Monday, September 28, 2009

Tahniah...buat Nurafifah


TAHNIAH !

BUAT NUR AFIFAH & SUAMI ATAS KELAHIRAN PUTERA SULUNG
PADA 16 SEPTEMBER 2009.

BUAT

ABDUL FATTAH RAYYAN B ABD BASIDH

SEMOGA DIKAU MENJADI INSAN BERGUNA DUNIA DAN AKHIRAT

AMIN


Thursday, September 24, 2009

Alamak...!!! Duit tak cukup??!!

Sesekali ingat terasa malu. Dua kali ingat rasa kelakar pun ada. He he...Alkisahnya gara-gara baru balik dari beraya. Biasala lepas raya duit dah kering. Bukan duit je, barang2 dapur pun dah kering. Jadi, kenala g shopping barang dapur dan susu anak skali. Semalam, hari Khamis jam 10 pagi dah keluar ke pasar membeli sayur dan barang-barang basah. Lepas tu ke pasaraya pula beli barang2 dapur. Sebelum kaluar rumah dah check duit hanya tinggal rm 300. 'K la, cukup kot' detik hati. Pasaraya yang paling dekat adalah Pasaraya Maslee. Lebih kurang 1 jam mengambil barang keperluan, ke kaunter untuk buat bayaran. 'Eh! Banyak pula barang aku ambik nih! Cukup x duit nih? Cukup kot duit' detik hati. Satu demi satu barang di scan. 'toot, toot, toot, toot'...bunyi scan terasa sama bunyi dengan debaran jantung. Terpapar jumlah rm333.00. Buka beg duit, tengok not rm50 ada 4 keping je. Oh! lupa, tadi 2 not rm50 dah guna kat pasar. 'Alamak...!!! Duit tak cukup!! Detik hati. Takpe, takpe, korek sana, korek sini, badan dah berpeluh nih. Dah la orang kat belakang asyik perhatika je. Haa ada rm100. 'Alamak rm33 lagi tak cukup. Camne nih??!!' Dapat idea... "Dik, boleh tolak 1 susu ni?" tanye kat cashier. "BOLEH". Ahh legaaa... Malunyee..terutama kat orang belakang yang asyik perhatii jee. Ahh...dah dapat risit, terus belah. Dalam perjalanan ke kereta...detik hati 'Pengajaran..lepas ni intai duit dulu sebelum bayar.'



TIGA HARI DI HARI RAYA

HARI RAYA PERTAMA DI TERENGGANU

Hari raya tahun ni, kat rumah tidak sediakan juadah pagi raya. Kami adik beradik sepakat untuk tempah nasi dagang dan sate. Pagi raya pergi raya rumah jiran dan sanak saudara di kampung. Sebelah petang pula hanya sempat beraya rumah mak saudara dan pak saudara aje.

Tema hijau pada tahun ni. Izzati dan Hafiz tiada kat sini.

Aseng bersama 3 anaknya, bertemakan biru. K.da dan 3 anak lelakinya tiada kat sini.

Ni pula Skeri, adik bongsu. Anak sulungnya tiada kat sini. Temanya pula pupple.


Ha..yang tengah syok makan nasi dagang tu abang sulung bersama isterinya k.dah. Abang sulung juara kerana anaknya paling ramai dalam adik-beradik, 10 orang. Tak lama lagi nak timang cucu pertama.


Ni la anak sedara sulung, anak sulung abang kat atas. Insya'Allah bulan 11 nanti bakal jadi ibu. Tema merah menyala.



Juru kemera sibuk mengambil gambar sambil dukung anak pulak tuu..


Luqman kusyuk memasukkan duit raya ke dalam poket baju.


HARI RAYA KEDUA DI JALAN RAYA

Hari raya ke-2 tidak beraya ke mana-mana. Pagi mengemas pakaian dan barang untuk berangkat ke Batu Pahat. Jam 11 pgi baru bertolak ke sana. Jadi, raya ke-2 kami hanya beraya di jalan raya je la. Emm...Begitu la tiap-tiap tahun.

Sempat lagi bergambar sebelum bertolak.


Keadaan di jalan raya pada hari raya ke-2 agak sibuk dengan kereta. Perjalanan pun agak sedikit perlahan di sesetengah jalan raya. Kemalangan pertama berlaku di Jerangau.

