Monday, November 30, 2009

HaPpY bIRthDaY My TWin



SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
BUAT ANAK KEMBAR MAMA

MUHAMMAD ASYRAF HAKIMI
&
MUHAMMAD AMIR HAKIMI
1 TAHUN


DOA MAMA UNTUK KALIAN:
SEMOGA KALIAN MENJADI HAMBA ALLAH

YANG CINTAKAN ALLAH

cINTAKAN NABI
CINTAKAN AL-QURAN
CINTAKAN ISLAM

CINTAKAN IBUPAPA


DOA MAMA SENTIASA MENGIRINGI KALIAN.






hadiah dari mama & papa.


HARI BERSEJARAH ALONG (HAFIZ)

Lebih kurang 2 bulan yang lepas, mama tanyakan along, "cuti sekolah ni, along nak sunat(khatan)?

Jawab hafiz, "tak nak, tak nak" dengan nada yang agak tinggi.

"Tak pe la...kecik lagi...", bisik mama dalam hati.

Papanya pun agak memaksa supaya hafiz khatan cuti sekolah ni. Jawab along tetap sama "tak nak".

"Takk pe la abang, along kecik lagi, besar sikit lagi buatla..." kata mama memujuk papa. Kasian pulak rasa di hati.

Tiba-tiba terlintas di hati mama "Iqbal" iaitu rakan sepermainan along di taman. Terus jari ini menulis sms kepada k.ana (mak Iqbal) tanyakan tentang khatan. K.ana kata belum, ia cakap lagi nak buat cuti sekolah ni.

"Along nak tak sunat saing dengan Iqbal?", saje ku tanyakan kepada hafiz dan ku pasti jawapannya "TIDAK"

Tiba2 jawpan yang tidak terduga dari Hafiz, "nak...nak..."

Terus aku buat janji dengan K.ana untuk saing khatan dengan anaknya. Apalagi seronok la dua sahabat ni nak khatan sekali.

Tibala hari yang ditunggu-tunggu....Hari yang bersejarah dalam hidup kanak2 lelaki

Tarikh : 30 November 2009
Tempat : Hospital Penawar
Masa : 1.30 petang



Wah! Bukan main seronok lagi 2 sahat ni nak khatan.



Sebelum masuk bilik bedah, hafiz diperiksa suhu badan dan tekanan darah.



Sempat lagi posing sebelum masuk bilik bedah



Bilik bedah, ibu bapa tak dibenarkan masuk.


Dah sipa along disunatkan. Izati dan luqman datng ziarah along.


Ceewaah, along dah boleh berdiri.


Bergambar dulu sebelum pulang


Sunday, November 29, 2009

RAGAM AMIR & ASYRAF

video

Begini la ragam si kembar mama apabila berebut barang atau mainan. Walaupun si kembar ni lahir dari rahim mama yang sama, namun perangai dan sikap mereka banyak perbezaan. Di sini lah kebesaran Allah Taala untuk ditunjukkan kepada hambaNya supaya lebih berfikir.



video

Pergelutan mereka tak boleh dibiarkan. Setiap kali berlaku pergaduhan antara mereka, mama kene cepat bertindak. Jadi untuk menenangkan keadaan, Asyraf mama bagikan buku supaya kedua-duanya ada barang masing2.

Sikembar mama dah semakin besar sekarang, perangai mereka pun semakin berubah. Seronok melihat mereka bermain dan kadang2 bergaduh sesama mereka.


Thursday, November 26, 2009

SAAT YANG MENDEBARKAN

Dalam hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh. Walau seberat dan sepahit mana dugaan yang di beri oleh Allah kita wajib terimanya dengan redho. Sesungguhnya Allah Taala uji kita untuk tahu tahap keimanan kita padaNYA.

Semalam kami sekeluarga ke Tesco untuk membeli sedikit barang keperluan yang dah kehabisan. Hanya Asyraf kami tinggalkan di rumah bersama bibik. Sampai di sana, mama berjalan bersama hafiz, izati dan luqman. Papa dan Amir entah ke mana. Masuk je ke dalam Tesco, terus aku meluru ke tempat troli, tanpa kusedari izati tiada di sisi. Nak masuk je ke dalam pasaraya, tiba-tiba jantungku berdegup kencang.

"Eh?! mana izzati?"

Aku tanya hafiz, "mana kakak, along?"

Along jawab " tak tau".

