ada majlis kenduri. Tiba2....jeng...jeng.....si isteri mendapat panggilan yang mengatakan suaminya MENINGGAL dalam satu kemalangan. Betapa terkejutnya si isteri dan dia mengenangkan betapa banyaknya dosa dia terhadap suami yang tidak sempat dimaafkan oleh si suami. Ni antara kisah yang tidak dapat saya lupakan. Banyak lagi kisah2 lain untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Akhirnya, boleh baca buku ini untuk membaca kisah2 yang lain. Boelh be;li kat kedai buku dan ia memang bagus untuk dimiliki oleh semua, mereka yang ingin mendirikan rumahtangga, yang sudah berumahtangga, suami, isteri, guru-guru dan sesiapa sahaja. Semoga perkongsian ringkas ini,ada manfaatnya untuk para sahabat semua. Ataupun boleh pinjam dengan kawan yang dah ada.


Menghimpunkan 25 koleksi pengalaman suka duka kehidupan wanita bertudung yang diadaptasi daripada kisah benar supaya menjadi pedoman kepada pembaca. Karya-karya yang disumbangkan dalam buku ini adalah hasil garapan wanita profesional seperti doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam, pensyarah, guru, konsultan, pelajar, bekas selebriti dan pengurus rumah tangga. Termasuk juga di sini kisah pelakon popular Noorkumalasari.

Ketika asyik membaca buku ini, terdetik di hati ni.."Ya Allah...terima kasih kerana aku dilahirkan ditengah2 masyarakat yang telah ada kesedaran tentang kewajipan bertudung dan di dalam keluarga yang memang ada kefahaman Islam yang jelas." Mejoriti kisah di dalam buku ini adalah wanita yang lahir di zaman 60-an dan 70-an, di mana kesedaran tentang bertudung tidak jelas dan memang di zaman ustazah2 yang bertudung tapi tidak sempurna. Terdapat juga kisah daripada mereka yang bertudung dicemuh oleh ibu bapa sendiri, kononnya bertudung adalah kono, tidak maju dan ada juga wanita yang bertudung pada zaman itu digelar 'hantu kum-kum'.

Mengimbau kenangan saya dulu2...saya mula bertudung sepenuhnya sejak darjah 3 (9 tahun). Nak keluar rumah wajib bertudung. Tapi di dalam rumah tidak sepenuhnya, kerana ketika itu abang ipar memang duduk sekali dengan mak. Kesedaran untuk bertudung betul2 di dalam rumah (setiap masa ketika abang ipar ada kat umah) rasa2nya tingkatan 6 kot...lupa.


Satu kisah yang menarik dalam buku ni adalah pengalaman Dr Katherine Bullock yang asalnya sgt bencikan Islam. Beliau Memandang tudung sbg adat lama pusaka usang . Beliau mendapat hidayah daripada Allah semasa dalam proses penyiapkan tesis kedoktorannya (PhD) yang bertajuk Politik Bertudung ( The politic of the Veil) , Selepas itu, beliau terus bertudung. Namun ujian Allah datang ke atas beliau dengan menerima cemuhan yg hebat daripada masyarakat. Mereka berkata: "Bagaimana Katherine sanggup menerima pakai kepercayaan yg penuh penindasan itu, walhal beliau adalah seorang pejuang feminis yg berkaliber dan kuat pegangan? Bagaimana beliau blh memeluk Islam? Tidakkah beliau mendgr apa yg pejuang Hamas lakukan? Tidakkah beliau melihat penindasan yg dilakukan oleh lelaki Islam kpd wanita Islam????

Pelbagai ujian yang beliau terima setelah menzahirkan keislaman beliau melalui pakaian. Beliau dihina krn bertudung, menerima layanan double standard hanyalah krn bertudung & didiskriminasikan. Beliau dgn terbuka hatinya berkongsi hasil tesis beliau dgn masyarakat krn objektif utamanya adalah menangkis tanggapan stereotaip Barat bhw tudung itu lmbg penindasan. Sekaarang beliau aktif berceramah mengenai tajuk ini di kalangan ahli akademik, wanita Islam, wanita bukan Islam dan di kalangan ahli gereja di Kanada, USA dan Australia.

