Adalah menjadi rutin keluarga kami di Terengganu membuat jamuan berbuka puasa bersama semua adik-beradik. Ini adalah aktiviti wajib tiap-tiap tahun, biasanya sehari sebelum hari raya menjelang. Inilah yang merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga. Sepanjang perkahwinan kami selama 5 tahun, baru sempat 2 kali dapat berbuka puasa sesama ahli keluarga. Alhamdulillah, tahun ini dapat bersama lagi dengan adik-beradik berbuka puasa walaupun keadaan cik(panggilan bagi mak) yang kurang sihat. Maklumla dah kahwin dengan orang jauh (Johor) kenalah bahagi giliran. Terkenang kembali zaman bujang dulu, kami adik-adik sibuk dari pagi menyiapkan juadah untuk berbuka puasa. Adik-beradik yang lelaki 4 orang (abang wei, mat ghani, aseng dan skeri) sama-sama membantu di dapur. Bagi tahun ni, kami sampai je, juadah berbuka dah siap untuk dihidang. Menu tahun ni, nasi minyak, masak kurma ayam kampung, ayam goreng, acar nanas dan keropok lekor. Air pula air oren.
Sembang-sembang bersama adik-beradik dan ipar-duai. Maklumla dah jarang-jarang jumpa, banyak la nak diceritakan. Kisah diri-sendiri, anak-anak, baju raya, kuih raya dan lain-lain.
Si mak-mak sibuk bersembang, si anak-anak pula sibuk main bunga api di halaman rumah. Bukan main seronok lagi budak-budak ni bermain bunga api. Ambil peluang main sepuas-puasnya, bukan selalu, setahun sekali dapat main. Anak-anak yang kecik pun tak lepas peluang yang ada. Ha..tapi diperhatikan oleh kakak dan abangnya yang dah beso la... Malam yang gelap menjadi cerah dek cahaya bunga api.
Hafiz, Izzati dan Luqman pun ambil peluang bermain bunga api.
No comments:
Post a Comment