Bergambar sebelum seminar. Aku tengah tido ke tu? Emm..sedapnya K.Dina minum air kopi. Ada ummph. K.zana tu pula sibuk isi borang soal selidik.
:
:
Sesi bermula dengan keceriaan Dr. Jariah yang sangat lincah dan begitu bersemangat. Walaupun usianya telah mececah 57 tahun, namun gaya dan semangat beliau persis orang muda. Gaya dan kelincahannya bercakap semasa menyampaikan ceramah membuatkan para peserta tidak terasa masa berlalu. Diselitkan juga dengan kisah-kisah dan pengalaman beliau yang menjadi pedoman bagi generasi muda.
PENGGUNA
- bijak buat keputusan.
- sentiasa dapatkan sumber dan maklumat produk.
- pandai buat pilihan
- faham kita ada hak sebagai pengguna.
- cuba ubah diri ke arah kebaikan.
- keluar dari kepompong pemikiran, berfikir luar kotak
Di celah ceramah beliau menyelitkan aktiviti untukk peserta:
Dalam aktiviti pertama, peserta dikehendaki meyambung 9 titik yang diberi dan tidak boleh mengangkat pencil. Hasilnya garisan akan terkeluar dari titik. Ini bermaksud kita sebagai pengguna hendaklah berfikiran luar dari kebiasaan dan mesti berani membuat keputusan.
Aktiviti ke 2 pula, kami dibahagikan kepada 18 kumpulan. Setiap kumpulan mesti ada 11 orang. Kemudian setiap orang akan membuat garisan. 11 garisan tadi hasilkan sebuah bangunan. Ini untuk kita berfikiran kreatif. Aktiviti ini bagi mereka yang ingin berniaga.
simpan?
kuasa?
kasih sayang?
keperluan?
JAWAPANNYA ADA PADA DIRI KITA.
Aktiviti ke 3 peserta diminta membuat bulatan dengan bermula dari tengah titik tanpa mengangkat pen. Nak tau caranya kenalah jumpa saya... hehe
Aktiviti terakhir, nak tahu cara urus wang, peserta diminta melipat kertas sebanyak 3 kali lipat. Setiap lipatan mesti koyak sebelah kanan. Kalau tak kena caranya jadilah seperti di sebelah kanan, bocor kat tegah. He..tu tandanya kita boros kot...
LAST...MESTI BIJAK URUS WANG.
Wang jadi terhad @ berganda...
Wang jadi raja @ hamba...
Wang untuk kegunaan semasa @ masa depan...
Wang jadi alat @ perantaraan...
Wang untuk memenuhi nafsu @ keperluan...
Wang membawa bahagia atau derita...
TERIMA KASIH DR. JARIAH MASUD ATAS ILMU YANG DIBERI.
woh..balik je terus jegheba blog ke???
ReplyDelete