Buku ini pula adalah perjalanan hidup pelawak dan pelakon Bob Luqman dari beliau kecil hingga lah sekarang. Bila membaca kisah beliau, timbul rasa kasihan, suka, sedih dan akhirnya membahagiakan. Bob Luqman dilahirkan ditengah2 keluarga alim ulama', di mana moyangnya adalah Tok Kenali, ayahnya seorang ustaz. Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.

Bapanya telah bercerai sejak dia masih kecil dan beliau tinggal dengan bapanya yang tersangat garang. Beliau membesar sebagai seorang 'gengster' yang selalu membuli kawan, menjadi ketua samseng di sekolah, walaupun dia dihantar oleh ayahnya ke sekolah agama. Walau pun beliau seorang gengster, satu kelebihannya adalah pandai bercakap dan berpidato. Bakat yang dimiliki ini membawa beliau kepada juara pidato untuk beberapa tahun. Namun sikapnya yang suka membuli kawan membawa padah pada dirinya. Kemuncaknya beliau dibuang sekolah. Selepas itu dia hidup berdikari dengan membuat bermacam2 kerja hinggalah beliau terjun ke medan glamor iatu sebagai artis. Beliau dapat terjun ke medan hiburan ada beberapa faktor antaranya beliau pandai bercakap, tidak sombong dan satu kelebihan beliau adalah pandai buat kelakar. Beliau juga adalah antara penulis lirik lagu yang terkenal. Antara lirik lagu yang dicipta olehnya adalah 'Isabella'.

Kehidupan semasa menjadi artis memang melalaikan hinggalah beliau sedar dari mimpi 'glamour' apabila sahabat baiknya meninggal dunia di waktu usia yang muda. Kemudian beliau pula ditimpa penyakit hingga lumpuh. Isterinya telah melarikan diri. Beliau hidup terkontang kanting bersama 3 anak yang ditinggalkan isteri. Musibah yang menimpa2 menyebabkan beliau terfikir tentang mati dan kehidupan ini tidak kekal. Selepas itu beliau bertekad untuk berhenti daripada bidang 'glamor' dan bertaubat. Apabila difikirkan semula, beliau rasa begitu kesal dengan kehidupan zaman mudanya. Sekarang beliau aktif dalam kerja2 dahwah. Lagi pun baru sekarang ini dia sedar bahawa dia adalah cicit kepada ulamak yang sangat tersohor iaitu Tok Kanali. Alhamdulillah...


Mutiara Indah:Meransang Untuk Membaca

Kita adalah umat iqra’,tetapi mengapa masih lagi enggan membaca?
Abdullah bin Mas’ud berkata:”Seseorang itu dilahirkan bukan terus menjadi ‘alim,sebaliknya ilmu itu diperolehi dengan cara belajar.”


Ulamak adalah perwaris Nabi.


Salah seorang berkata kepada al-Sya’bi:”Berilah fatwa kepadaku wahai orang ‘alim.”Al-Sya’bi menjawab;”Orang ‘alim adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah.”


Bacalah supaya anda tidak bosan,tidak sesat,tidak tergelincir dan tidak menjadi orang hina.


Salah seorang ulamak yang tekun membaca buku ditanya: “Apa yang tuan buat?” Dia menjawab: “Saya tengah mengasah akal fikiran saya,”


Ada sesetengah ulamak yang rela menjual rumahnya untuk membeli beberapa judul buku.Syabas ke atas usaha mulia ini!


Ibn Daqiq al-‘Id terkenal sebagai seorang yang cepat dalam membaca buku hingga mampu menghabiskan satu jilid buku dalam satu malam.


