Friday, August 28, 2009

MERDEKA...!!!

MERDEKA!!! Itu yang terkeluar dari mulut Hafiz. Minggu lepas, Hafiz balik dari sekolah, merengek nakkan topi ada cermin mata hitam, Tanya punya tanye, rupanya topi merdeka seperti di atas. Mama cakap tak perlu la, buat apa beli topi tu, nanti letaknya sepah-sepah.

Malamnya Hafiz datang lagi, merengek "mama...nak beli topi ada cermin mata hitam". Mama tetap dengan pendirian mama, tak nak beli. Mama cakap "kalu nak beli jugak minta ngan papa". Bila mama cakap macam 2 apa lagi, merajuk la dia, terus lari.

Usaha hafiz tidak patah di situ, tengahari sebelum ke sekolah hari Jumaat, papanya balik rumah. Merengek pula ngan papanya. Last-last dapat juga beli topi tu. Mama cakap kalu nak beli, kene beli 3, nanti berebut dan bergaduh. Nak tak nak beli la 3. 1 rm6. Papa yang bayar, x pe la...selamat duit mama. hehe

Balik rumah apa lagi, seronok la budak2 ni dat topi satu sorang. Siap posing lagi.


Adik2nya pun tak ketinggalan, nak posing gak dgn topi tu. Wah! bergaya bukan main anak-anak mama ni.

Alahai..!! mama pun nak posing gak dengan topi merdeka tu...Hari tu bukan main lagi tak nak beli, hehe

BUAT ANAK-ANAK MAMA..

SEMOGA DIRI KAMU SEMUA MERDEKA
MERDEKA DARI JIWA YANG KOTOR
MERDEKA DARI TIPU DAYA SYAITAN
MERDEKA DARI SIFAT YANG KEJI
MERDEKA DARI ANGAN-ANGAN KOSONG
KERANA KALIAN PENYABUNG PEMBELA AGAMA

ITU LAH ERTI MERDEKA YANG HAKIKI.

MERDEKA!!!


No comments:

Post a Comment