Sunday, August 9, 2009

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU


Malam 7 Ogos, kami sekeluarga berlolak ke K.L. Lebih kurang jam 8 malam. Rancangan awalnya abang nak bw abah ziarah kubur arwah mak kat K.L. Last minit tak jadi, jd kami je la sekeluarga ke K.L. Apalagi budak2 ni la yang suka ria nak g jalan. Sebelum bertolak, singgah jap rumah Kak Dot (kakak ipar) ambik kunci rumah kat kg. Salam ngan abah jap n bertolak. Jalan pula jem kat Simpang Renggam, jd pukul 1.50 pg baru sampai kat rumah Suhaila (adik ipar). Sampai je terus tido. Budak semua pun dah tido.

Pagi jam 10.30 bertolak ke Perkuburan Bukit Kiara. Ziarah kubur arwah mak mertua. Al-fatihah buat arwah mak. Semoga roh mak ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah juga buat arwah ayah (Muda b. Said).


Lepas ziarah kubur, abang ronda2 bandaraya K.L. Sempat juga keliling kawasan Universiti Malaya. Teringat kembali kenangan pahit manis kat sana. Lepas tu singgah jap rumah abang Sop/Kak Nor kat Taman Keramat. Lepas dijamu makan tengahari n solat Zohor, teruskan lagi perjalanan. Dalam perjalanan along (Hafiz) merengek2 nak pergi zoo negara. Kat 50 kali sebut "Papa...nak g zoo negara K.L" Apalagi papanya pun teruskanlah ke Zoo Negara. Apalagi budak2 ni pun menjeritla gembira dapat g sana.





Dalamnya ambil tiket bas untuk keliling zoo. Nak jalan kaki tak larat. Tambahan pula bw si kembar.
Kemudian ke pertunjukan haiwan. Pertunjukan dolphin, burung kakak tua dan singan laut.


Sebelum balik sempat lagi budak2 ni main gelongsong.

Bergaya dengan cermin mata yang dibeli di sana.

Lebih kurang jam 4 petang, bertolak balik ke Johor. Dah berjalan jauh, kenala isi minyak kereta pulak.
Lebih kurang pukul 8.30 mlm, sampai kat umah mak Batu Putih. Budak2 semua dah kepenatan. Tidur kat rumah mak satu malam.

Kat rumah mak.

Esoknya hari ahad (9.8.09) jam 12 t.h bertolak balik ke Pasir Gudang. Budak2 semua tidur dalam kereta kerana kepenatan.

No comments:

Post a Comment