Satu ayat yang anda baca mungkin akan merubah jalan anda daripada kesesatan menuju gerbang hidayah.


Satu patah perkataan yang ada di dalam kertas mungkin menjadi penyebab kebahagiaan anda.


Seseorang yang tidak minat membaca adalah sifar.


Setiap tokoh agung pasti sukakan membaca dan setiap orang
bodoh pasti bencikan buku.


Anda pasti merasa jemu denga segala sesuatu yang ada di dunia kecuali membaca.


Rumah tanpa perpustakaan ibarat perkuburan.


Sunday, June 26, 2011

'"Kemaruk" Novel Abdul Latip Talip

Ahamdulillah...Allah masih lagi memberi nikmat masa yang sedikit lapang untuk terus membaca dan membaca. Sekarang ni tengok 'syok' membaca novel islam karya Abdul Talip Latip. Setakat ni dah 6 tokoh selesai di baca. Buku 4 khalifah Islam, Salehuddin al-Ayubi dan Sultan Mohammad al-fateh yang selesai dibaca. Alhamdulillah...membaca sejarah hidup dan perjuangan pembela agama amat terkesan di hati dan jiwa.


Salahudin Ayubi, Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin (1137 - 1193) adalah satu nama yang sehingga kini terpahat sebagai panglima yang telah menakluk Jerusalem dan sinonim dengan kata-kata “Sesiapa Yang Menguasai Palestin, Dia menguasai Dunia.”

Berbangsa Kurdis yang berasal dari Iraq, Salahudin Ayubi sememangnya seorang penunggang kuda yang cekap dan panglima tentera yang bermatlamat ‘Jihad Fisabillillah’.

Dari seorang ketua panglima tentera kepada Sultan Nurudin dari Syria hingga menjadi Khalifah Negeri Mesir sebelum diisytiharkan kemerdekaan oleh Kerajaan Abasiyah dan diberikan gelaran Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Kisah Salahudin bukan sahaja mengenai penaklukan Jerusalem, Perang Salib III, Penggabungan Syria dan Mesir malah perjalanan politik Salahudin itu juga amat menarik dan beremosi untuk diteladani oleh semua.

Nama Salahuddin Al-Ayubi cukup dikenali bukan sahaja di dunia Islam bahkan dunia Barat dan Eropah juga. Beliau merupakan wira Islam yang bertanggung jawab memebus semula Baitulmaqdis (Jerusalem) selepas ditawan oleh pihak Yahudi.

Setelah habis membaca buku ini dan saya rasa isi kandungan yang ada dalam buku ini sungguh menarik kerana ia banyak mengisahkan tentang kebijaksanaan Salahudin Ayubi semasa menawan sesbuah kawasan dan beberaniannya ketika berperang. Selain itu semangat “jihad” yang diceritakan dalam cerita ini benar-benar menggambarkan masyarakat Islam yang dahulu yang begitu mantap keimanannya berbanding masyarakat sekarang.

Dalam sejarah peradaban Islam, kota suci umat Islam ini ditawan sebanyak 3 kali oleh pihak Yahudi. Kali pertama ia ditebus semula oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Dan kali kedua oleh Salahuddin Al-Ayubi. Kali ketiga ia ditawan ialah 50 tahun yang lalu, dan kini masih belum ada mana-mana wira dari kalangan umat Islam yang berjaya menebus kota suci itu.



Buku ini merupakan karya sejarah yang amat menarik untuk dikaji. Bagi yang tidak berminat dengan buku sejarah yang berbelit dengan tarikh dan fakta, saya mengesyorkan buku ini. Hal demikian kerana penulis menghidangkan fakta sejarah dalam bentuk novel dan santai disamping dialog-dialog yang berkesan. Buku ini menceriakan ketokohan Sultan Muhamad sebagai pemerintah dan usaha beliau untuk membuka Kota Konstantinopel (sekarang Istanbul -yang bermaksud Islam Seleruhnya) . Strategi-strategi peperangan yang mengkagumkan serta keluhuran budi menjadikan Sultan Muhammad tokoh yang ideal untuk diteladani.

