Wednesday, August 3, 2011

LAGI KISAH TOKOH ISLAM

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Beliau lahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.
Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.
Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, Abu Ubaidah al-Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah SAW. Tetapi ayahnya bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud,
“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.”
Semasa berlakunya Perang Uhud, Rasulullah SAW terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah SAW memberinya gelaran 'Gagah dan Jujur'.






Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. �Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.� Doa Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua. Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada tahun 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut. Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Umar Abdul Aziz dan mengapa dia dianggap sebagai bayangan khalifah al Rasyidin Contoh Bab Semasa hidupnya, Khalifah Umar bin Khatab selalu berdoa. �Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.� Pada suatu malam Khalifah Umar bin Khatab ditemani pembantunya Aslam, meronda kawasan perumahan di Madinah. Mereka sampai di sebuah rumah yang terletak agak terpencil, lalu kedua-duanya duduk berehat melepaskan penat tanpa disedari penghuni rumah tersebut. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang ibu dengan anak gadisnya. �Wahai anakku, tuangkan susu kambing itu ke dalam bekasnya. Esok ibu mahu menjualnya di pasar,� arah si ibu. �Ibu, separuh daripada susu ini tertumpah semasa saya tuangkan ke dalam bekasnya,� beritahu si gadis. �Campurkan susu itu dengan air supaya bertambah semula.� Si ibu memberikan cadangan. �Tidakkah ibu tahu yang Khalifah Umar bin Khatab berpesan supaya jangan menipu dalam perniagaan?� Si gadis mengingatkan ibunya. �Beliau tidak pernah ambil tahu hal kita. Dia tidak tahu sekiranya kamu campurkan susu itu dengan air,� tambah si ibu. �Wahai ibuku, tidakkah kamu tahu, walaupun Khalifah Umar bin Khatab tidak nampak tetapi Allah melihat apa yang kita lakukan. Demi Tuhan, saya bukanlah orang yang mentaatiNya di hadapan ramai tetapi menderhakaiNya di tempat sunyi.� Begitu halus kata-kata yang keluar daripada mulut si gadis. �Benar katamu wahai anakku. Ibu mahu bertaubat.� Si ibu benar-benar insaf dengan kata-kata anak gadisnya. Begitu tersentuh hati Khalifah Umar bin Khatab apabila mendengar perbualan itu. Dia mengajak Aslam supaya segera meninggalkan tempat itu. Sebelum itu beliau sempat menyuruh Aslam menandakan rumah itu supaya mudah dicari. Keesokan harinya Khalifah Umar bin Khatab menyuruh pembantunya menjemput si ibu dan anak gadis itu datang menghadap lalu bertanyakan nama mereka. �Wahai Amirul Mukminin, nama saya Fatimah. Ini Ibu saya bernama Zainab. Ayah saya sudah lama meninggal dunia. Kami memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan,� tutur anak gadis itu dengan sopan. �Kamu seorang gadis yang baik. Adakah kamu setuju sekiranya aku kahwinkan kamu?� tanya Khalifah Umar bin Khatab lagi. Gadis itu tampak terkejut. Riak wajahnya tiba-tiba berubah merah kerana berasa malu. Persis dalam mimpi dirasakannya. �Wahai Amirul Mukminin, kami orang miskin. Sejak suami meninggal dunia, saya yang memelihara anak gadis ini hingga besar. Sekiranya khalifah ingin mencarikan jodohnya, saya sebagai ibunya berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih.� Si ibu mencelah apabila melihat anaknya berdiam diri. Kemudian Khalifah Umar bin Khatab memanggil semua anak lelakinya yang belum berkahwin lalu berkata, �Wahai anak-anakku, gadis ini seorang yang baik akhlaknya. Siapakah antara kamu yang mahu menjadikannya isteri?� Ashim segera menyahut, �Wahai ayahku, saya mahu berkahwin dengannya.� Ashim dan Fatimah segera dikahwinkan. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan Laila Ummu Ashim. Apabila remaja, Laila dilamar oleh Marwan dan dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Abdul Aziz. Mereka dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan salah seorang darinya bernama Umar bin Abdul Aziz

Monday, August 1, 2011

LAGI...SHOPPING BUKU

Minggu lepas sempat juga shopping beberapa buah buku di BADAN, Angsana, JB. Alhamdulillah...kebetulan di sana offer 20%, jadi sakanla membelinya. Buku yang dah ada pun belum lagi habis baca.... ni dah tgambah buku baru. Tak pe la..yang penting semangat nak membaca tu terus membara di hati.












NOMBOR SAMA

Semalam, dalam perjalanan pulang dari Batu Pahat ke Pasir Gudang, tiba2 suami bersuara.. "no sama...no sama... 9344... 9344". Oh...rupanya no plat kereta sama. Begitu bersemangat suami bersuara. Saya pun apa lagi dengan semangat juga merakam no kereta tersebut. Ini kali kedua kali bertembung dengan no plat yang sama.


Nombor plat kereta kami JJP 9344




Nombor plat sama WTV 9344