Alhamdulullah, jam 6.30 ptg tiba rumah abah di Batu Pahat. Sampai je kat sana penuh dengan sanak saudara dari Singapura(sepupu abang) dan mak ucu dan keluarga.


HARI RAYA KETIGA DI BATU PAHAT

Hari raya ke-3 beraya pula di Batu Pahat. Beraya dari pagi hingga ke petang. Malamnya balik ke Pasir Gudang, esoknya abang dah kerja. Rasa cuti raya ni begitu padat dengan aktiviti.

Malam samapai ke Batu Pahat, sempat lagi budak-budak ni main bunga api dengan sepupunya di sana. Atuknya pun sibuk memantau cucu-cucunya bermain.

Bergambar bersama anak saudara sebelah abang di rumah abah.


Kepenatan beraya...


DAN...


HASIL DARI 3 HARI BERAYA

:
:
:
:
:
:
:
:

YA!!! DUIT RAYA....
NI YANG BUDAK2 SUKA. MAKNYE PUN SIBUK NAK KENA KIRA. PAH TU SIMPAN KAT BANK MEREKA SEBAGAI SIMPANAN MASA DEPAN.



=) Terkenang kembali zaman kanak-kanak dulu, time raya paling seronok sebab dapat kumpul duit raya. Siap bersaing lagi ngan kekawan kat kampung siapa paling banyak dapat duit raya. Itu hanya tinggal kenangan.













Wednesday, September 23, 2009

SEHARI SEBELUM RAYA

Adalah menjadi rutin keluarga kami di Terengganu membuat jamuan berbuka puasa bersama semua adik-beradik. Ini adalah aktiviti wajib tiap-tiap tahun, biasanya sehari sebelum hari raya menjelang. Inilah yang merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga. Sepanjang perkahwinan kami selama 5 tahun, baru sempat 2 kali dapat berbuka puasa sesama ahli keluarga. Alhamdulillah, tahun ini dapat bersama lagi dengan adik-beradik berbuka puasa walaupun keadaan cik(panggilan bagi mak) yang kurang sihat. Maklumla dah kahwin dengan orang jauh (Johor) kenalah bahagi giliran. Terkenang kembali zaman bujang dulu, kami adik-adik sibuk dari pagi menyiapkan juadah untuk berbuka puasa. Adik-beradik yang lelaki 4 orang (abang wei, mat ghani, aseng dan skeri) sama-sama membantu di dapur. Bagi tahun ni, kami sampai je, juadah berbuka dah siap untuk dihidang. Menu tahun ni, nasi minyak, masak kurma ayam kampung, ayam goreng, acar nanas dan keropok lekor. Air pula air oren.

Sembang-sembang bersama adik-beradik dan ipar-duai. Maklumla dah jarang-jarang jumpa, banyak la nak diceritakan. Kisah diri-sendiri, anak-anak, baju raya, kuih raya dan lain-lain.

Si mak-mak sibuk bersembang, si anak-anak pula sibuk main bunga api di halaman rumah. Bukan main seronok lagi budak-budak ni bermain bunga api. Ambil peluang main sepuas-puasnya, bukan selalu, setahun sekali dapat main. Anak-anak yang kecik pun tak lepas peluang yang ada. Ha..tapi diperhatikan oleh kakak dan abangnya yang dah beso la... Malam yang gelap menjadi cerah dek cahaya bunga api.

Hafiz, Izzati dan Luqman pun ambil peluang bermain bunga api.


Tuesday, September 22, 2009

SEPANJANG PERJALANAN


Catatan perjalanan balik beraya ke kampung

17 September 2009 (Khamis) - Rancangan awal nak bertolak hari Jumaat pagi dari Pasir Gudang ke K.Trg. Abang pulak sms, nak balik petang Khamis. Kelam kabut juga nak mengemas pakaian. Alhamdulillah, sempat juga mengemas, itu pu sebab ada bibik yang bantu. Jam 6.30 ptg bertolak dari Pasir Gudang ke Batu Pahat (rumah abah). Singgah rumah Abang Nizam + K.murni untuk berbuka puasa dan solat Jamak Qasar Maghrib Isyak. Lepas tu, teruskan perjalanan ke rumah abah. Jam 10 mlm sampai rumah abah. Sampai di sana, semua dah kepenatan n tidur. zzzzzzzzzzzzzzz

18 September 2009 (Jumaat) - Pagi, sebelum bertolak balik ke Terengganu, kemaskan sikit2 kat rumah abah. Jam 12 t/h baru bertolak ke kampung Pulau Rusa, K.T. Sepanjang perjalanan ke K.T yang mengambil masa 6 hingga 7 jam, macam2 boleh berlaku. Alhamdulillah perjalanan kami selamat.