Saya sangat mengagumi Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang pemuda yang memegang takhta kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Seorang yang berjiwa besar ingin menakluk kota Konstantinopel. Berjaya menakluk Kota tersebut pada usia 21 tahun. Beliau seorang yang kuat beribadah, tawadhuk, zuhud dan mahir dalam ilmu peperangan sejak berumur 5 tahun lagi. Air mata saya menitis ketika kejayaan beliau menakluki kota Konstantinopel. Setelah beliau berjaya menakluk Konstantinopel, beliau berjaya menakluk kawasan-kawasan sekitar seperti di bahagian Eropah Timur dan termasuk negara-negara Arab seperti Mesir, Hijaz, Yaman and lain2 negeri yang berhampiran. Beliau meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 49 tahun semasa beliau berada di puncak kegemilangan kerana diracun oleh seorang Yahudi yang memeluk Islam

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah monadonya adalah sebaik-baik pasukan. " (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad).

Kerana itu usaha menakluk Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah. Sultan Suliaman pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Al-Rasyid pada tahun 165 hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 14000 tetapi semuanya menemui kegagalan. Kemudian Akhirnya pada 857 Hijrah, Allah mentakdirkan Kota onstantinopel berjaya ditawaan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Ia ditawan pada ketika wujudnya pemerintahan yang baik, tenteranya baik dan rakyatnya baik. Satu kisah yang menarik tentang Sultan Muhammad ini, dia sendiri menyamar sebagai orang miskin dan peminta sedekah untuk melihat sendiri bagaimana sikap rakyatnya. Alhamdulillah, baginda bersyukur kerana rakyatnya amat perihatin terhadap orang miskin.

Satu lagi kisah yang menarik bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh buat2 sakit untuk menguji tenteranya sama ada baik atau sebaliknya. Suatu pagi, baginda pura2 sakit dan teringin memakan buah delima. Ketika itu baginda bersama tenteranya membuat latihan ketenteraan di sebuah pulau yang banyak pokok delima. Sebelum itu, Sultan Muhammad telah bepesan, jangan mengambil buah tanpa izin tuannya. Melihat keadaan sultan yang sakit, tenteranya pergi mencari buah delima di kebun. Apabila sampai di kebun, tuan kebun tiada dan tenteranya tidak mengambil buah delima kerana patuh akan arahan sultannya. Mereka pulang ke khemah dengan tangan yang kosong lalu berjumpa dengan sultan Muhammad dan menceritakan apa yang telah berlaku. Sultan Muhammad tersenyum dan mengucapkan alhamdulillah. Tiba2, tukang kebun datang berjumpa sultan dan memuji tentera sultan Muhammad. Sebenarnya semasa tentera sultan Muhammad berada di kebunnya, dia sembunyikan diri untuk melihat tingkah laku tentera itu. Beliau berasa kagum dan membawa satu bakul buah delima serta membenarkan tentera Islam makan buah yang ada di kebunnya.

Satu lagi kisah yang menarik tentang Sultan Muhammad al-Fateh. Ketika penaklukan kota Konstantinople, gereja Aya Sopia yang sangt besar dijadikan masjid. Maka, pada hari Jumaat pertama selepas penaklukan, hendak dilakukan solat Jumaat. Sultan Muhammad tidak tahu siapa yang layak menjadi imam. Selepas berfikir, kemudian, sultan Muhammad meminta semua tenteranya berdiri termasuk baginda.
"Siapa yang pernah tinggal solat fardhu 5 waktu, sila duduk," perintah sultan Muhammad. Tiada siapa yang duduk.
"Siapa yang pernah tinggal solat sunat rawatib, sila duduk," separuh tenteranya duduk.
"Siapa yang pernah tinggal qiamullail selepas baligh, sila duduk," semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad. Jadi, yang layak menjadi imam adalah sultan Muhammad sendiri.
Inilah satu contoh pemimpin yang baik yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Kalau nak tahu bagaima Sultan Muhammad al-Fateh melayarkan kapal-kapalnya ke puncak gunung, kenalah baca buku ini....MEMANG BEST!!!


