Friday, July 17, 2009
Perjuangan Bermula...
Sesi baru Julai 2009 baru seminggu bermula. Terasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah 9 tahun aku berada di PJB sebagai pendidik generasi alaf baru ini. Terasa semakin mencabar mendidik anak bangsa sendiri yang semakin hari semakin jauh dari agama. Teringat lagi dalam mindaku pertama kali mengajar, rasa seram sejuk seluruh badan, maklumlah nak mengajo budak dah beso panjang ni. Ngajo pulak bab kahwin, ustazahnya pada masa 2 anak dara lagi. Jadi hentam je la belalang, berdasarkan ilmu yang tersemat di dada dan ilmu yang ada di dalam buku (tapi byk berpandukan buku dan kakak2 senior yang ada pada masa 2 la). Sekarang alhamdulillah, dah banyak pengalaman, tapi masih untuk meningkatkan lagi corak pengajaran . Almaklum sekarang zaman IT, jd mesti guna peluang yang ada. Namun semakin canggih alat yang kita gunakan, terasa semakin jauh pelajar dari agama. Itulah hakikat yang kita lihat sekarang.
Bagi semester ini aku di amanahkan untuk mengajar 10 kelas termasuk 3 kelas khas (pekak bisu). Jadualnya seperti di atas, siap warna warni lagi, bukan apa nak timbulkan semangat untuk mengajar. Kelas-kelas ni ada rakan kongsi juga. Bukan berniaga je ada rakan kongsi, nak g ngajo pung ada rakan kongsi. Ni bukan apa, sebabnya nak cukupkan jumlah jam kredit mengajo, sekurang-kurangnya 16 jang seminggu.
Antara orang yang bertuah berkongsi meluahkan ilmu untuk anak bangsa ialah...
1
Kak Dina adalah jiran sebelah mejaku. Jd senangla apa2 yang berkaitan kelas, pas je kat sebelah meja. Dok payoh nok jalang jauh-jauh. 2 kelas lak tu. Sama-samalah kita berjuang habis-habisan untuk 2 kelas ni ye kak dina. Walaupun kelas DJK 2 hok yah 100%.
2
Ni lak partner ke 2 i. Panggil Kak Zana. Ni pung 2 kelas gok kita share. Dapat share ngang k.zana best gak, kejenya kemas dang teratur. Sem lepah dapat anugerah FRP ( Fail Rekod Pensyarah) terbaik. Alhamdulillah dapat partner ngang k.zana 2 kelas juga. rezki...rezki...
3
Ni pulak cik adik yang cantik manis. Darah pung masih manih lagi, almaklum pengantin baru. Kita share sekelas jah. Ita ni baru ngajo, jadi k.yah akang bg tunjuk ajo yang betul cara nok ngako nanti. Ngang budok2 nant jangang bg muka ngak, kek gi depa semua pijak kepala kita. Kena wat bekeng(garang) sikit.
Sekarang ni Semester dah mula blajo. Jd sapa-sapa yang ngajo sem 1 termasuk ambo, dah mula la jihad mendidik pelajar. Semester 2 ke atas, lagi 3 manggu akan start kelas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ehem...amboi ...sedapnye mung ltk muka aku dlm "road block" mung. Patutla ptg tadi bunyi kamera je tepi tlinga aku...cittt...
ReplyDelete