Thursday, March 3, 2016

KELUARGA TERBARU KAMI



Assalamualaikum....

Ini lah keluarga kami sekarang. Dah 3 tahun berlalu, tambah 2 lagi anak perempuan kami.

Along dah 14 tahun. Semakin matang sekarang ni. Alhamdulillah, kami hantar dia ke sekolah tahfiz. Dah boleh imam untuk adik2. :). Mama dokan along menjadi imam bukan sahaja di rumah, tetapi di luar rumah. Bahkan di mana sahaja along berada, along adalah imam di kalangan orang2 yang soleh. Aminn.

Kakak Izzati dah 11 tahun. Dah nak sama tinggi dengan mama. Izzati anak yang baik, taat, pandai dan sangat aktif bersukan. Mama doakan izzati menjadi wanita solehah di akhir zaman ini. Aminn.

Anak ke 3 mama, Luqman sekarang dah 10 tahun. Aktivitinya suka menyakat adik2. Suka sangat jika adiknya menangis. Kadang2 mama yang naik geram dengan sikap anak mama yang sorang ni. Tapi...bila Luqman demam, rumah sepi pula tanpa tangisan adik2. Sekarang ni Luqman tak sihat dah hampir 2 minggu. Semoga Luqman menjadi anak soleh kebanggaan mama.

Anak kembar mama amir & asyraf dah besar....darjah 2 dahhh. Sekejapnya masa berlalu. Anak kembar mama ni masih manja rupanya. Maklum la 5 tahun tak dapat adik.  Makan pun masih bersuap, nak di mandikan...sabar je la...semoga anak kembar mama membesar sebagai mujahid pembela agama.

Ahli baru blog ni, nur izzatul waafirah dan nur aisyatun naziihah....2 anak dara cilik mama ni selang satu tahun je...jadi macam kembar juga la. Ada kawan bila besar nanti. Semoga anak dara mama ni membesar sebagai mujahidah sejati.

Harapan mama semoga kelurga besar kami sentiasa dalam lembayung rahmat dan redha Allah. Amiin...



 

SETELAH 3 TAHUN BERLALU...

Assalamualaikum....lamaaanya dah up date blog ni. Rasanya dah hampir 3 tahun. Maklum la sekarang ni banyak sangat medium untuk up date status kan. Facebook ada, twitter ada, w.sup ada...dunia IT semakin mengusai duni hari ini. Kembali kepada kisah saya ni.  Hihi..

Tiba-tiba je pagi pagi buta ni mimpi nak buka blog ni. Tengok-tengok tarikh terakhir up date blog ni pada bulan Mei 2013, Allahu Akbar lamanya tak buka 'rumah' ni. Rasa dah mula nak aktif semula blog ni.

Untuk up date pertama ni. Kaluarga kami dah semakin bertambah. Campur lagi 2 anak dara. Alhamdulillah...jadi semua anak kami dah 7 orang. 4 hero dan 3 dara. Terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu.

Setakat ni sahaja untuk kali ini.





Tuesday, June 5, 2012

Hadiah Birthday

Salam....Syukur alhamdulillah kerana diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di bumiNYA ini, dan masih lagi berada di dalam nikmat iman dan Islam. Tahun ini bertambah lagi usia ke angka yang semakin banyak. Emmm....dah tua rasanya. Ini bermakna semakin hari semakIn berkurang usia dan kematian semakin hampir. Ingat mati....ingat sakit....ingat saat kau sulit...ingt mati kan satu Ibadat...

Emmm....b.day tahun ni sambut dalam perjalanan ke cameron highland. Seronok juga....Haa...tahun ni dapat hadiah dari suami tercinta...alhamdulillah... walaupun hadiah ni dapat lewat satu minggu....



NI LAAA HADIAH NYE....



APA DALAM NI ERK...?












TERIMA KASIH DAUN KELADI...!!!



Sunday, May 20, 2012

Kenderaan Baru Keluarga Kami

 Salam semua. Alhamdulillah...sempat lagi nak up date blog ni. Sebulan sekali baaru boleh nak edit blog ni. Mula-mula saya nak ucapkan selamat beramal di bulan yang mulia ini, Rejab, bakal tiba Sya'ban dan Ramadhan.
Alhamdulillah...rezki yang Allah bagi, kami bertukar selera dengan menukar kereta yang agak besar dan selesa. Buka apa untuk perjalanan jauh. Maklumla anak-anak semakin membesar. 

 Kereta baru keluarga kami. Alphad....


Selamat Tinggal Hyundai Trajet.
Kereta ini dalam ingatan.


Thursday, May 17, 2012

KEMARUK CERPEN

Salam. Lamanyee tak membaca novel. Sekali baca dah 'ketagih' plak. Bila start je membaca novel, dah susah nak stop. Nak..nak...kalu dah klimaks cerita tu. Hihi...siap nangis2 lagi. Maklumlah jiwa ni mudah sangat nak menangis. Terutama cerita berkaitan anak dengan mak ataupun, kisah suami dan isteri. Kat bawah ni novel yang paling sedih CINTA YANG TERLEWAT dan ANDAI ITU TAKDIRNYA. Yang lain best juga. Tapi yang dua ni hingga bercucuran air mata.