Khalifah2 Yang Benar adalah gabungan 4 khalifah Islam iaitu Abu Bakar as-siddiq, Umar al-Khattab, Uthman dan Ali. Setelah membaca novel Islam ni, hati dan sanubari begitu ter'sentuh' dengan perjuangan yang begitu hebat daripda sahabat Rasulullah yang ingin memartabatkan Islam. Alhamdulillah...Ya Allah hambaMu ini begitu bersyukur kerana dilahirkan di dalam agamaMu. Begitu juga dengan iman yang Engkau selitkan di hati ini.

Apabila membaca kisah dalam buku ini, betapa hebat iman para sahabat Nabi berbanding dengan umat hari ini termasuk diri ini. Para sahabat juga berjaya menangkis keprcayaan kuasa besar Rom dan Parsi yang mengatakan bangsa Arab lemah dan kolot. Mereka kuat dan dapat menakluki Rom dan Parsi adalah bertunjangkan iman dan ketakwaan yang tinggi terhadap Allah Taala.

Sangat sedih apa yang berlaku pada umat Islam sekarang. Jika semua umat Islam hari ini 'celik sejarah Islam', maka kita sebenarnya tidak ada masa untuk berseronok dan berhibur. Umat Islam ketika suatu dulu sangat 'gah' dan ditakuti oleh semua musuh Islam, kini telah hilang taringnya. 'Taring' ini dapat dikembalikan dengan mengikuti jejak kehidupan para sahabat Nabi s.a.w.

Insya'allah kemegahan dan ke'gah'an Islam seperti Zaman Rasulullah dan Zaman Sahabat akan muncul tidak lama lagi.....


Di atas ini adalah antara buku2 novel Islam karya Abdul Latip yang baru dibeli dan akan menjadi santapan minda dan rohani. Insya'allah dengan kelapangan masa yang ada, akan dihabiskan....

Wednesday, June 22, 2011

Lagi tentang IKHLAS

Pagi tadi motivasi pagi disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin. Juruhebah memanggil ustaz pepatah petitih sebab di akhir slot beliau akan mengakhiri dengan pepatah melayu. Dapat juga secubit ilmu yang dapat dikongsikan bersama.

Motivasi pagi tadi sekali lagi ustaz menekankan tentang keikhlasan. Kalau mengikut istilah Abraham Maslow TUMPUAN BERSEPADU. Istilah umat Islam adalah IKHLAS. Dalam sesuatu pekerjaan dan amalan yang dilakukan mesti ada tumpuan yang bersepadu @ ikhlas, barulah dapat hasilkan kerja yang berkualiti. Maksudnya tidak melakukan dengan sambil lewa @ istilah melayunya 'seperti melepaskan batuk di tangga'.

Untuk mendapat tumpuan bersepadu @ ikhlas, mestilah ada matlamat atau target yang hendak dicapai. Matlamat ini bukan mendapat keduniaan semata2, tetapi yang paling utama adalah untuk mendapat redho Allah. Ikhlas adalah dari hati dan hati adalah tempat tumpuan Allah Taala. Hati adalah elemen asas untuk mendapatkan keikhlasan. Orang yang mempunyai tumpuan di dalam pekerjaannya @ ikhlas akan bersemangat di dalam melakukan kerja, kerana tumpuan kita adalah ALLAH.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang ada tumpuan bersepadu @ ikhlas ini , 'kerja biasa' akan menghasilan kerja yang 'sangat luar biasa'. Ingaat....TIADA LILLAH (kerana Allah), akan mendapat LELAH sahaja. Sedarlah bahawa Allah sentiasa memberi 'markah' dalam segala tugasan dan amalan kita. Kita akan bersemangat membuat amalan / kerja kerana sedar bahawa adanya 'campurtangan' Allah dalam setiap amalan kita.

