Tuesday, December 29, 2009

HOLIDAY IN 'NIGHT SAFARI, SINGAPORE'


26Disember 2009, kami sekeluarga ke Night Safari di Singapura. Di sina lebih kurang macam Zoo Negara kat Malaysia, tapi Night Safari ni hanya di buka pada waktu malam sahaja, dari jam 7 malam hingga 11 malam. Kami bertolak dari Pasir Gudang selepas solat Asar. Perancangan awalnya nak singgah dulu rumah saudara kat Singapura, tapi, jem pula kat imegresen Singapura. Masuk je Singapura maghrib dah hampir, jadi perancangan berubah. Nak cari masjid kat Singapura bukannya senang, tak macam kat Malaysia, masjid @ surau merata2. Syukur alhamdulillah, tinggal kat Malaysia ni. Dah jumpa masjid, tak boleh parking suka2 hati. Jadi, terpaksalah gilir2 solat.

Sampai di sana lebih kurang jam 8 malam. Ramainya orang nak jalan pun terpaksa berhimpit2. Abang beratur membeli tiket hampir 1 jam. Maklumla ada promosi sempena musim cuti sekolah ni. Jam 9.30 baru dapat masuk ke pertunjukan binatang . Pertunjukannya memang menyeronokkan, bukan untuk kanak2 je, orang dewasa pun terhibur. Lebih kurang 1/2 jam kemudian, naik keretapi pula untuk keliling kawasan untuk melihat binatang yang ada. Apa yang berbeza dengan Zoo Negara, di sini binatang2nya tidak dikurung seperti harimau, gajah, singa dsb. Binatang2 ini dibiarkan bebas bergerak seperti di dalam hutan.

Satu perkara yang o.k adalah layanan daripada pekerja di sana adalah sangat mengambil berat tentang pengunjung, terutamanya kami yang membawa si kembar yang telah pun lena dari awal lagi. Kami diberi keutamaan kerana membawa baby. Satu lagi perkhidmatan troli untuk baby pun disediakan.


Pintu masuk ke Night Safari.


Bergambar sebelum keretapi bergerak. Gambar ini diambil oleh jurukemera yang bertugas di sana. Emm...macam dalam hutan pula, dikelilingi oleh binatang2. Izzati nampak matanya sahaja. Hafiz pula ada dengan sepupunya kat depan. Asyraf tidur di pangkuan bibik Amir pula di pangkuan papanya.



Pergi bercuti memang seronok dan menghiburkan, tak kira pada kanak2 atau orang dewasa hatta warga emas sekalipun. Yang penting kita mengambil pengajaran dari tempat yang kita lawati. Di sana kita lihat kebesaran Allah yang menciptakan makhluk berbagai rupa, bentuk dan ragam. Hidup berpandukan iman dan Islam insya'Allah selamat dunia dan akhrat.




Saturday, December 26, 2009

Alahai...Kesiannya anak mama

"Eh..! abang..! banyak darah keluar ni..!" kata mama dengan suara yang agak cemas.

Amir terhantuk meja kaca kat rumah atuknya di Batu Pahat. Pada mulanya tak perasan berdarah. Masa ni mama sedang menyuapkan nasi ke mulut Asyraf.

"Abang...ambilkan tisu...lap luka ni..."

"Sikit je tu..luka luar je.." kata abah yang sedang makan. Abang pun mengiyakan.

Mama dukung Amir sambil memujuk. Baju Amir dah tercemar dengan darah yang menitik. Darah masih lagi keluar walaupun dah lap dengan tisu.

Kemudian...dah tukar pakaian dan dah penat menangis, terus tertidur di buaian.



Alahai...kesihnnya anak mama. Luka agak serius.



Petangnya, Amir di bawa ke klinik untuk cuci luka. Lukanya masih berdarah.



Alhamdulullah... Keesokan harinya, luka Amir dah beransur sembuh.


Beginilah resam hidup ini, dugaan datang dan pergi. Ujian yang datang kadang2 pada diri kita atau anak-anak kita atau orang lain yang kita sayang seperti suami, ibu bapa dan sebagainya. Bergantung pada iman kita untuk menerima dan menghadapi ujian tersebut.

VIDEO SI KEMBAR

video

Amir dan Asyraf mengejar mama...



video

Pandainya Amir tiup mainan...



video

Asyraf nyakat Amir...



