Friday, July 31, 2009

SURI RUMAH SEMINGGU

Lama tak merasa cuti panjang macam ni. Bila dapat cuti free macam ni best gak. Maka penuh la aktiviti sepanjang cuti seminggu ni. Aktiviti pertama yang aku buat adalah apalagi menjahit la. Nak siapkan baju raya. Target, sebelum puasa dapat siapkan semua baju raya anak-anak, suami dan diri sendiri punye. Tak ketinggalan cuba gak la siapkan baju jiran sebelah kat pejabat, k.dina.


Ni la baju-baju nak disiapkan. Alhamdulillah dapat juga siapkan separuh baju raya n baju k.dina skali. Baju sendiri baru sepasang sempat siapkan. Dalam plastik 2 ada 2, 3 pasang lagi yang belum dijahit. Cuti ni ha, ambil kesempatan siapkan baju sepasang dua.




Ni la pulak aktiviti harian hantar along ke sekolah agama seawal jam 7 pagi, dan ambik along dari sek keb jam 6 petang. Bukan 'along' pemberi pinjan wang tuu, hehe...

Aktiviti wajib kat rumah adalah melayan 4 hero dan sorang heroin. Yang heroin sorang ni pun dah nak jadi macam hero dah, manjat sana, manjat sini, sepak sana sepak sini, kadang2 pening kepala dibuatnya. Tapi macam kata K.Wan kena banyak sabo melayan kerenah anak.

Hafiz (along) : Kalau tak kena cara, mengamuk, membebel n bila suruh akan cakap "NO".
Izzati (kakak) : Tiap kali bangun tido, nampak je mama tak keje, "Nak mama mandikan"
Luqman : "Mama, nak tuutuu (susu)". Setiap 1/2 jam atau 1 jam skali. Nasi tak nak makan.
Si kembar pulak : Mula nak memanjat tangga, acap kali dah jatuh. Suka ke dapur dan suka main kat mesin jahit. Ni nak jadi macam atuknya kot 'nak jadi tukang masak n tukang jahit'.

Tapi alhamdulillah, ada juga bibik bantu menyiapkan keje rumah. Abang asyik sibuk jee. Kalau tidak tak menang tangan nak siapkan semua keje rumah. Apa-apa pun, syukur pada MU Ya Allah, tanpa buah hati mama ni, sunyi rasa hidup ini. Kalian hadir menceriakan dunia mama n papa.

Monday, July 27, 2009

Wabak H1N1 dah merebak ke PJB

Bermula semalam 27.7.2009 semua kakitangan dan pelajar PJB dicutikan selama 1 minggu. Selsema babi atau saintifiknya H1N1 telah merebak hingga ke Pasir Gudang. Maha suci Allah perkara yang kita semua takut-takutkan sudah semakin hari semakin merebak. Banyakkan solat hajat mohon Allah jauhkan bala ini dari kita semua.

On the way ke kerja semalam dengar berita yang disampaikan oleh DJ Radio IKIM.FM jumlah pesakit H1N1 dah cecah 1,007 orang. Sampai di pejabat KJ pula cakap pelajar asrama poli JB demam lebih 100 orang. Tengahari pula KJ maklumkan kepada staf siapa yang terkena demam pada minggu lepas, boleh buat check up di Dewan Besar. Jadi kai pun berduyun-duyun ke dewan.
Ni suasana di dewan. Sampai di sana kami diberi topeng penutup mulut. Tapi sampai je kat sana, student dah ramai sedang menunggu giliran. Doktor pun tak ada lagi. Jadi kami pun ambik keputusan pulang je la ke pejabat.

Sebelum balik ke pejabat, sempat lagi ber'mesyuarat' atas tangga. Entah apa yang diceramahkan oleh Intan tu...

Ni pula suasana pada waktu petang. KJ sibuk nak uruskan anak buahnya. Pada mulanya berita yang disampaikan oleh KJ pelajar sahaja yang di cutikan 1 minggu. Tapi lebih kurang pukul 3 lebih, KJ dapat berita, semua staf dan kakitangan PJB pun di cutikan 1 minggu.


Bila dah tau berita tu, semua pensyarah kat ofis pun seolah-olah bersorak gembira la.. Ye la dapat cuti free. Tapi kita kena ingat banyakkan solat hajat minta wabak ini tak terus merebak. KJ tak bagi balik lagi, tunggu surat dari pengarah.

Lebih kurang jam 3.40 ptg, surat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Apa lagi, semua cabut balik rumah la.. Pukul 4 ptg pejabat dah mula kosong.

