Monday, July 27, 2009

Wabak H1N1 dah merebak ke PJB

Bermula semalam 27.7.2009 semua kakitangan dan pelajar PJB dicutikan selama 1 minggu. Selsema babi atau saintifiknya H1N1 telah merebak hingga ke Pasir Gudang. Maha suci Allah perkara yang kita semua takut-takutkan sudah semakin hari semakin merebak. Banyakkan solat hajat mohon Allah jauhkan bala ini dari kita semua.

On the way ke kerja semalam dengar berita yang disampaikan oleh DJ Radio IKIM.FM jumlah pesakit H1N1 dah cecah 1,007 orang. Sampai di pejabat KJ pula cakap pelajar asrama poli JB demam lebih 100 orang. Tengahari pula KJ maklumkan kepada staf siapa yang terkena demam pada minggu lepas, boleh buat check up di Dewan Besar. Jadi kai pun berduyun-duyun ke dewan.
Ni suasana di dewan. Sampai di sana kami diberi topeng penutup mulut. Tapi sampai je kat sana, student dah ramai sedang menunggu giliran. Doktor pun tak ada lagi. Jadi kami pun ambik keputusan pulang je la ke pejabat.

Sebelum balik ke pejabat, sempat lagi ber'mesyuarat' atas tangga. Entah apa yang diceramahkan oleh Intan tu...

Ni pula suasana pada waktu petang. KJ sibuk nak uruskan anak buahnya. Pada mulanya berita yang disampaikan oleh KJ pelajar sahaja yang di cutikan 1 minggu. Tapi lebih kurang pukul 3 lebih, KJ dapat berita, semua staf dan kakitangan PJB pun di cutikan 1 minggu.


Bila dah tau berita tu, semua pensyarah kat ofis pun seolah-olah bersorak gembira la.. Ye la dapat cuti free. Tapi kita kena ingat banyakkan solat hajat minta wabak ini tak terus merebak. KJ tak bagi balik lagi, tunggu surat dari pengarah.

Lebih kurang jam 3.40 ptg, surat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Apa lagi, semua cabut balik rumah la.. Pukul 4 ptg pejabat dah mula kosong.

Kepada adik-adik yang tengah induksi ainoor, udan dan ita, selamat berinduksi. Kami di PJB ni sedang dicutikan. Dikurantinkan. Tapi ramai juga yang balik kampung.

No comments:

Post a Comment