Monday, November 28, 2011

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI

Alhamdulillah...hari ini adalah ulangtahun perkahwinan kami genap 8 tahun. Terasa seperti baru mencecah alam rumahtangga, tup tup dah 8 tahun kami melayari alam rumahtangga. Memang tidak dinafikan alam rumahtangga ni suatu 'perjudian' antara bahagia dan derita. Yang menetukan bahagia atau deritanya kita dalam perkahwinan adalah diri kita sendiri. Bak kata Ust Pahrol "jika inginkan pasangan yang soleh, kita mesti dahulu menjadi solehah dan sebaliknya'. Jangan mengharapkan pasangan seperti Rasulullah jika diri kita tidak seperti Siti Khadijah.

Dalam usia perkahwinan kami ini, tidak dinafikan memang ada konflik emosi dan perasaan antara kami, namun konflik ini umpama angin sepoi-sepoi bahasa sahaja, tidaklah sampai ribut taufan dan puting beliung. Heheh...rumahtangga yang tidak ada konflik tu rumahtangga yang pelik. Betul tak? Sedangkan rumahtangga Rasulullah sendiri pun ada konflik. Cuma doa dan iman menjadi benteng menangani konflik dalam rumahtangga. Berapa ramai pasangan hari ini yang mahligai dibina tidak sempat ke penghujung usia.


Kasih sayang adalah umpama 'hadiah' daripada Allah kepada makhluknya. Semoga kasih sayang yang dianugerahkan Allah kepada kami berkekalan. Semoga 'syurga dunia' yang kita bina hari ini sebagai jambatan kasih menuju ke syurga akhirat. Asas cinta dalam rumahtangga adalah CINTA kepada Allah. Bila hati sudah mencintai Allah, insya'Allah dikurniakan cinta sejati sesama maklukNya.

Resipi hari ini...nasi tomato



Saturday, November 26, 2011

SELAMAT BERHIJRAH


SELAMAT BERHIJRAH KE TEMPAT BARU KEPADA DUA SAHABAT KU...AINOOR DAN MASITAH KE
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
walaupun jauh di mata, tetapi dekat di hati. Ingat daku dalam doa kalian.


KENANGAN ANAK-ANAK :



Apa laa yang di orang tengok ni ek?

Oooo... rupanya main game agry bird



Dah rebah semuanya...



Bukan main lagi si alif tu...relax habis.


Tuesday, November 22, 2011

BUKU-BUKU YANG TELAH HABIS DIBACA

Salam semua. Sepanjang 4 bulan rasa terlalu sibuk...tidak begitu sempat nak up date blog ni. Alhamdulillah, setakat ni masih berjaya menghabiskan bacaan dengan target 1 bulan sekurang-kurangnya 1 atau 2 buku dapat dihabiskan. Di sini saya selitkan sedikit sinopsis buku yang telah habis dibaca untuk panduan dan ingatan bersama.

Buku Di Mana DIA di HAtiku ini tersangat menarik untuk dibaca sebagai bahan bacaan motivasi diri. Ia adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri…di mana letaknya kita di sisi ILAHI?

Buku ini membuatkan saya terpana, terpaku, terdiam, mengulang2 keasyikan ayat daripada pengarang dan kadang-kadang menitiskan air mata.

Antara ayat yang menarik di dalam buku ini adalah seperti :
Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah.

Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-NYA. Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekyaan, ketenangan dan kebahgiaan yang hakiki dan abadi.

Sesungguhnya diri ini hanyalah hamba yang berkelana dalam mencari CINTA agungNYA. Semoga cinta yang dikurniakan ini semakin mekar dan segar di hati ini.



Buku ini sangat sesuai untuk menyempurnakan solat kita. Persoalan...adakah solat kita selama ini sempurna dan betul??? Jawapannya kita boleh dapati di dalam buku ini. Panduan segala pergerakan dalam solat kita diilustrasikan sebagai panduan kita.

Buku ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.

Buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, terutama kepada golongan pendidik yang bergelar ustaz dan ustazah untuk dijadikan panduan dalam pengajaran. Buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Akhirnya, cadangan saya buku patut di beli untuk rujukan setiap rumah umat Islam. Memang menarik dan mantap...