Subhanallah, Allahuakbar,rasa macam nak jatuh jantung ni... Ya Allah, mana anak aku ni?!! hati ini merintih. Keadaanku ketika itu dah tak keharuan. Rasa nak menangis rasanya..ada orang yang perasaan keadaanku yang panik.

Terlintas di hatiku "anakku kena culik ke? Ya Allah, jangn Kau uji aku ujian seberat ini". Hati ini terus berdoa.

Tiba2 hafiz bersuara "Tu Izzati...!!"

Ya Allah, syukur padaMu ya Allah. Nampak kakak meluru ke arah kami.

Aku terus bersuara, "Kakak ke mana...?!!", Aku terus ambil kakak dan angkat ke dalam troli. Kami terus masuk ke dalam pasaraya dalam keadaan jantungku masih berdegup kencang. Dalam hati ini tak habis2 mengucap syukur pada Ilahi.

..............................................................................................................

Esok aku ke tempat kerja macam biasa. walaupun mood untuk bekerja dah tiada, maklumla dah ramai staf yang bercuti. Kat pejabat curi2 juga main internet. Sedang asyik membaca artikel di internet, tiba2 teleponku berdering. Tengok nama yang terpapar "BIBIK"

"Ada apa ni?!" detik hati ini. Jarang bibik call kalau tak ada apa2.

"Hello", aku jawab panggilan.

Tiba2 terdengar suara camas bibik dalam talian. Ya Allah apa pula yang berlaku ni...?!

"Ibu.. cepat balik bu, kepala along berdarah banyak" suara bibik begitu cemas kedengaran di talian.

"Ye la, saya balik sekarang." kataku.

"Apa pula yang berlaku ni? Ya Allah..." kataku di dalam hati. Jantung ni bergerak kencang.

Aku terus memandu kereta dengan agak laju menuju ke rumah. Sampai je di rumah, terdengar suara tangisan along. Masuk ke dfalam rumah, penuh darah di belakang badan along. Aku terus memujuk along untuk ke klinik.

"Tak nak.." jawab hafiz dengan sedu.

"Jom la ke klinik, doktor cuci sahaja, tak sakit..." pujuk ku sambil memimpin tangannya.

Kemudian aku terus meluru ke klinik.

"Doktor jahit ke mama..." tanya hafiz dalam keadaan risau.

"Tak la..doktor cuci je dengan ubat, tak sakit...sejuk je..." kataku untuk tenangkan hatinya. Kalau tidak dia memang tak nak ke klinik, takut...

Sampai je di klinik Rozikin Kota Masai, tunggu giliran. Patient agak ramai. Sekali lagi hafiz tanye soalan yang sama. Aku terus memujuk.

Setengah jam kemudian, nama Hafizuddin di panggil. Aku memimpin tangan hafiz masuk ke dalam jumpa doktir.

"Kepala anak saya berdarah, luka..." kataku

Doktor melihat dan cuci luka yang ada. Darah di rambut dah kering dan melekat.

"Kena jahit ni.." kata doktor.

Aku menjeling ke arah along, mukanya dah berubah agak pucat sedikit bila dengar doktor kata kena jahit.

"Tak sakit. Baring atas katil..." kata doktor.

Lima belas minit kemudian, siap luka hafiz dijahit sebanyak 4 jahitan. Aku tanya hafiz sakit tak? Dia hanya menggeleng kepala tanda tak sakit.

Alhamdulillah, tak ada apa yang serius terjadi. Ini lah ujian kita sebagai ibu bapa. Kadang2 nak mengawal anak satu amanah yang begitu berat. Namun segalanya kita kena serahkan pada Allah. Dia yang menetukan segalanya. Kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakkal kepadaNya agar hidup kita jauh dari malapetaka dan bencana.




Friday, November 20, 2009

VEDIO AMIR JALAN

Terbalik la pulak gambo ni. Tak pe la...Amir baru nak belajar jalan.

video

PERKEMBANGAN SI KEMBAR

Salam semua, dah lama tak cerita tentang si kembar mama. Asyraf dan Amir dah hampir 1 tahun. Gelagat mereka berdua ni semakin lincah dan lasak. Memang memenatkan nak kawal dua orang ni, tapi melihat telatah mereka, hati ini begitu terhibur.


Wah! Asyraf dah pandai tilik muka sendiri kat cermin. Si Asyraf ni pantang tengok muka sendiri kat cermin, maka terkekek la ketawa dan senyum sorang.

