Buku ini membuatkan saya terpana, terpaku, terdiam, mengulang2 keasyikan ayat daripada pengarang dan kadang-kadang menitiskan air mata.
Antara ayat yang menarik di dalam buku ini adalah seperti :
Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-NYA. Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekyaan, ketenangan dan kebahgiaan yang hakiki dan abadi.
Sesungguhnya diri ini hanyalah hamba yang berkelana dalam mencari CINTA agungNYA. Semoga cinta yang dikurniakan ini semakin mekar dan segar di hati ini.
Akhirnya, cadangan saya buku patut di beli untuk rujukan setiap rumah umat Islam. Memang menarik dan mantap...
Selepas membaca buku ini terasa diri begitu kerdil di hadapan Allah Taala yang memiliki alam yang terrrsaangaaat luas. Insya'Allah buku ini dapat menambahkan keimanan dalam diri. Dalam buku ini juga menceritakan begitu ramai saintis barat yang mengkaji alam dan membandingkan dengan al-Quran, akhirnya memilih ISLAM sebagai jalan hidup mereka. Topik yang sangat saya seronok membaca di dalam buku adalah tentang kejadian manusia yang dibincang sangat mendalam.
"Pada 15 hari bulan Mac 2002, seorang ahli sejarah amatur dan bekas pegawai tentera laut Inggeris, Gavin Menzies telah berucap dalam satu majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London. Selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho. Antara kandungan ucapan beliau yang paling menggemparkan dunia ialah bahawa armada China merupakan kumpulan orang pertama yang meredah Lautan Atlantik untuk sampai di benua Amerika. Ini bererti armada China ‘menemui’ Amerika 70 tahun lebih awal daripada tokoh Eropah terkenal Christopher Columbus. Sudah menjadi asas kepercayaan para ahli sejarah barat bahawa Columbus adalah orang yang pertama menemui Amerika. Apabila teori Gavin Menzies tersebar, maka tercetuslah polemik di kalangan cerdik pandai dan seluruh masyarakat dunia. Beliau menerima beribu-ribu surat dan beratus ribu e-mel yang memberikan pelbagai maklumat dan bukti bagi menyokong teori Gavin Menzies. Namun tidak kurang juga yang membantah. Apa pun, melalui surat dan e-mel itu beliau telah mendapat banyak maklumat baru bagi menguatkan hujah beliau. Maklumat itu telah mendorong beliau menulis buah buku kontroversi, 1421: The Year China Discovered the World".
Kisah buku ini bermula pada tahun 1381, seorang budak berumur 11 tahun (laksamana Cheng Ho) yang membesar di dalam keluarga yang sangat kuat berpegang pada ajaran Islam. Beliau telah dididik dengan sempurna oleh ayahnya, dan dia juga seorang yang sangat cerdik dan berani. Pada tahun tersebut beliau telah ditawan oleh tentera China Dinasti Ming yang menyerang wilayah Yunnan. Yunnan adalah sebuah kubu kuat puak yang penyokong tentera Mongol. Sudah menjadi amalan kerajaan China pada masa itu, kanak-kanak yang ditawan akan dikembiri sebelum dijadikan pembantu kepada putera serta dayang dan kerabat diraja di istana maharaja. Semenjak dari hari itu, bermulalah kehidupan kanak-kanak itu sebagai seorang yang dikembiri atau diistilahkan sebagai sida. Nama asal beliau ialah Ma Ho atau Ma Sanbao.
Oleh kerana peribadi beliau yang sangat baik dan watak yang berani, beliau diminati oleh anak raja. Oleh sebab itu, Ma Ho telah dilantik menjadi pembantu anak raja sehinggalah beliau telah ditakdirkan menjadi salah seorang pelaut, navigator, laksamana, diplomat serta duta kerajaan Ming yang paling berkuasa pada masa itu. Dari seorang budak kampung yang dilahirkan di sebuah kampung di pedalaman Yunnan, Ma Ho dibawa ke istana maharaja dan menjadi seorang yang terkenal dan sangat dikenang jasanya sehingga ke hari ini. Sesudah dilantik menjadi laksamana, beliau diberi gelaran Cheng Ho. Di kalangan masyarakat Inggeris namanya lebih dikenali sebagai Zheng He.
Ikramah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani. Beliau lahir dari keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang mulia oleh penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang penungang kuda yang sangat mahir.
Sebelum masuk Islam
Ikramah menolak dakwah Islam kerana terpengaruh dengan sikap ayahnya, Abu Jahal yang menentang Islam. Dek dorongan yang kuat dari ayahnya itu, beliau juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan menyeksa umat Islam yang lain.
Perang Badar menyaksikan Ikramah menjadi sayap kanan kepada ayahnya. Namun, Abu Jahal terbunuh dalam peperangan tersebut. Tambah malang lagi ia disaksikan sendiri oleh Ikramah. Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu menyelamatkan diri sendiri.
Permusuhan Islam Semakin Memuncak
Sejak kematian ayahnya itu, kebenciannya pada Islam semakin menebal. Kali ini bukan kerana benci terhadap Islam, tetapi kerana mahu membalas kematian ayahnya itu. Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin, beliau antara yang berada dibarisan hadapan.
Perang Uhud menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala Khalid al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda. Kedua panglima ini gagah memecah belahkan tentera Islam.
Perang Khandak menyaksikan beliau antara yang semangat ingin memecah banteng pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari beliau berpusing sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.