Kepada adik-adik yang tengah induksi ainoor, udan dan ita, selamat berinduksi. Kami di PJB ni sedang dicutikan. Dikurantinkan. Tapi ramai juga yang balik kampung.

Thursday, July 23, 2009

Monday, July 20, 2009

SEMINAR KUASA PENGGUNA


Tempat seminar ini berlangsung.



Bergambar sebelum seminar. Aku tengah tido ke tu? Emm..sedapnya K.Dina minum air kopi. Ada ummph. K.zana tu pula sibuk isi borang soal selidik.
:
:
:
:

Tunggu dan tunggu bermulalah seminar pada jam 9 pagi yang di sampaikan oleh Dr. Jariah Masud, Presiden MACFEA (Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga MAlaysia)


SESI 1 : SIAPAKAH PENGGUNA?


Sesi bermula dengan keceriaan Dr. Jariah yang sangat lincah dan begitu bersemangat. Walaupun usianya telah mececah 57 tahun, namun gaya dan semangat beliau persis orang muda. Gaya dan kelincahannya bercakap semasa menyampaikan ceramah membuatkan para peserta tidak terasa masa berlalu. Diselitkan juga dengan kisah-kisah dan pengalaman beliau yang menjadi pedoman bagi generasi muda.

PENGGUNA

  • bijak buat keputusan.
  • sentiasa dapatkan sumber dan maklumat produk.
  • pandai buat pilihan
  • faham kita ada hak sebagai pengguna.
  • cuba ubah diri ke arah kebaikan.
  • keluar dari kepompong pemikiran, berfikir luar kotak

Di celah ceramah beliau menyelitkan aktiviti untukk peserta:


Dalam aktiviti pertama, peserta dikehendaki meyambung 9 titik yang diberi dan tidak boleh mengangkat pencil. Hasilnya garisan akan terkeluar dari titik. Ini bermaksud kita sebagai pengguna hendaklah berfikiran luar dari kebiasaan dan mesti berani membuat keputusan.

Aktiviti ke 2 pula, kami dibahagikan kepada 18 kumpulan. Setiap kumpulan mesti ada 11 orang. Kemudian setiap orang akan membuat garisan. 11 garisan tadi hasilkan sebuah bangunan. Ini untuk kita berfikiran kreatif. Aktiviti ini bagi mereka yang ingin berniaga.



SESI 2 : PENGURUSAN KEWANGAN.


WANG UNTUK APA?

simpan?

kuasa?

kasih sayang?

keperluan?

JAWAPANNYA ADA PADA DIRI KITA.


Aktiviti ke 3 peserta diminta membuat bulatan dengan bermula dari tengah titik tanpa mengangkat pen. Nak tau caranya kenalah jumpa saya... hehe


Aktiviti terakhir, nak tahu cara urus wang, peserta diminta melipat kertas sebanyak 3 kali lipat. Setiap lipatan mesti koyak sebelah kanan. Kalau tak kena caranya jadilah seperti di sebelah kanan, bocor kat tegah. He..tu tandanya kita boros kot...


LAST...MESTI BIJAK URUS WANG.

Wang jadi terhad @ berganda...

Wang jadi raja @ hamba...

Wang untuk kegunaan semasa @ masa depan...

Wang jadi alat @ perantaraan...

Wang untuk memenuhi nafsu @ keperluan...

Wang membawa bahagia atau derita...


TERIMA KASIH DR. JARIAH MASUD ATAS ILMU YANG DIBERI.

Friday, July 17, 2009

Perjuangan Bermula...


Sesi baru Julai 2009 baru seminggu bermula. Terasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah 9 tahun aku berada di PJB sebagai pendidik generasi alaf baru ini. Terasa semakin mencabar mendidik anak bangsa sendiri yang semakin hari semakin jauh dari agama. Teringat lagi dalam mindaku pertama kali mengajar, rasa seram sejuk seluruh badan, maklumlah nak mengajo budak dah beso panjang ni. Ngajo pulak bab kahwin, ustazahnya pada masa 2 anak dara lagi. Jadi hentam je la belalang, berdasarkan ilmu yang tersemat di dada dan ilmu yang ada di dalam buku (tapi byk berpandukan buku dan kakak2 senior yang ada pada masa 2 la). Sekarang alhamdulillah, dah banyak pengalaman, tapi masih untuk meningkatkan lagi corak pengajaran . Almaklum sekarang zaman IT, jd mesti guna peluang yang ada. Namun semakin canggih alat yang kita gunakan, terasa semakin jauh pelajar dari agama. Itulah hakikat yang kita lihat sekarang.

