Friday, July 31, 2009

SURI RUMAH SEMINGGU

Lama tak merasa cuti panjang macam ni. Bila dapat cuti free macam ni best gak. Maka penuh la aktiviti sepanjang cuti seminggu ni. Aktiviti pertama yang aku buat adalah apalagi menjahit la. Nak siapkan baju raya. Target, sebelum puasa dapat siapkan semua baju raya anak-anak, suami dan diri sendiri punye. Tak ketinggalan cuba gak la siapkan baju jiran sebelah kat pejabat, k.dina.


Ni la baju-baju nak disiapkan. Alhamdulillah dapat juga siapkan separuh baju raya n baju k.dina skali. Baju sendiri baru sepasang sempat siapkan. Dalam plastik 2 ada 2, 3 pasang lagi yang belum dijahit. Cuti ni ha, ambil kesempatan siapkan baju sepasang dua.




Ni la pulak aktiviti harian hantar along ke sekolah agama seawal jam 7 pagi, dan ambik along dari sek keb jam 6 petang. Bukan 'along' pemberi pinjan wang tuu, hehe...

Aktiviti wajib kat rumah adalah melayan 4 hero dan sorang heroin. Yang heroin sorang ni pun dah nak jadi macam hero dah, manjat sana, manjat sini, sepak sana sepak sini, kadang2 pening kepala dibuatnya. Tapi macam kata K.Wan kena banyak sabo melayan kerenah anak.

Hafiz (along) : Kalau tak kena cara, mengamuk, membebel n bila suruh akan cakap "NO".
Izzati (kakak) : Tiap kali bangun tido, nampak je mama tak keje, "Nak mama mandikan"
Luqman : "Mama, nak tuutuu (susu)". Setiap 1/2 jam atau 1 jam skali. Nasi tak nak makan.
Si kembar pulak : Mula nak memanjat tangga, acap kali dah jatuh. Suka ke dapur dan suka main kat mesin jahit. Ni nak jadi macam atuknya kot 'nak jadi tukang masak n tukang jahit'.

Tapi alhamdulillah, ada juga bibik bantu menyiapkan keje rumah. Abang asyik sibuk jee. Kalau tidak tak menang tangan nak siapkan semua keje rumah. Apa-apa pun, syukur pada MU Ya Allah, tanpa buah hati mama ni, sunyi rasa hidup ini. Kalian hadir menceriakan dunia mama n papa.

3 comments:

  1. Ni daripd j/k pruuf,
    Ejaan yg betul bg pinjan = pinjam.
    Hee.....

    ReplyDelete
  2. To k.wan. Emm..entah la, nak jawab pun susah. Nak bagi boleh, tapi kot x sempat nak pakai raya.

    ReplyDelete