Ketika pembukaan kota Mekah berlangsung, Ikramah mengambil keputusan melawan tentera Islam yang hendak masuk ke Mekah. Ikramah mengumpulkan pengikutnya untuk menyerbu tentera Islam yang masuk ke Mekah.
Namun, ia sangat terkejut melihat Khalid al-Walid yang menyerbunya ketika itu. Namun, beliau tetap tekad melawan Islam. Akhirnya tenteranya tewas. Ikramah sempat melarikan diri dari dibunuh.
Beliau merasa sangat menyesal pada masa itu. Mekah tidak lagi aman baginya. Beliau akhirnya menuju ke Yaman.
Isteri Solehah
Ummu Hakim, isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan suaminya. Beliau kemudian mendapat tahu suaminya di Yaman. Beliau ditemani pembantunya, seorang yang berbangsa Rom, untuk menemaninya sampai ke Yaman
Akhirnya Ummu Hakim bertemu dengan suaminya di Pantai Laut Merah. Mereka berpeluk kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya ke Mekah. Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan kesalahannya itu.
Ikramah dengan senang hati mengikut isterinya pulang ke Mekah. Dalam perjalanan pulang, Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya kepada Ikramah. Mereka kemudian singgah di perkampungan Arab tersebut.
Disebabkan terlalu marah dengan pembantunya itu, Ikramah mengambil keputusan membunuh pembantunya itu. Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Mekah.
Mengucap Kalimah Syahadah
Ketibaan Ikramah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka seolah-olah sudah menduga kedatangan Ikramah ke Mekah. Baginda Rasulullah gembira dengan kedatangan Ikramah tersebut.
Lantas, dihadapan baginda, Ikramah mengucap dua kalimah syahadah. Ikramah berjanji akan mengubah perangainya dan bersedia membela Islam dengan tangannya. Ikramah mahu bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu.
Pahlawan Islam yang Berani
Ternyata Ikramah menepati kata-katanya itu. Kalau dahulu hidup dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang berhabis-habisan mempertahankan kalimah tauhid Islam.
Perang Yarmuk menyaksikan tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara kehadapan.
Akhirnya, beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang.
Sepanjang membaca buku ini air mata tak henti2 keluar menggambarkan bagaimana begitu sukar dan tabahnya pengorbanan seorang ibu. Saya pasti setiap yang membaca buku akan mengalirkan air mata.
Buku ini adalah motivasi ‘hidup’ kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak senasib dengan Baihaqi. Ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan.
Doktor pakar bertegas bahawa pembedahan perlu segera dibuat untuk mengelakkan tumor daripada membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Berpindah ke hospital kerajaan dan kemudian berpatah balik ke hospital swasta adalah usaha yang dilakukan semata-mata kerana mahu memastikan pembedahan dilakukan segera ke atas Aqi. Namun masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi sekiranya pembedahan dijalankan, membuatkan mereka suami isteri dalam dilema.
Pandangan dan nasihat daripada kaum keluarga dan kenalan melalui telefon dan SMS, diambil sebagai pertimbangan. Biar apa pun, keputusan adalah di tangan mereka. Mereka sendirilah yang perlu memutuskan apa yang terbaik untuk anak mereka.
Perlukah pembedahan segera dilakukan atau patutkah ditangguhkan? Wajarkah mereka memilih rawatan alternatif untuk mengelak risiko daripada pembedahan? Wujudkah rawatan alternatif untuk penyakit berbahaya ini yang tidak memerlukan pembedahan? Sejauh mana kesannya?
Pertemuan dengan Kak Zah yang mempunyai anak dengan penyakit yang sama dengan Baihaqi telah membuat Isyah merenung dan berfikir dengan mendalam. Antara pesanan Kak Zah yang menusuk kalbu Isyah, “Kita perlu bergerak untuk anak seperti ini. Walaupun dia nampak dah stabil, kita tidak boleh berada di zon selesa.”
Walaupun anak Kak Zah sendiri telah menjalani pembedahan, dia menyarankan agar Isyah berusaha mendapatkan rawatan lain terlebih dahulu kerana Isyah masih mempunyai pilihan, berbanding dengan Kak Zah sebelum ini yang terdesak membuat keputusan kerana kesuntukan masa dalam membuat pilihan.
Pesanan ibunya juga membuatkan renungan Isyah makin dalam. “Sah, mak rasa elok kalau tangguh dulu perancangan pembedahan tu. Mak tak sedap hati kalau menyentuh bahagian kepala,” kata si ibu.
Berdasarkan pandangan majoriti ahli keluarga dan sahabat-handai, akhirnya Isyah dan Che Amran membuat keputusan. Ketika segala persiapan sudah dibuat oleh hospital pakar untuk menjalankan pembedahan ke atas Baihaqi, Che Amran menelefon doktor dan memaklumkan keputusan itu – meminta pembedahan ditangguhkan dan meminta izin untuk membawa keluar Baihaqi dari hospital.
Selepas itu bermulalah perjalanan mencari kaedah-kaedah rawatan alternatif yang diiringi dengan terapi solat, terapi doa, terapi al-Quran dan penjagaan pemakanan yang ketat untuk Baihaqi. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor sebelum ini, “Jangan mengharapkan sangat daripada anak ini, dia tidak akan hidup lama.”
Hikmah daripada apa yang berlaku, Isyah dan Che Amran semakin sedar akan tanggungjawab mereka dalam memenuhi amanah Allah menjaga dan mendidik anak-anak. Hubungan mereka suami isteri juga bertambah erat, manakala hubungan dengan kaum keluarga dan sahabat-handai tambah rapat.
Di antara kisah mereka didalam buku ini :
No comments:
Post a Comment