Thursday, November 26, 2009

SAAT YANG MENDEBARKAN

Dalam hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh. Walau seberat dan sepahit mana dugaan yang di beri oleh Allah kita wajib terimanya dengan redho. Sesungguhnya Allah Taala uji kita untuk tahu tahap keimanan kita padaNYA.

Semalam kami sekeluarga ke Tesco untuk membeli sedikit barang keperluan yang dah kehabisan. Hanya Asyraf kami tinggalkan di rumah bersama bibik. Sampai di sana, mama berjalan bersama hafiz, izati dan luqman. Papa dan Amir entah ke mana. Masuk je ke dalam Tesco, terus aku meluru ke tempat troli, tanpa kusedari izati tiada di sisi. Nak masuk je ke dalam pasaraya, tiba-tiba jantungku berdegup kencang.

"Eh?! mana izzati?"

Aku tanya hafiz, "mana kakak, along?"

Along jawab " tak tau".

Subhanallah, Allahuakbar,rasa macam nak jatuh jantung ni... Ya Allah, mana anak aku ni?!! hati ini merintih. Keadaanku ketika itu dah tak keharuan. Rasa nak menangis rasanya..ada orang yang perasaan keadaanku yang panik.

Terlintas di hatiku "anakku kena culik ke? Ya Allah, jangn Kau uji aku ujian seberat ini". Hati ini terus berdoa.

Tiba2 hafiz bersuara "Tu Izzati...!!"

Ya Allah, syukur padaMu ya Allah. Nampak kakak meluru ke arah kami.

Aku terus bersuara, "Kakak ke mana...?!!", Aku terus ambil kakak dan angkat ke dalam troli. Kami terus masuk ke dalam pasaraya dalam keadaan jantungku masih berdegup kencang. Dalam hati ini tak habis2 mengucap syukur pada Ilahi.

..............................................................................................................

Esok aku ke tempat kerja macam biasa. walaupun mood untuk bekerja dah tiada, maklumla dah ramai staf yang bercuti. Kat pejabat curi2 juga main internet. Sedang asyik membaca artikel di internet, tiba2 teleponku berdering. Tengok nama yang terpapar "BIBIK"

"Ada apa ni?!" detik hati ini. Jarang bibik call kalau tak ada apa2.

"Hello", aku jawab panggilan.

Tiba2 terdengar suara camas bibik dalam talian. Ya Allah apa pula yang berlaku ni...?!

"Ibu.. cepat balik bu, kepala along berdarah banyak" suara bibik begitu cemas kedengaran di talian.

"Ye la, saya balik sekarang." kataku.

"Apa pula yang berlaku ni? Ya Allah..." kataku di dalam hati. Jantung ni bergerak kencang.

Aku terus memandu kereta dengan agak laju menuju ke rumah. Sampai je di rumah, terdengar suara tangisan along. Masuk ke dfalam rumah, penuh darah di belakang badan along. Aku terus memujuk along untuk ke klinik.

"Tak nak.." jawab hafiz dengan sedu.

"Jom la ke klinik, doktor cuci sahaja, tak sakit..." pujuk ku sambil memimpin tangannya.

Kemudian aku terus meluru ke klinik.

"Doktor jahit ke mama..." tanya hafiz dalam keadaan risau.

"Tak la..doktor cuci je dengan ubat, tak sakit...sejuk je..." kataku untuk tenangkan hatinya. Kalau tidak dia memang tak nak ke klinik, takut...

Sampai je di klinik Rozikin Kota Masai, tunggu giliran. Patient agak ramai. Sekali lagi hafiz tanye soalan yang sama. Aku terus memujuk.

Setengah jam kemudian, nama Hafizuddin di panggil. Aku memimpin tangan hafiz masuk ke dalam jumpa doktir.

"Kepala anak saya berdarah, luka..." kataku

Doktor melihat dan cuci luka yang ada. Darah di rambut dah kering dan melekat.

"Kena jahit ni.." kata doktor.

Aku menjeling ke arah along, mukanya dah berubah agak pucat sedikit bila dengar doktor kata kena jahit.

"Tak sakit. Baring atas katil..." kata doktor.

Lima belas minit kemudian, siap luka hafiz dijahit sebanyak 4 jahitan. Aku tanya hafiz sakit tak? Dia hanya menggeleng kepala tanda tak sakit.

Alhamdulillah, tak ada apa yang serius terjadi. Ini lah ujian kita sebagai ibu bapa. Kadang2 nak mengawal anak satu amanah yang begitu berat. Namun segalanya kita kena serahkan pada Allah. Dia yang menetukan segalanya. Kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakkal kepadaNya agar hidup kita jauh dari malapetaka dan bencana.




No comments:

Post a Comment