"Ada satu pengumuman, sahabat kita Ustaz Zohdi akan ber pindah ke PKB" , satu pengumuman yang mengejutkan dibuat oleh Ustaz Khairul Nizam, pada petang Khamis, 17 Dis 09, selepas mesyuarat JPA. Semua staf yang ada di bilik mesyuarat (Lab 1) mengeluarkan reaksi yang bermacam2.
Ni pulok reaksi di ruang legar pejabat selepas berakhir meet, sebelum balik...
Ustaz Zohdi : "Betul laa puan, tak kan saya nak main2 pulak"
Ustaz Roslan : "Dah boleh pindah dah kau Zohdi, aku biiilaaaa lagi nak dapat surat ni....dah cemuh da tunggu..."
Ustaz Hosni : "Jeles aku kat hang zohdi....aku pun tak tau la bila dapat pindah kat bini aku nih..."
Kak Nor : "Dah boleh balik Kelate dah kau Zohdi..."
Ustaz Hamdi : "Ni surat pindah hang...? Aku macam tak caya kau nak pindah Zohdi...Huhu...sedihnya aku. Kau tak da aku tak da kawan nak pi makan sama-sama..."
Azmi : "Selamat tinggal laa Zohdi..."
Begitu la reaksi manusia apabila sesuatu yang tak disangka-sangka berlaku. Apa pun, kita merancang dan Allah pun merancang, sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dan bagus. Kita sebagai manusia redhalah dengan apa yang berlaku...
No comments:
Post a Comment