Buku yang sangat menarik untuk dibaca. Buku ini sangat ilmiah dan perlukan pembacaan yang sangat teliti dan perlahan untuk mamahami setiap fakta. Buku 'best seller' yang perlu dibaca oleh umat Islam. Saya mengatakan buku ini sangat mengkagumkan! Buku ini mengupas secara komprehensif bukti-bukti sains yang membenarkan kandungan Quran dan mampu meningkatkan lagi keimanan seseorang apabila membaca dan memahaminya. Pelbagai aspek seperti penciptaan alam, kejadian manusia, pemakanan, matlamat hidup dan sebagainya diolah dengan begitu menarik sekali. Ia adalah buku yang mesti berada dalam simpanan kita dan boleh dijadikan hujah bagi menegakkan kebenaran berdasarkan fakta dan wahyu.

Selepas membaca buku ini terasa diri begitu kerdil di hadapan Allah Taala yang memiliki alam yang terrrsaangaaat luas. Insya'Allah buku ini dapat menambahkan keimanan dalam diri. Dalam buku ini juga menceritakan begitu ramai saintis barat yang mengkaji alam dan membandingkan dengan al-Quran, akhirnya memilih ISLAM sebagai jalan hidup mereka. Topik yang sangat saya seronok membaca di dalam buku adalah tentang kejadian manusia yang dibincang sangat mendalam.



Laksamana Cheng Ho adalah kisah seorang pelayar Islam pertama yang berjaya mengelilingi dunia, BUKANNYA pelayar barat Christopher Columbus. Buktinya:

"Pada 15 hari bulan Mac 2002, seorang ahli sejarah amatur dan bekas pegawai tentera laut Inggeris, Gavin Menzies telah berucap dalam satu majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London. Selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho. Antara kandungan ucapan beliau yang paling menggemparkan dunia ialah bahawa armada China merupakan kumpulan orang pertama yang meredah Lautan Atlantik untuk sampai di benua Amerika. Ini bererti armada China ‘menemui’ Amerika 70 tahun lebih awal daripada tokoh Eropah terkenal Christopher Columbus. Sudah menjadi asas kepercayaan para ahli sejarah barat bahawa Columbus adalah orang yang pertama menemui Amerika. Apabila teori Gavin Menzies tersebar, maka tercetuslah polemik di kalangan cerdik pandai dan seluruh masyarakat dunia. Beliau menerima beribu-ribu surat dan beratus ribu e-mel yang memberikan pelbagai maklumat dan bukti bagi menyokong teori Gavin Menzies. Namun tidak kurang juga yang membantah. Apa pun, melalui surat dan e-mel itu beliau telah mendapat banyak maklumat baru bagi menguatkan hujah beliau. Maklumat itu telah mendorong beliau menulis buah buku kontroversi, 1421: The Year China Discovered the World".

Kisah buku ini bermula pada tahun 1381, seorang budak berumur 11 tahun (laksamana Cheng Ho) yang membesar di dalam keluarga yang sangat kuat berpegang pada ajaran Islam. Beliau telah dididik dengan sempurna oleh ayahnya, dan dia juga seorang yang sangat cerdik dan berani. Pada tahun tersebut beliau telah ditawan oleh tentera China Dinasti Ming yang menyerang wilayah Yunnan. Yunnan adalah sebuah kubu kuat puak yang penyokong tentera Mongol. Sudah menjadi amalan kerajaan China pada masa itu, kanak-kanak yang ditawan akan dikembiri sebelum dijadikan pembantu kepada putera serta dayang dan kerabat diraja di istana maharaja. Semenjak dari hari itu, bermulalah kehidupan kanak-kanak itu sebagai seorang yang dikembiri atau diistilahkan sebagai sida. Nama asal beliau ialah Ma Ho atau Ma Sanbao.

Oleh kerana peribadi beliau yang sangat baik dan watak yang berani, beliau diminati oleh anak raja. Oleh sebab itu, Ma Ho telah dilantik menjadi pembantu anak raja sehinggalah beliau telah ditakdirkan menjadi salah seorang pelaut, navigator, laksamana, diplomat serta duta kerajaan Ming yang paling berkuasa pada masa itu. Dari seorang budak kampung yang dilahirkan di sebuah kampung di pedalaman Yunnan, Ma Ho dibawa ke istana maharaja dan menjadi seorang yang terkenal dan sangat dikenang jasanya sehingga ke hari ini. Sesudah dilantik menjadi laksamana, beliau diberi gelaran Cheng Ho. Di kalangan masyarakat Inggeris namanya lebih dikenali sebagai Zheng He.