Akhir sekali ustaz menyebut pepatah orang tua-tua dulu:

IKHLAS MENOLONG TIDAK HARAP DISANJUNG

IKHLAS BERBUDI TIDAK HARAP DIPUJI

IKHLAS BERKORBAN TIDAK HARAP IMBALAN

IKHLAS KERJA TIDAK HARAP DIIJAJA

IKHLAS MEMBERI TIDAK HARAP GANTI

IKHLAS MENGAJAR TIDAK HARAP GANJAR

IKHLAS PERINTAH TIDAK HARAP DISEMBAH.


Semoga ianya menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita.


Tuesday, June 21, 2011

Satu kisah tentang IKHLAS



Macam biasa, pagi tadi dengar motivasi pagi di radio IKIM.fm bersama Ustaz M. Pahrol. Pagi tadi beliau bercerita satu kisah. Alkisahnya....


Terdapat seorang tukang kayu yang begitu dedikasi di dalam pekerjaannya menyatakan hasratnya kepada majikannya untuk bersara daripada kerja. Dia yang telah lama bekerja iaitu hampir 20 tahun, telah sampainya masanya untuk dia berehat dan pergi bercuti. Selepas menyatakan hasrat itu, majikannya berasa sangat sedih kerana dia seorang pekerja yang sangat rajin dan bagus. Kemudian majikannya meminta pekerjanya menyiapkan satu projek terakhir sebelum dia pergi bercuti dan bersara, iaitu membuat satu rumah.


Pekerja yang tadi begitu bersemangat untuk bercuti merasa berat hati menerima tugasan daripada majikannya. Namun, dia terima juga kerja itu dengan separuh hati kerana mengenangkan majikannya telah banyak berjasa kepadanya dan ia merupakan kawan baiknya. Dia akhirnya menyiapkan rumah tadi dengan ala kadar sahaja kerana hatinya sudah tidak berada di situ. Dia cuba menyiapkan rumah itu dengan cepat dan apabila telah siap, dia menyerahkan kunci kepada majikannya. Apa yang sedihnya, dia seorang pekerja yang sangat bagus dan cemerlang menyiapkan satu projek terakhir yang cincai. TETAPI....


"Tuan, ini kuci rumah yang telah siap", kata pekerja itu.

"Oh...tak apa, awak simpan sahaja kunci itu. Sebenarnya rumah itu adalah milik awak sebagai tanda penghargaan dan hadiah daripada saya setelah sekian lama awak bekerja dengan saya", kata majikannya.


Pekerja itu terkejut dan tercegang kerana tidak sangka rumah itu akan menjadi miliknya. Pekerja tadi merasa hampa dan sedih kerana rumah tadi dia buat dengan ala kadar sahaja, ukiran yang tidak cantik dan banyak kelemahan pada rumah tersebut. Jika dia tahu rumah itu adalah miliknya, tentu dia akan membuat yang terbaik dan tercantik. Tetapi sudah terlambat....


Moralnya daripada kisah di atas, dalam membuat pekerjaan, kita mestilah IKHLAS dan membuat yang terbaik. Timbulnya tidak ikhlas kerana kita merasakan kerja yang dilakukan untuk orang lain, bukan untuk diri-sendiri. Sama juga konsep ketaatan kita kepada Allah, segala ibadah yang kita lakukan sebenarnya manfaatnya akan kembali kepada diri kita juga. Manfaatnya kita dapat rasai dalam kehidupan seharian, hati yang tenang, kebahagiaan dan yang paling penting kejayaan di akhirat nanti. Tidak ikhlas menyebabkan kita membuat kerja dan ibadah dengan rasa terpaksa.