Monday, December 21, 2009

Selmat 'BERHIJRAH'

Selamat meninggalkan bumi PJB kepada rakan setugas, Ustaz Mohd Zohdi bin Hj Said. Beliau akan bertugas di PKB mulai 1 Januari 2010. SELAMAT 'BERHIJRAH KE NEGERI ASAL... Ni satu post yang menarik selepas menerima hadiah beg troli merah dari JPA. Semoga beliau dapat meningkatkan lagi prestasi di bumi kelahiran. Beliau seorang yang selamba, agak kelakar, mudah berinteraksi dengan orang lain, satu lagi agak mudah untuk menitiskan air mata dan banyak lagi kebaikan lain yang hanya Allah sahaja yang tahu.


"Ada satu pengumuman, sahabat kita Ustaz Zohdi akan ber pindah ke PKB" , satu pengumuman yang mengejutkan dibuat oleh Ustaz Khairul Nizam, pada petang Khamis, 17 Dis 09, selepas mesyuarat JPA. Semua staf yang ada di bilik mesyuarat (Lab 1) mengeluarkan reaksi yang bermacam2.

Ni pulok reaksi di ruang legar pejabat selepas berakhir meet, sebelum balik...

Ketua jabatan : " Mai sini surat pindah hang, entah betui atau tak ni..."
Ustaz Zohdi : "Betul laa puan, tak kan saya nak main2 pulak"
Ustaz Roslan : "Dah boleh pindah dah kau Zohdi, aku biiilaaaa lagi nak dapat surat ni....dah cemuh da tunggu..."
Ustaz Hosni : "Jeles aku kat hang zohdi....aku pun tak tau la bila dapat pindah kat bini aku nih..."
Kak Nor : "Dah boleh balik Kelate dah kau Zohdi..."


Ustaz Hamdi : "Ni surat pindah hang...? Aku macam tak caya kau nak pindah Zohdi...Huhu...sedihnya aku. Kau tak da aku tak da kawan nak pi makan sama-sama..."
Azmi : "Selamat tinggal laa Zohdi..."

Begitu la reaksi manusia apabila sesuatu yang tak disangka-sangka berlaku. Apa pun, kita merancang dan Allah pun merancang, sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dan bagus. Kita sebagai manusia redhalah dengan apa yang berlaku...

Wednesday, December 16, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

1431 HIJRAH

HIJRAH BERMULA DARI IMAN DAN AMAL

DARI KAMI DI USRATUN SAADAH





Monday, December 14, 2009

FAMILY DAY 'JPA'

Pada 23 Dis 09 baru2 ni, JPA PJB julung2 kalinya mengadakan program hari keluarga yang begitu meriah dan menyeronokkan. Aktiviti ini kami adakan di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor. Walaupun penyertaan tidak semua dari warga JPA, namun ia tetap meriah dan terhibur dengan aksi dan gelagat setiap ahli keluarga.


Sampai je peserta daftar ikut kumpulan. Ada tiga kumpuan iaitu toing-toing (arnab), miau-miau (kucing) dan kumpulan cip-cip (burung). Setiap ahli keluarga dipakaikan dengan name tag masing2

Ni orang bahagian pendaftaran, na dan ita. Apa yang digelakkan Na tu. Ita pulak sibuk menerangkan apa ntah kepada yang hadir.

Sebelum memulakan aktiviti, kita makan dulu...!!! Perut kenyang barula ada tenaga nak main.


Acaara pertama pertandingan mewarna kategori 4 tahun hingga 6 tahun. Izaati siap meniarap lagi...mewarna dalam keadaan relax.

"Anak umi calour cantik2 nooo...nanti dapat hadiah..."



Lepas pertandingan mewarna selama 1/2 jam, terus ke permainan padang. Pengerusi tetap dan berpencen Ust Nizam. Anaknya siap dok celah kangkang lagi....anak ayah katakan...

"Eh..eh...umi nak ambik gambo ni...jangan kacau..."


Permainan padang yang pertama adalah kategori 7 hingga 9 tahun. Bawa bola ping pong dalam sudu dan buat pazzle. Hafiz dan Arif sedang khusyuk membuat puzzle sambil di sokong oleh mak dan ayah masing2.

Dah siap puzzle, hafiz bawa bola ping pong ke gaarisan penamat. Ustaz Nizam dengan semangatnya memberi sokongan padu.


Ibu-ibu dan anak-anak bersantai di atas tikar. Emm...dapnyee Ahla minum susu.

Ni lak Aisyah bersama nenda tercinta.

Seterusnya aktiviti tiup tepung untuk cari gula2 dan penuhkan air dalam botol.


Acara tiup belon hingga pecah. Eee...bila belon aku nak pecah ni...dah beso dah tak meletup2 lagi nih...

Acara baling bola untuk jatuhkan botol air mineral. 1...2...3.... baliiinggg...


Ni plak aktvt berpasangan, ikat kaki sape paling cepat ke garisan penamat dia yang menang. Cepat bang....ikat kaki... Eh susahla plak nak ikat nih...

Haa.. ni pertandingan biasa...rebut kerusi. Ada yang merebut2 lagi.

Haa...siapa yang bertuah dia dapat kerusi.

Ha..ha..ni pertandingan yang paling kelakar, makan buah. Alaa...susahnyee nak makan buah ni...

Pertandingan terakhir, membuat maskot. Ni maskot toing-toing (arnab), coomeellnyeee.... Ni pemenang tempat pertama.


Tempat kedua, maskot cip-cip (burung) jadi tumpuan orang ramai.


Ni pulak, maskot miau-miau(kucing).


Sebelum makan tengahari, penyampaian hadiah kepada para pemenang. Izzati dapat tempat pertama dalam pertandingan mewarna 4 tahun. TAHNIAH...!!!

Hafiz pula juara pertandingan susun puzzle.
TAHNIAH..!!


Laasst...sesi bergambar beramai-ramai.




Friday, December 11, 2009

SI KEMBAR DAN KASUT BARU

Mama! Tengok Amir jalan ni...dah laju...

Eeeerrrkkkk...ketatnya kasut ni


Ni pulak kasut Asyraf mama belikan



Asyraf belum dapat jalan dengan baik.

=================================



Ni kakak dengan ayunya bergaya dengan basikal pinjam, hehe...

Tuesday, December 8, 2009

SUSU 'time"





Ni antara post si kembar sedang minum susu, bermacam-macam gaya dan aksi. Melihat aksi si kembar ni, terhibur rasa hati . Sorang nak susu, yang sorang lagi mesti merengek nak juga susu. Jadi, time minum susu adalah sama. Begitu juga time susu pada waktu tido malam. Alhamdulillah...kenyang anak mama.


Thursday, December 3, 2009

SELAMAT DATANG ORANG BARU

Ni adalah cucu saudara sulung penerus generasi seterusnya. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Anak adalah anugerah Allah yang Maha Agung. Kepada Musniza (panggilan Za) semoga menjadi ibu mithali buat anak2.

Buat Muhammad Amzar semoga menjadi insan berguna dunia akhirat.
Amin...

Monday, November 30, 2009

HaPpY bIRthDaY My TWin



SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
BUAT ANAK KEMBAR MAMA

MUHAMMAD ASYRAF HAKIMI
&
MUHAMMAD AMIR HAKIMI
1 TAHUN


DOA MAMA UNTUK KALIAN:
SEMOGA KALIAN MENJADI HAMBA ALLAH

YANG CINTAKAN ALLAH

cINTAKAN NABI
CINTAKAN AL-QURAN
CINTAKAN ISLAM

CINTAKAN IBUPAPA


DOA MAMA SENTIASA MENGIRINGI KALIAN.






hadiah dari mama & papa.


HARI BERSEJARAH ALONG (HAFIZ)

Lebih kurang 2 bulan yang lepas, mama tanyakan along, "cuti sekolah ni, along nak sunat(khatan)?

Jawab hafiz, "tak nak, tak nak" dengan nada yang agak tinggi.

"Tak pe la...kecik lagi...", bisik mama dalam hati.

Papanya pun agak memaksa supaya hafiz khatan cuti sekolah ni. Jawab along tetap sama "tak nak".

"Takk pe la abang, along kecik lagi, besar sikit lagi buatla..." kata mama memujuk papa. Kasian pulak rasa di hati.

Tiba-tiba terlintas di hati mama "Iqbal" iaitu rakan sepermainan along di taman. Terus jari ini menulis sms kepada k.ana (mak Iqbal) tanyakan tentang khatan. K.ana kata belum, ia cakap lagi nak buat cuti sekolah ni.

"Along nak tak sunat saing dengan Iqbal?", saje ku tanyakan kepada hafiz dan ku pasti jawapannya "TIDAK"

Tiba2 jawpan yang tidak terduga dari Hafiz, "nak...nak..."

Terus aku buat janji dengan K.ana untuk saing khatan dengan anaknya. Apalagi seronok la dua sahabat ni nak khatan sekali.

Tibala hari yang ditunggu-tunggu....Hari yang bersejarah dalam hidup kanak2 lelaki

Tarikh : 30 November 2009
Tempat : Hospital Penawar
Masa : 1.30 petang



Wah! Bukan main seronok lagi 2 sahat ni nak khatan.



Sebelum masuk bilik bedah, hafiz diperiksa suhu badan dan tekanan darah.



Sempat lagi posing sebelum masuk bilik bedah



Bilik bedah, ibu bapa tak dibenarkan masuk.


Dah sipa along disunatkan. Izati dan luqman datng ziarah along.


Ceewaah, along dah boleh berdiri.


Bergambar dulu sebelum pulang