Ikramah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani. Beliau lahir dari keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang mulia oleh penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang penungang kuda yang sangat mahir.

Sebelum masuk Islam

Ikramah menolak dakwah Islam kerana terpengaruh dengan sikap ayahnya, Abu Jahal yang menentang Islam. Dek dorongan yang kuat dari ayahnya itu, beliau juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan menyeksa umat Islam yang lain.

Perang Badar menyaksikan Ikramah menjadi sayap kanan kepada ayahnya. Namun, Abu Jahal terbunuh dalam peperangan tersebut. Tambah malang lagi ia disaksikan sendiri oleh Ikramah. Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu menyelamatkan diri sendiri.

Permusuhan Islam Semakin Memuncak

Sejak kematian ayahnya itu, kebenciannya pada Islam semakin menebal. Kali ini bukan kerana benci terhadap Islam, tetapi kerana mahu membalas kematian ayahnya itu. Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin, beliau antara yang berada dibarisan hadapan.

Perang Uhud menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala Khalid al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda. Kedua panglima ini gagah memecah belahkan tentera Islam.

Perang Khandak menyaksikan beliau antara yang semangat ingin memecah banteng pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari beliau berpusing sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.

Ketika pembukaan kota Mekah berlangsung, Ikramah mengambil keputusan melawan tentera Islam yang hendak masuk ke Mekah. Ikramah mengumpulkan pengikutnya untuk menyerbu tentera Islam yang masuk ke Mekah.

Namun, ia sangat terkejut melihat Khalid al-Walid yang menyerbunya ketika itu. Namun, beliau tetap tekad melawan Islam. Akhirnya tenteranya tewas. Ikramah sempat melarikan diri dari dibunuh.

Beliau merasa sangat menyesal pada masa itu. Mekah tidak lagi aman baginya. Beliau akhirnya menuju ke Yaman.

Isteri Solehah

Ummu Hakim, isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan suaminya. Beliau kemudian mendapat tahu suaminya di Yaman. Beliau ditemani pembantunya, seorang yang berbangsa Rom, untuk menemaninya sampai ke Yaman

Akhirnya Ummu Hakim bertemu dengan suaminya di Pantai Laut Merah. Mereka berpeluk kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya ke Mekah. Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan kesalahannya itu.

Ikramah dengan senang hati mengikut isterinya pulang ke Mekah. Dalam perjalanan pulang, Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya kepada Ikramah. Mereka kemudian singgah di perkampungan Arab tersebut.

Disebabkan terlalu marah dengan pembantunya itu, Ikramah mengambil keputusan membunuh pembantunya itu. Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Mekah.

Mengucap Kalimah Syahadah

Ketibaan Ikramah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka seolah-olah sudah menduga kedatangan Ikramah ke Mekah. Baginda Rasulullah gembira dengan kedatangan Ikramah tersebut.

Lantas, dihadapan baginda, Ikramah mengucap dua kalimah syahadah. Ikramah berjanji akan mengubah perangainya dan bersedia membela Islam dengan tangannya. Ikramah mahu bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu.

Pahlawan Islam yang Berani

Ternyata Ikramah menepati kata-katanya itu. Kalau dahulu hidup dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang berhabis-habisan mempertahankan kalimah tauhid Islam.

Perang Yarmuk menyaksikan tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara kehadapan.

Akhirnya, beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang.




Anakku ‘Brain Tumour’ adalah perkongsian pengalaman yang memberi motivasi ‘hidup’ kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak yang senasib dengan Baihaqi. Lebih daripada itu, ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan. Kisah ini ditulis sendiri oleh Isyah, iaitu isteri kepada ahli kumpulan nasyid Raihan.

Sepanjang membaca buku ini air mata tak henti2 keluar menggambarkan bagaimana begitu sukar dan tabahnya pengorbanan seorang ibu. Saya pasti setiap yang membaca buku akan mengalirkan air mata.