INGAT...Jika kita buat dengan terpaksa, kita akan rasa terseksa dan menderita.



Monday, June 20, 2011

INGAT MATI



"Persiapan untuk menyediakan kain lampin lebih gembira berbanding dengan persiapan untuk menyediakan kain kapan". Itu kata2 yang keluar dari penceramah Ustaz Pahrol Mohammad Juoi sempat menajadi santapan hati pada program motivasi pagi sepanjang perjalanan ke pejabat pagi tadi. Pengisian pagi tadi begitu menyentuh emosi dan perasaan diri ini. Hakikat kematian adalah bukan kesudahan, tetapi permulaan bagi sebuah kehidupan yang berkekalan. BETUL...BETUL.... Itulah hakikatnya.


Tentang kematian, beliau mengkategorikan kepada 3 bahagian. Pertama orang yang takut mati, kedua orang yang lupa mati dan ketiga orang yang ingat mati. Jarang di antara kita yang termasuk di dalam ketegori ke 3. Orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang bermotivasi. Orang yang sentiasa mengingati mati akan meningkatkan kualiti dari segi kerja, ibadah dan taubat. Kerana "esok belum PASTI kita ada @ tiada".


Orang mukmin yang sentisa mengingati mati tidak akan menangguhkan kerja, tidak akan menangguhkan taubat, tidak berbuat dosa dan maksiat, tidak lalai dalam amal ibadat dll. Itulah hebatnya mukmin sejati. Orang yang ingat kematian bukanlah kolot atau penakut.


Sekadar renungan bersama.....


Wednesday, June 8, 2011

Mengisi Masa Yang Terluang



Alhamdulillah...sepanjang dua bulan ni saya dapat habiskan 6 buku. 5 daripadanya adalah novel. 5 novel ini adalah kisah2 berunsur islamik dalam persahabatan, keimanan, ketakwaan dan percintaan terhadap Allah dan sesama manusia. Masa yang terluang alhamdulillah dapat juga diselitkan dengan bacaan walaupun sedikit. Terima kasih Ya Allah atas masa dan ruang yang diberikan.



Buku ini adalah karangan hilal asyraf yang ke-5. Kisah beunsurkan dakwah, kepimpinan dan persahabatan serta diselitkan dengan percintaan dikarang oleh penulis yang berkelulusan usuluddin dari Universiti Jordan.

Ia menceritakan tentang ukhuwah dua sahabat, Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan yang rapat bagai isi dengan kuku. Biar apa dugaan yang mereka terima, semuanya dapat ditempuhi bersama. Namun konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah yang berlandaskan keimanan.

Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau-bilau. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Tapi sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five, ada insan yang lebih besar dendamnya dan licik tindakannya. Dia ialah ... Secret. Siapakah 'sicret'? Jawapannya ada dalam novel ini.

Di dalam novel ini penuh dengan kata2 perangsang serta hadis2 Nabi tentang dakwah, persahabatan dan keimanan. Memang best dan seronok baca buku ini... Watak Irfan yang dibawa di dalam novel ini begitu mantap dari segi keimanan dan ketakwaannya. Sehingga satu per satu ahli kumpulan Disester Five dapat dibawa ke jalan yang benar. Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan teka-teki.



Ini adalah novel ke2 yang dapat saya habiskan dalam masa 4 hari. Novel ini juga berbentuk islamik. Memang seoronok membaca kisahnya.

Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya.




Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana.