Kemalangan pertama yang kami temui semasa perjalanan. Masih dalam kawasan negeri Johor.


Wah! Luqman siap posing lagi di dalam kereta.


Sempat lagi budak2 ni main ketika berehat di Gambang.


Dah nak sampai ke K.T. Jalan pula jem. Sekejap je jem nya. Rupanya kat depan tu ada bazar Ramadhan. Alhamdulillah, jam 6.30 ptg sampai rumah di Kg. Pulau Rusa.

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Rabu, 16 September 2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H, buat pertama kalinya Jabatan Pengajian Am, PJB mengadakan Majlis Khatam al-Quran peringkat jabatan. Alhamdulillah, rancangnye dibuat secara kecil-kecil sahaja, meriah jg akhirnya. Ni berkat bulan Ramadhan dan segala urusan dgn niat yang baik akan dimudahkan oleh Allah. Syukur pada Allah, terima kasih pada adik Ainoor yang bertungkus lumus dan idea yang diberi.

Sebelum majlis berlangsung...

Sempat posing juga sambil membungkus makanan. Ni la ajk untuk persiapan makanan.


Ha...!!! ni la juru gambar yang tak terlatih. hehehe... Wah!! Ainoor ada gayanya tersendiri. Noi pulak, relaax je ambik gambar.


Align CenterAntara bunga telur dan cenderahati dari peserta. Tak lupa dari mak Ainoor.


Semasa majlis...

Majlis ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama, PJB.

Backdrop ciptaan Ainoor. Memang cantik, manarik.... dan kreatif.

Pengerusi majlis dari kiri Huda (pengacara B.I), Ust Nizam (pengacara B.Arab) n Ust Hosni (pengacara B.M)


Majlis sedang berlangsung



Penutup majlis, pelancaran logo bagi Program Pendidikan Islam & Moral. Ni satu lagi ciptaan Ainoor. Syabas dan tahniah buat adik Ainoor!!!



KESUDAHANNYA...



Alhamdulillah, lauk pauk dan kuih muih dari majlis tadi menjadi juadah berbuka puasa. Kuih lopis, onde-onde, kek coklat, agar-agar dan menu utama pulut kuning.


Saturday, September 12, 2009

gaya tidur

Inilah gaya tidur anak-anak mama. Saat yang paling bahagia rasanya bila melihat anak-anak tidur dengan lena. Melihat kalian tidur membuatkan hati mama merasa sangat tenang dan damai. Itulah besarnya nikmat Allah ke atas hambanya...bila anak-anak bermain, rasa penat melayan. Melihat wajah mereka ketika tidur, hilang segala penat dan lelah.



Tidur ni namanya gaya tidur tangga

Ni pulak gaya tidur cabang 2


Dan yang paling best melihat gaya si kember tidur

SAKSIKAN...



GAYA 1



GAYA 2


GAYA 3

Gaya si kembar tidur tetap sama dan seiring walaupun berlainan posisi.


Friday, September 11, 2009

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
KHAS BUAT...
SUAMI TERSAYANG,
AHLI KELUARGA DI TERENGGANU,
AHLI KELUARGA DI JOHOR,
TEMAN & SAHABAT,
SERTA SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG INI.

MAAF DIPOHON JIKA TERDAPAT SILAP & SALAH




Thursday, September 3, 2009

NAK SIKIIIT,,,!!!

Si Kembar: Abang Luqman, kami nak sikit air tuuu...!!! Daaapnyeee abang minum. Kami nak sikit jeee...
Abang luqman : Tak boleh, adik tak boleh minum air ni. Nanti sakit perut.

Si Kembar : Kami tak kira, kami nak juga. Asyraf, jom kita rembat air niii...!!!
Abang Luqman : Eh..!! Abang cakap tak boleh, tak boleh la... nanti mama marah...

Si Kembar : Kami tak kira, kami nak juga...
Abang Luqman : Mama...!!! Tolong...!!! Adik nak ambik air mann...!!!