Tuesday, December 29, 2009

HOLIDAY IN 'NIGHT SAFARI, SINGAPORE'


26Disember 2009, kami sekeluarga ke Night Safari di Singapura. Di sina lebih kurang macam Zoo Negara kat Malaysia, tapi Night Safari ni hanya di buka pada waktu malam sahaja, dari jam 7 malam hingga 11 malam. Kami bertolak dari Pasir Gudang selepas solat Asar. Perancangan awalnya nak singgah dulu rumah saudara kat Singapura, tapi, jem pula kat imegresen Singapura. Masuk je Singapura maghrib dah hampir, jadi perancangan berubah. Nak cari masjid kat Singapura bukannya senang, tak macam kat Malaysia, masjid @ surau merata2. Syukur alhamdulillah, tinggal kat Malaysia ni. Dah jumpa masjid, tak boleh parking suka2 hati. Jadi, terpaksalah gilir2 solat.

Sampai di sana lebih kurang jam 8 malam. Ramainya orang nak jalan pun terpaksa berhimpit2. Abang beratur membeli tiket hampir 1 jam. Maklumla ada promosi sempena musim cuti sekolah ni. Jam 9.30 baru dapat masuk ke pertunjukan binatang . Pertunjukannya memang menyeronokkan, bukan untuk kanak2 je, orang dewasa pun terhibur. Lebih kurang 1/2 jam kemudian, naik keretapi pula untuk keliling kawasan untuk melihat binatang yang ada. Apa yang berbeza dengan Zoo Negara, di sini binatang2nya tidak dikurung seperti harimau, gajah, singa dsb. Binatang2 ini dibiarkan bebas bergerak seperti di dalam hutan.

Satu perkara yang o.k adalah layanan daripada pekerja di sana adalah sangat mengambil berat tentang pengunjung, terutamanya kami yang membawa si kembar yang telah pun lena dari awal lagi. Kami diberi keutamaan kerana membawa baby. Satu lagi perkhidmatan troli untuk baby pun disediakan.


Pintu masuk ke Night Safari.


Bergambar sebelum keretapi bergerak. Gambar ini diambil oleh jurukemera yang bertugas di sana. Emm...macam dalam hutan pula, dikelilingi oleh binatang2. Izzati nampak matanya sahaja. Hafiz pula ada dengan sepupunya kat depan. Asyraf tidur di pangkuan bibik Amir pula di pangkuan papanya.



Pergi bercuti memang seronok dan menghiburkan, tak kira pada kanak2 atau orang dewasa hatta warga emas sekalipun. Yang penting kita mengambil pengajaran dari tempat yang kita lawati. Di sana kita lihat kebesaran Allah yang menciptakan makhluk berbagai rupa, bentuk dan ragam. Hidup berpandukan iman dan Islam insya'Allah selamat dunia dan akhrat.




No comments:

Post a Comment