Kisah ini diselitkan juga dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan. Seram di mana Manal Husna telah disihir oleh seorang lelaki yang ditolak cintanya oleh Manal Husna. Suspen pula di mana kisah cinta Manal Husna dengan Ustaz Safwan yang hampir terputus. Namun kisah ini disudahi dnegan 'happy ending'.






mengisahkan ttg kehidupan Natasha dan Jonathan @ Johan..Jonathan yang tercari kebenaran beragama bertemu dgn Natasha di universiti mereka belajar..sifat lembut, berpegang pada prinsip dan agama Natasaha membuatkan minat john terhadap Islam semakin mendalam.


sikap dan prinsip Natasha wajar dicontohi muda-mudi sekarang...walau berada di bumi org Natasha ttap dgn prinsip beragamanya..

Namun hubungan natasha dan john terputus di tengah jalan kerana Natasha terpaksa sambung belajar di Malaysia kerana peristiwa yang mengancam nyawa Natasha. Di Malaysia, Natasha berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya, Bahar.

Apa kaitan novel ini dengan Taj Mahal? kaitan nya dgn Taj Mahal...Bahar, suami Natasha menghadiahkannya mahligai umpama taj mahal kepadanya sbgai tanda kasih sayang...tetapi di mahligai tulah Bahar meninggal dunia...misterinya, adalah black magic...Selepas kematian suaminya, tiba2 John muncul....kenapa dan mengapa? Boleh baca sendiri....


Buku matahari ini adalah koleksi cerpen karangan Hilal Asyraf. Ia mengandungi 18 cerpen yang agak panjang dan menarik untuk dibaca. Cerpen2 adalah berkisah persahabatan, dakwah, kehidupan suami isteri dan banyak lagi kisah2 masyarakat yang diselitkan oleh beliau.


Seronok membaca buku ini. Ia adalah pengalaman dan kisah zaman silam penulis. Lucu, sedih, gembira, bersemangat, malu dan berbagai rasa lagi yang menyentuh hati ketika membaca buku ini.

Saya ketawa sendirian apabila membaca kisah lucu penulis. Pada masa yang lain, buku ini menyebabkan air mata ini turut sama mengalir tanpa ditahan-tahan tiap kali catatan penulis menyentuh perasaan. Catatan pegalaman penulis membuatkan saya teringat kembali kisah silam diri sendiri.. kenangan bersama ibu dan ayah, kawan sepermainan, adik-beradik dan… zaman persekolahan….


Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.

Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga

Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman

Bila membaca buku ini, saya 'disedarkan' akan amanah yang Allah 'beri' seiring dengan deretan nikmat-Nya kepada saya sebagai seorang wanita muslimah. Dan sebagai pemegang amanah itu, apa pula perlu saya buat dengan hidup saya. Contohnya, saya diberi nikmat - seorang suami yang baik. Seiring dengan itu, Allah beri saya amanah supaya menjadi seorang isteri yang baik dan ibu yang baik kepada suami saya yang baik itu. Macam mana pula hendak menjadi isteri yang baik? Kalau kita 'google' cara-cara menjadi isteri yang baik, memang bermacam-macam tips kita akan jumpa. Tapi saya hendak ajak semua wanita muslimah di luar sana baca buku ini. Insya Allah, akan 'berkesan' di hati sanubari, dan saya sudah merasai. :)



JOM MEMBACA....!!!!



Saturday, June 4, 2011

CutI-CuTi MaLaYsiA



Pandangan dari bilik di hotel Gamabang.



Salam. Satu minggu jalan-jalan sambil bercuti, Dari Pasir Gudang - Gambang, Pahang - Kuala Terengganu - Kuala Lumpur - balik Pasir Gudang. 27.5 malam bergerak ke Gambang, Pahang untuk menghadairi HAri Keluarga syarikat suami selama 2 hari. Kemudian 29.5 petang bertolak balik ke kampung Kuala Terengganu selama 2 hari. Seterusnya, 1.6 bertolak pulak ke K.L kerana urusan suami di sana.


Aktiviti HARI KELUARGA DI GAMBANG, PAHANG











Sempat ke PAMERAN SAINS DAN DINASOR DI K.L




Along dengan baju angkasawan.



Kakak...



Luqman...



Amir...



Asyraf...