Ewah, ewah... pandainye anak mama Asyraf ni bergaya..



Ni lagi tentang Asyraf, dah pandai tunjuk skill memanjat.

Ni pulak cerita pasal Amir. Amir dah boleh jalan, tapi dua tiga langkah jatuh, bangun lagi...jatuh lagi...baru nak bertatih. Gambar ni di ambil lepas nangis. Tu matanya merah dan berair.

Ele..cantiknye muka anak mama Amir ni. Hmm..sedapnya makan apa tu?!!

Si kembar mama ni suka main sama-sama. Satu lagi mereka berdua ni suka sangat berebut barang mainan. Amir pula suka sangat tarik rambut si Asyraf. Tengok tu.. dapat je peluang Amir akan cuba untuk tarik rambut si Asyraf.

Cerianya anak mama main. Yang berdiri tu Amir, bila mamanya sebut "up, taatiih...taatiih..." cepat -cepat Si Amir ni bangun dan gelak. Si Asyraf pula baru nak mula bertatih.




Wednesday, November 18, 2009

GELAGAT LUQMAN

Geladah hand bag mama. "Eh, jumpa bedak la..."

"Bole la tray sikit sebelum g mengaji ngan mama."

Ok mama saya dah ready nak mengaji ni. Sebelum tu baca asma ul-husna dulu la..


Baca alif..baa...taa pulak.



Dah mama... Shodakallahulazhim...

Pandai anak mama. Semoga anak mama bakal menjadi tahfiz. Amiin...




Monday, November 16, 2009

KEMBARA MINDA


Program Kembara Minda adalah program yang dianjurkan oleh JPA untuk pelajar2 khas. Ia diadakan pada 14 November 2009 (Sabtu) di sekitar politeknik. Aktiviti ini untuk menguji minda pelajar khas mengenai arahan yang diberikan kepada mereka, di samping meningkatkan semangat berpasukan di kalangan mereka.



Antara aktiviti yang dijalankan adalah treasure hunt, kolaj dan pertandingan pentomen. Jurukamera pulak dari uataz Zohdi yang menganbil gambar dengan penuh gaya camera men.

Ini adalah hasil dari pertandingan lukisan dan puzzle yang di buat oleh pelajar khas. Ini adalah antara aktiviti dalam treasure hunt.


Pertandingan persembahan dari pelajar2 khas. Gambar tengah adalah para juri.



Kumpulan yang menang keseluruhann dalam aktiviti ini, dari program KRG.


Sempat lagi posing


Friday, November 13, 2009

KURSUS DI MUAR (2)

Hari ke2 kursus diteruskan lagi.


Kursus diteruskan lagi dengan penyampaian oleh Dr. Abdul Rahim b. Hamdan. Untuk sesi ini kami diajar bagaimana nak membina soalan yang betul dan tepat. Selepas tu kami diberi tugasan untuk membuat soalan. Kemudian soalan yang dibina mesti dibentangkan ikut kumpulan. Apa yang kelakarnya soalan yang kami buat banyak mengandungi arahan soalan yang kurang tepat dan ayatnya sangat melucukan.



Sesi perbincangan antara kumpulan



Alhamdulillah kursus kami berjaya dengan jayanya. Insya'allah ilmu yang diperolehi akan digunakan untuk PJB.




sijil penyertaan


Wednesday, November 11, 2009

KURSUS DI MUAR

Minggu ini ku di arahkan untuk menghadiri Kursus CPCM iaitu Kursus Pembinaan Item Soalan di Muar Traders Hotel. Kursus ini bermula hari Selasa hingga Jumaat (10 - 13.11.2009). Petang Selasa bertolak dari PJB. Sampai saje di Bandar Muar, mencari hotel tak jumpa-jumpa. Dah beberapa kali tawaf, tiba2 ternampak Pak Polis, apa lagi terus berhenti dan tanya mana letaknya hotel ni? Oh, dekat je rupanyaaa... Ni la hotelnya....

Ni la hotel yang dicari-cari2.


Ni pulak gambaran dari bilik hotel, bilik 9010. Hotel ni tepi sungai muar.

Malam bermula kursus pembinaan item. Sebelum mula kursus ini, kami dikehendaki menjawab beberapa soalan untuk menguji sejauh mana kefahaman kami tentang pembinaan soalan. Kursus kami di bawa oleh ANT Traning & Resources Sdn. Bhd.