Buku ini adalah motivasi ‘hidup’ kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak senasib dengan Baihaqi. Ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan.

Kisah ini bermula pada pertengahan 2010, mereka diduga Allah dengan penyakit yang digeruni yang dihidapi anak ketiga daripada lapan adik-beradik, Ahmad Mahir Baihaqi atau nama panggilannya Aqi, yang ketika itu (pertengahan 2010) berumur 9 tahun.

Anak yang cergas sejak lahir itu mendapat sakit kepala yang berterusan dan muntah-muntah selama seminggu. Dia disahkan menghidap ketumbuhan otak (brain tumour) oleh Hospital Pakar Damansara. Maka bermulalah episod dugaan hidup yang terpaksa ditempuhi oleh isteri yang ketiadaan suami di sisi, iaitu tatkala Che Amran ke Australia selama 10 hari untuk pelancaran album Raihan.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kebahagiaan dan kegembiraan bagaikan diragut. Perasaan berkecamuk berlegar di dalam diri. Benarkah anak ini menghidap penyakit bahaya yang menjadi igauan ngeri setiap insan? Kepulangan suami menjadi pengubat jiwa yang gundah. Namun, empat hari mereka dalam keadaan buntu, sambil tetap pasrah dengan ketentuan Ilahi dan redha dengan ketetapan-Nya.

Doktor pakar bertegas bahawa pembedahan perlu segera dibuat untuk mengelakkan tumor daripada membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Berpindah ke hospital kerajaan dan kemudian berpatah balik ke hospital swasta adalah usaha yang dilakukan semata-mata kerana mahu memastikan pembedahan dilakukan segera ke atas Aqi. Namun masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi sekiranya pembedahan dijalankan, membuatkan mereka suami isteri dalam dilema.

Pandangan dan nasihat daripada kaum keluarga dan kenalan melalui telefon dan SMS, diambil sebagai pertimbangan. Biar apa pun, keputusan adalah di tangan mereka. Mereka sendirilah yang perlu memutuskan apa yang terbaik untuk anak mereka.

Perlukah pembedahan segera dilakukan atau patutkah ditangguhkan? Wajarkah mereka memilih rawatan alternatif untuk mengelak risiko daripada pembedahan? Wujudkah rawatan alternatif untuk penyakit berbahaya ini yang tidak memerlukan pembedahan? Sejauh mana kesannya?

Pertemuan dengan Kak Zah yang mempunyai anak dengan penyakit yang sama dengan Baihaqi telah membuat Isyah merenung dan berfikir dengan mendalam. Antara pesanan Kak Zah yang menusuk kalbu Isyah, “Kita perlu bergerak untuk anak seperti ini. Walaupun dia nampak dah stabil, kita tidak boleh berada di zon selesa.”

Walaupun anak Kak Zah sendiri telah menjalani pembedahan, dia menyarankan agar Isyah berusaha mendapatkan rawatan lain terlebih dahulu kerana Isyah masih mempunyai pilihan, berbanding dengan Kak Zah sebelum ini yang terdesak membuat keputusan kerana kesuntukan masa dalam membuat pilihan.
Pesanan ibunya juga membuatkan renungan Isyah makin dalam. “Sah, mak rasa elok kalau tangguh dulu perancangan pembedahan tu. Mak tak sedap hati kalau menyentuh bahagian kepala,” kata si ibu.

Berdasarkan pandangan majoriti ahli keluarga dan sahabat-handai, akhirnya Isyah dan Che Amran membuat keputusan. Ketika segala persiapan sudah dibuat oleh hospital pakar untuk menjalankan pembedahan ke atas Baihaqi, Che Amran menelefon doktor dan memaklumkan keputusan itu – meminta pembedahan ditangguhkan dan meminta izin untuk membawa keluar Baihaqi dari hospital.

Selepas itu bermulalah perjalanan mencari kaedah-kaedah rawatan alternatif yang diiringi dengan terapi solat, terapi doa, terapi al-Quran dan penjagaan pemakanan yang ketat untuk Baihaqi. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor sebelum ini, “Jangan mengharapkan sangat daripada anak ini, dia tidak akan hidup lama.”