Bagi semester ini aku di amanahkan untuk mengajar 10 kelas termasuk 3 kelas khas (pekak bisu). Jadualnya seperti di atas, siap warna warni lagi, bukan apa nak timbulkan semangat untuk mengajar. Kelas-kelas ni ada rakan kongsi juga. Bukan berniaga je ada rakan kongsi, nak g ngajo pung ada rakan kongsi. Ni bukan apa, sebabnya nak cukupkan jumlah jam kredit mengajo, sekurang-kurangnya 16 jang seminggu.

Antara orang yang bertuah berkongsi meluahkan ilmu untuk anak bangsa ialah...


1




Kak Dina adalah jiran sebelah mejaku. Jd senangla apa2 yang berkaitan kelas, pas je kat sebelah meja. Dok payoh nok jalang jauh-jauh. 2 kelas lak tu. Sama-samalah kita berjuang habis-habisan untuk 2 kelas ni ye kak dina. Walaupun kelas DJK 2 hok yah 100%.




2



Ni lak partner ke 2 i. Panggil Kak Zana. Ni pung 2 kelas gok kita share. Dapat share ngang k.zana best gak, kejenya kemas dang teratur. Sem lepah dapat anugerah FRP ( Fail Rekod Pensyarah) terbaik. Alhamdulillah dapat partner ngang k.zana 2 kelas juga. rezki...rezki...






3



Ni pulak cik adik yang cantik manis. Darah pung masih manih lagi, almaklum pengantin baru. Kita share sekelas jah. Ita ni baru ngajo, jadi k.yah akang bg tunjuk ajo yang betul cara nok ngako nanti. Ngang budok2 nant jangang bg muka ngak, kek gi depa semua pijak kepala kita. Kena wat bekeng(garang) sikit.




Sekarang ni Semester dah mula blajo. Jd sapa-sapa yang ngajo sem 1 termasuk ambo, dah mula la jihad mendidik pelajar. Semester 2 ke atas, lagi 3 manggu akan start kelas.

Thursday, July 16, 2009

CARA KAMI BERBEZA

video

SAYA ASYRAF

video

SAYA AMIR

CARA KAMI BERBEZA MAMA. NI LAH KUASA ALLAH, CARA KAMI BERGERAK TAK SAMA. ASYRAF BERGERAK DENGAN ANGKAT DADA. AMIR PULA KE DEPAN DENGAN CARA LAIN. WALAUPUN KAMI DARI RAHIM MAMA YANG SAMA, TAPI APA SAHAJA YANG KAMI LAKUKAN ADALAH BERBEZA. NI LAH YANG MEMUDAHKAN MAMA MENGENALI KAMI.

Wednesday, July 15, 2009

Jom main sama-sama

video

Pandainye anak mama main sama-sama. Awat suara Asyraf tu...macam harimau lapar jee..Geram ye..Amir diaaam je tunggu turn nak ambik mainan.

Sunday, July 12, 2009

sama tapi tak serupa...


Suatu hari pada hari Khamis 9 Julai 2009 kami dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah untuk mambawa Amir untuk check telinganya. Dalam perjalanan, tiba-tiba kami terserempak dengan sebuah kereta CITRA. tahu tak apa yang kami nampak pada kereta itu?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, July 8, 2009

KASIH SAYANG

video

Kasih Sayang

Artist: Raihan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

Monday, July 6, 2009

Bekalan sepanjang malam...






SELAMAT MALAM MAMA & PAPA.. KAMI DAH PENAT. ESOK KITA MAIN LAGI...







LENANYA ANAK MAMA TIDO. SEIRINGAN PLAK TU..!!









NI LA BEKALAN TIAP-TIAP MALAM. WAA...WAA..MAMA LA YANG BANGUN BUATKAN SUSU UNTUK KAMI.








NI PLAK BOTOL SUSU YANG KAMI HABISKAN MALAM TADI. TUGAS BIBIK LA YANG BASUHKAN BOTOL KAMI.

SIAPA CEPAT DIA DAPAT

video

Siapa cepat dia dapat...!!!! Inilah pertandiangan Siapa Paling Cepat. Ya.. Asyraf telah mula dengan pecutan pertama. Amir memintas Ayraf. Ooo... Asyraf dan Amir mula bersaing seiringan. Asyraf dan Amir tidak mahu mengaku kalah. Apa yang mereka kerjarkan tu??!! Ya..itu dia, surat khabar Metro rupanya yang dikejarkan. Bagusnya anak mama... dua-dua nak berebut baca paper.

Friday, July 3, 2009

Buat suamiku...

Lelaki sejati

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,

tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,

tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,

tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja,

tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,

tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,

tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,

tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,

tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,

tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…


“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

Thursday, July 2, 2009

PUTERIKU SAYANG

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya