Friday, August 28, 2009

MERDEKA...!!!

MERDEKA!!! Itu yang terkeluar dari mulut Hafiz. Minggu lepas, Hafiz balik dari sekolah, merengek nakkan topi ada cermin mata hitam, Tanya punya tanye, rupanya topi merdeka seperti di atas. Mama cakap tak perlu la, buat apa beli topi tu, nanti letaknya sepah-sepah.

Malamnya Hafiz datang lagi, merengek "mama...nak beli topi ada cermin mata hitam". Mama tetap dengan pendirian mama, tak nak beli. Mama cakap "kalu nak beli jugak minta ngan papa". Bila mama cakap macam 2 apa lagi, merajuk la dia, terus lari.

Usaha hafiz tidak patah di situ, tengahari sebelum ke sekolah hari Jumaat, papanya balik rumah. Merengek pula ngan papanya. Last-last dapat juga beli topi tu. Mama cakap kalu nak beli, kene beli 3, nanti berebut dan bergaduh. Nak tak nak beli la 3. 1 rm6. Papa yang bayar, x pe la...selamat duit mama. hehe

Balik rumah apa lagi, seronok la budak2 ni dat topi satu sorang. Siap posing lagi.


Adik2nya pun tak ketinggalan, nak posing gak dgn topi tu. Wah! bergaya bukan main anak-anak mama ni.

Alahai..!! mama pun nak posing gak dengan topi merdeka tu...Hari tu bukan main lagi tak nak beli, hehe

BUAT ANAK-ANAK MAMA..

SEMOGA DIRI KAMU SEMUA MERDEKA
MERDEKA DARI JIWA YANG KOTOR
MERDEKA DARI TIPU DAYA SYAITAN
MERDEKA DARI SIFAT YANG KEJI
MERDEKA DARI ANGAN-ANGAN KOSONG
KERANA KALIAN PENYABUNG PEMBELA AGAMA

ITU LAH ERTI MERDEKA YANG HAKIKI.

MERDEKA!!!


Tuesday, August 25, 2009

Friday, August 21, 2009

PROMOSI RAMADHAN


PROMOSI SETAHUN SEKALI...!!!

TEMPOH PROMOSI : SEBULAN BULAN RAMADHAN

BERTEMPAT DI : MASJID-MASJID DAN SURAU.

WAKTU OPERASI : 24 JAM TANPA HENTI

3 HADIAH LUMAYAN :
10 HARI PERTAMA - RAHMAT ALLAH
10 HARI KEDUA - KEAMPUNAN ALLAH
10 HARI KETIGA - LEPAS DARI AZAB NERAKA

BAYARAN :
SOLAT SUNAT
TADARUS AL-QURAN
SOLAT TERAWIH
BERSAHUR
SEDEKAH
QIAMULLAIL
DAN LAIN-LAIN AMALAN SUNAT

HADIAH CABUTAN BERTUAH : LAILATUL QADAR

REBUTLAH PELUANG SEBELUM
PROMOSI TAMAT...!!!




p/s : Buat abang tersayang, ahli keluarga di Terengganu(Cik, Mah, Aseng, Skeri, Semek, Mat Rani, A.Wei dll), di Batu Pahat, di K.L (K.Nor n A.Sop), rakan pejabat terutama jiran offis K.Dina, sifu Ainoor, KP K.Wan dll...SELAMAT BERPUSA. SEMOGA KITA SAMA-SAMA PERTINGKATKAN AMALAN PADA BULAN YANG PENUH BERKAT INI.

Tuesday, August 18, 2009

DODOIAN KAKAK TIDURKAN ADIKNYA

DI SUATU MALAM YANG HENING...



Dikala semua dah nyenyak di alam mimpi, Kakak Izzati menidurkan adik Amir. Kakak Izzati memang mudah untuk minta tolong kalau moodnya o.k. Tapi kalau moodnya tak ok, suruh macam mana pun, tetap tak mau buat


Lastnya kakaknya yang tertidur...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Monday, August 17, 2009

MY NEW NOTEBOOK



Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah atas rezki yang engkau berikan. Terima kasih buat abang yang tolong belikan notebook untuk mama.

Sunday, August 16, 2009

IMEJ BARU

Wabak H1N1 makin hari makin bertambah. Oleh itu, jalan pencegahan kenalah ada. Bukan untuk lari dari qada' dan kadar, tapi setiap yang Allah Taala jadikan, mesti mengandungi hikmah yang besar.

Mulai hari ini, bermula dengan imej baru ke kelas. Bak kata pepatah "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERUBAT". Topeng yang diberi kepada setiap student dan pensyarah, ada. Tapi bentuknya rasa macam hidung binatang tuuu pulaknya. Dahla nama selsema babi, nak pakai topeng macam hidung si 'dia' rasa macam tak selesa pulak. Jadi, tiba-tiba idea datang untuk membuat penutup muka, macam pakai purdah la pulak. Nak pakai topeng pakai buang, kosnya pulak. Tak tahu bila ia akan berakhir. Wabak ni adalah bala dari Allah, nak uji sejauh mana iman kita pada Yang Maha Kuasa.

DODOIAN LUQMAN TIDURKAN ADIK2NYA



Ragam abang Luqman buaikan adik-adiknya tidur. Ni masa luqman nakkan susu, mama cakap kalu nak susu, kena buaikan adiknya. Nak tak nak, si abang pun dengan terpaksa rela akan buaikan adiknya.