Hikmah daripada apa yang berlaku, Isyah dan Che Amran semakin sedar akan tanggungjawab mereka dalam memenuhi amanah Allah menjaga dan mendidik anak-anak. Hubungan mereka suami isteri juga bertambah erat, manakala hubungan dengan kaum keluarga dan sahabat-handai tambah rapat.


Sebuah perjalanan spiritual yang paling indah untuk mencari sebuah cinta yang paling suci.

"Akhirnya Kutemui Cinta-Mu... lalu aku pun memeluk Islam" merupakan sebuah buku istimewa menghimpunkan kisah-kisah saudara baru kita yang memilih Islam sebagai agama baru mereka. Sebahagian daripada mereka asalnya langsung tidak mempercayai kewujudan Tuhan, manakala sebahagian lagi membenci Islam kerana di anggap kolot dan ganas.

Tetapi benarlah, apabila cahaya hidayah sudah penyinari hati, apabila kebenaran mencuit minda dan cinta Illahi itu telah menyentuh jiwa, tiada apa dan siapa lagi dapat membendungnya.

Perjalanan spiritual yang dilalui oleh Nazrey Juhani (bekas anggota kumpulan nasyid Raihan), Susan Manen dan Johan Abdullah (pelakon), Iman Wan (pencipta lagu), Satilah Abdullah (ibu penyanyi Ning Baizura), ustaz Farhan Abdullah, Yusuf Estes dan Ustaz Fitri Abdullah (bekas mubaligh), Mike Tyson, Jermaine Jackson, Alexender Litvineko (perisik KGB Russia), Loon (penyanyi terkenal Amarika Syarikat), Lauren Booth (adik ipar bekas PM Britain, Tony Blair), Johann Wolfgang von Geothe (penulis terkenal German abad ke-18) dan ramai lagi, adalah sebuah perjalanan indah yang 'wajib' diikuti.

Di antara kisah mereka didalam buku ini :

Bagi mereka-mereka yang diluar sana yang masih lagi mencari2 jawapan kepada soalan2 tentang Islam, baca lah buku ni, kalau2 boleh mendapat jawapan yang dicari2, di samping buku ini dapat mengutuhkan iman kita, insya'Allah. Belilah, dengan harganya dan cerita didalamnya sangat berbaloi.



Buku ini adah berdasarkan pengalaman seorang hamba Allah yang bernama Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini adalah rentetan daripada buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Sebagaimana buku Travelog haji, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulis yang disertai dengan roh keinsafan serta membersihkan haati hati daripada sifat riyak. sombong dan angkuh, benar2 menyentuh perasaan.

Jalan cerita dan kisah yang dinukilkan adalah bersahaja dan penggunaan bahasanya sangat santai. Boleh juga diklasifikasikan buku ini sebagai "motivasi dakwah" yang segar dan jujur dalam mencari keredhaan dan menjalin hubungan paling istimewa dengan Allah...

Wednesday, November 16, 2011

Motivasi Pagi - Makanan Akal




Salam. Lama tak menulis kat blog ni. Pagi nak berkongsi sedikit ilmu yang baru diperoleho pagi tadi. Seperti biasa, radio IKIM.FM menjadi teman perjalanan ke pejabat. Sambil memandu mendengar halwa telinga "Motivasi Pagi" yang disampaikan oleh ustaz....(tak tahu nama...sorry). Pagi tadi al-fadhil ustaz sentuh pasal ROH.



Roh manusia ni seperti badan juga yang memerlukan makanan, vitamin, zat dan sublimen tambahan. Supaya roh dan jasad sama-sama sihat dan bertenaga. Tetapi ramai di kalangan kita menitiberatkan kesihaatan jasad sahaja tanpa mempedulikan kesihatan roh.



Menurut beliau, roh ada 3 bahagian iaitu akal, jiwa dan nafsu. Untuk pagi ini ustaz hanya ceritan tentang makanan akal sahaja. Antara makanan akal ialah :


1. Ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dibahagikan kepada 2 iaitu ilmu wahyu dari Allah dan Rasul. Serta ilmu hasil dari kajian manusia. Kedua2 ilmu mesti seimbang, namun yang lebih penting adalah ilmu dari Allah dan rasul kerana ia lebih lebih baik, betul, tepat dan boleh memandu hidup manusia.



2. Berfikir. Kita mesti ada masa untuk berfikir tentang kejadian Allah. Berfikir boleh menajamkan akal dan minda. Biasanya jika anak2 bertnyakan soalan yang agak pelik, kita mesti layan kerana itu menunjukkan anak kita sedang berfikir. Kita sebagai ibu bapa kalau boleh jangan menghalang dan memarahi persoalan mereka.



3. Merenung diri sendiri. Sentiasa soal diri 'di mana kita sekarang', 'ke mana kita akan pergi selepas di dunia', 'apa tanggungjawab' , 'siapa bersama kita' dan soalan-soalan lain.


4. Muzakarah n berbincang. Ruangkan masa kita untuk hadirkan diri dalam muzakarah dan kiliah ilmu. Berbincang pun suatu yang menyihatkan akal kita. Tetapi berbincang jangan sampai timbul pergaduhan, tetapi ia jalan untuk menyelesaikan masalah.



5. Memberi vitamin2 tambahan berbentuk makanan spt kismis dan makanan lain yang berkhasiat. Elakkan mkn mknn haram, syubhah, makanan yang masam, makan terlalu banyak dan makan makanan yang kotor.



6. Tidak mskkan bahn2 porno ke dalm akal diri n anak2. Contohnya melihat filem2 dan gambar lucah, memberi anak2 menonton filem kartun yang terlalu banyak dll.



Itulah antara menu2 akal. Persoalan unt diri saya dan kita semua, brape kali kita bacakan kisah2 dalam al-Quran untuk diri dan anak2 kita, berapa banyak buku2 ilmiah yang kita sediakan untuk diri dan anak2, cd2 yang membina untuk diri dan anak2????? Marilah kita sama renungkan.



Monday, November 14, 2011

Izzati di hari konvokesyen

"PASTI abang bila konvo?" tanya mama untuk kepastian.
"13.11..." jawab abaing ringkas dan tepat.
"Ala...sama dengan konvo izzati", keluh mama. Sudah terbayang dalam kepala ni akan bawa 5 anak bersama. Dan terbayang juga kerenah mereka nanti.
Abang adalah Pengerusi PASTI Kawasan Tebrau, sementara izzati adalah PASTI Kawasan Pasir Gudang. 2 kawasan yang berbeza.
"Abang bawa ah budak ni separuh", cadang mama.
"Bawa la semua...abang nak bertugas..."
Tanpa banyak soal, terpaksalah mama bawa semua budak ni....

Di hari Majlis Konvo kakak, pagi2 hari dah siapkan sarapan anak2 dan bekal mereka skali. Air teh 1 jug di agihkan ke dalam 4 botol, supaya tidak berebut. Almaklum bibik bercuti selama sebulan. Semuanya kena handle sendiri la..
1 jam pertama di dalam dewan o.k lagi, masuk jam ke-2, bermula la aksi budak2 ni terutama si kembar dan luqman. Si kembar mula buat perangai...mengamuk dan mula menjerit2.. Si Luqman pula suka mengusik adik-adiknya. Eeee...geramnya...sabar je la.. Rasanya semua orang dah perhatikan gelagat budak2 ni. Last...last...mamanya buat tak tau je, nak pukul nantikan bertambah-tambah plak jeritan budak2 ni. Sabo laa selama 2 jam melihat aksi dan gelagat ni. Sekejap o.k, sekejap bergaduh, menjerit, sekejap bermain sama2....

Mula2 sampai dewan orang dah tegur dah.."kembar ke"... "kembar ke".... mama hanya senyum dan jawab "yee"... Sampai la waktu nak balik, seseorang datang dan berkata: "kembar eee..., tu la dari tadi tengok... nah, ambil gula2 ni", suka budak2 ni dapat gula2.

Dah siap izati terima sijil, terus bawa budak2 ni balik..."jom balik...main kat rumah plak". Sebelum balik sempat lagi singgah kipmart beli makanan untuk tengahari.

Akhirnya...tahniah buat kakak izzati...semoga menjadi contoh pada adik2....


Foto yang dah siap di ambil di PASTI










Plug tempat ke-3