Ni la penceramah pertama kami Prof. Dr. Jamaluddinn bin Tubah. Orangnya selamba, merendah diri, laawak dan suka bercerita. Banyak ilmu yang disampaikan oleh beliau dan pengalaman pahit manis yang beliau ceritakan. Kejayaan beliau hari ini adalah bermula dari kegagalan beliau dari masa lalu. Beliau pernah kerja kilang, gali kubur, guru, pensyarah dan pernah dibuang dari universiti. Kata beliau : UNTUK BERJAYA KITA HENDAKLAHMENJADI SEPERTI IKAN HIDUP YANG SENTIASA MELAWAN ARUS, BUKAN SEPERTI IKAN MATI YANG MENGIKUT ARUS. Kami bersama beliau selama 1 hari 1 malam. Banyak ilmu dan pengalaman yang diceritakan menjadi pedoman dan panduan untuk kami. Maklumla 'orang lama' ...



Sesi pembentangan dari 3 peserta kursus


................................................................................................


Pada waktu petang pula kami berempat k.wan, k.dina dan k.zana ke tepi sungai Muar untuk menikmati ikan dan masakan sea food. Kami ke sana jam 6.30 petang.



Alhamdulillah...habis lauk dan nasi...



ESOK KURSUS KAMI BERSAMBUNG LAGI...


Sunday, November 8, 2009

TANGAN YANG BERCAKAP

Sesuatu yang istimewa adalah sesuatu yang lain dari yang lain, ataupun yang berlawanan dari yang normal. Begitu juga dengan insan istimewa, insan yang lahir lain dari yang normal. Ia istimewa sebab keunikan yang Allah kurniakan kepada mereka. Insan istimewa yang ingin diceritakan di sini adalah insan yang bercakap dengan jari jemari, bukan dengan mulut seperti insan lain. Di sinilah kuasanya Allah Taala yang mencipta manusia yang memahami petuturan dengan gerakan jari jemari. Betullah firman Allah Taala dalam surah Yaasin ayat 65 yang bermaksud :

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka...

Di dunia lagi Allah tunjukkan kepada kita bagaimana tangan kita bercakap dan kita memahaminya. Di sinilah Allah menunjukkan kekuasaanya melalui kekurangan yang diberi kepada hambaNya.

Politeknik JB mula mengambil pelajar khas pekak bisu pada tahun 2001. Oleh kerana minat yang mendalam untuk mempelajari bahasa isyarat, ku tawarkan diri untuk mengajar mereka.

2001 - diberi kursus bahasa isyarat selama 2 minggu. Balik kursus terus diamanahkan untuk mengajar mereka. Mula2 agak kekok juga, alhamdulillah dek minat, pembelajaran dapat juga tercapai.

2002 - 2003 : menjadi warden asrama bersama pelajar khas. Di sini ku banyak belajar sign dari mereka. Banyak ilmu yang ku pelajari tentang mereka selama setahun bersama pelajar ini. Perangainya agak berbeza dengan pelajar normal lain, sama ada dari segi perbuatan atau perasaan.

Sekarang dah hampir 9 tahun ku mendidik mereka. Ada yang dah kahwin, kerja dan yang penting mereka dapat berdikari melayari hidup mereka.

Pada 7 November baru2 ni, PJB telah membuat satu majlis iaitu Majlis Reunion Alumni Pelajar Khas. Seronok dapat jumpa bekas pelajar yang dah tinggal alam PJB. Inilah kepuasan yang dirasai oleh pendidik, seronok melihat anak didiknya yang telah berjaya.








Sunday, November 1, 2009

HOLIDAY IN 'WET WOLD WATERPARK'

Hujung minggu baru-baru ni, balik kg di Batu Pahat. Kami sekeluarga ke Wet World Waterpark di Batu Pahat Village Resort. Abang tiba-tiba je ajak balik kampung katanya "nak g swim". Apalagi, anak-anak lah yang paling seronok. Ni kali ke tiga kami ke sana. Keadaannya tetap sama, pengunjung nya tak kira, muda, tua, kanak2 dan remaja semuanya mengambil peluang berenang sepuas-puasnya. Nak masuk ke dalam kena bayar, dewasa RM10 dan kanak-kanak RM8.


Antara aksi yang dirakam :











holiday sesekali macam ni best juga, dapat lupakan seketika masalah dan bebanan kerja, tekanan pun hilang dan hubungan kekeluargaan makin mesra n erat.