Tuesday, August 11, 2009

KONGSI MAINAN


PANDAINYA ANAK MAMA MAIN

Amir : Eh! Asyraf, kau main apa tu? Boleh aku tengok?
Asyraf : Aku tengok mainan ni ha, ape bende ni ek?
Amir : Mai sini aku tengok.

Asyraf : Eh?! Engko ni Amir, nak tengok ke nak ambik mainan aku ni.
Amir : Aku tengok je la. Apa la ko ni jangan la kedekut sangat.
Asyraf : Mamaaa...! Tengok ni Amir nak ambik mainan saya.
Mama : Ala..anak mama kan baik, main la sama-sama. Tak mau gaduh la.
Asyraf : Orait mama...

Asyraf : Amir, jom kita kaji mainan ni!!.
Amir : Aaa..eh?! mainan ni dibuat dari apa ek?
Asyraf : Aaa la..aku pun tak tau. Tapi warna ni aku tau.
Amir : Aku pun tau, ni warna kuning, ni warna merah.
Asyraf : Ni lak warna putih.

MAMA : Emm...macam ni la anak mama, nanti beso jadi saintis ek, kaji alam ni pulak.


WAKTU KERJA BARU

Sempena kehadiran Ramadhan yang mulia tidak lama lagi, KJ telah buat pengumuman kepada staf yang ingin menukar waktu pejabat dari jam 7.30 pagi hingga 4.30, boleh berbuat demikian dengan mengisi borang. Sesiapa yang ingin berbuat demikian, syaratnya 2 minggu sebelum kehadiran Ramadhan (bulan September)mesti punch sebelum jam 7.30 pagi. Fikir punya fikir, bolehla tukar waktu pejabat untuk sebulan ni.

Matahari muncul aku pun muncul kat pejabat.

Pintu gerbang masul ke pejabat Jabatan Pengajian Am. Baru siap beberapa bulan yang lalu. Tapi penghuninya belum ada lagi.

Meja kerja aku.


Sunday, August 9, 2009

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU


Malam 7 Ogos, kami sekeluarga berlolak ke K.L. Lebih kurang jam 8 malam. Rancangan awalnya abang nak bw abah ziarah kubur arwah mak kat K.L. Last minit tak jadi, jd kami je la sekeluarga ke K.L. Apalagi budak2 ni la yang suka ria nak g jalan. Sebelum bertolak, singgah jap rumah Kak Dot (kakak ipar) ambik kunci rumah kat kg. Salam ngan abah jap n bertolak. Jalan pula jem kat Simpang Renggam, jd pukul 1.50 pg baru sampai kat rumah Suhaila (adik ipar). Sampai je terus tido. Budak semua pun dah tido.

Pagi jam 10.30 bertolak ke Perkuburan Bukit Kiara. Ziarah kubur arwah mak mertua. Al-fatihah buat arwah mak. Semoga roh mak ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah juga buat arwah ayah (Muda b. Said).


Lepas ziarah kubur, abang ronda2 bandaraya K.L. Sempat juga keliling kawasan Universiti Malaya. Teringat kembali kenangan pahit manis kat sana. Lepas tu singgah jap rumah abang Sop/Kak Nor kat Taman Keramat. Lepas dijamu makan tengahari n solat Zohor, teruskan lagi perjalanan. Dalam perjalanan along (Hafiz) merengek2 nak pergi zoo negara. Kat 50 kali sebut "Papa...nak g zoo negara K.L" Apalagi papanya pun teruskanlah ke Zoo Negara. Apalagi budak2 ni pun menjeritla gembira dapat g sana.





Dalamnya ambil tiket bas untuk keliling zoo. Nak jalan kaki tak larat. Tambahan pula bw si kembar.
Kemudian ke pertunjukan haiwan. Pertunjukan dolphin, burung kakak tua dan singan laut.


Sebelum balik sempat lagi budak2 ni main gelongsong.

Bergaya dengan cermin mata yang dibeli di sana.

Lebih kurang jam 4 petang, bertolak balik ke Johor. Dah berjalan jauh, kenala isi minyak kereta pulak.
Lebih kurang pukul 8.30 mlm, sampai kat umah mak Batu Putih. Budak2 semua dah kepenatan. Tidur kat rumah mak satu malam.

Kat rumah mak.

Esoknya hari ahad (9.8.09) jam 12 t.h bertolak balik ke Pasir Gudang. Budak2 semua tidur dalam kereta kerana kepenatan.

Wednesday, August 5, 2009

PERKEMBANGAN SI KEMBAR

Mama!! Bawalah kami jalan-jalan keliling taman. Boringla asyik dok kat umah jee..

Mama!! Kami nak mandi. Dah penat jalan-jalan tadi, bau badan pun dah bucuk.


Lepas mandi, kami nak makan. Emm..sedapnye kentang lecek ni!!!

Alhamdulillah. Si kembar mama membesar dengan sihat dan cergas. Buat cek Mah di ganu, saya Asyraf. Saya pantang nampak buku atau paper, mesti nak ragut dan nak rasa(masuk mulut). Satu lagi cek Mah, saya dah mula nak memanjat tangga. Perkembangan terbaru saya, gigi saya dah tumbuh 2 batang di bawah. Siapa yang nak kena gigit dengan saya mai la sini.


Saya pula Amir. Perkembangan saya pun lebih kurang Asyraf, dah mula nak memanjat, nak ragut paper atau buku. Saya dah boleh duduk. Tapi, saya belum tumbuh gigi lagi. Buat cek Mah dan orang ganu, kalu rindu kat kami, tataplah gambo kami kat sini.