18 September 2011 = 20 Syawal 1432H, tepat jam 6 petang perginya seorang ibu mithali yang sangat dikasihi. Pemergian ibu pada usia 78 tahun setelah berjaya membentuk 10 anak2 menjadi 'orang' dan insan yang berguna. Pemergian ibu yang sangat tenang sekali diiringi dengan sedu anak2...Semoga roh ibu ditempatkan di kalangan hamba2 MU yang soleh. Amiin. Selamat bersemadi di alam yang abadi. Semoga kita berjumpa di syurga nanti...
Terkenang jasa ibu yang sangat2 besar dan begitu mulia dalam mendidik kami terutama pendidikan adab dan agama. Ibulah orang pertama yang mengajar saya siapa itu ALLAH dan sifat2NYA, rukun Iman, rukun Islam, kenal alif..ba..ta dan lain2 ilmu keagamaan. Masih ingat lagi lagu RUKUN IMAN yang diajar ibu kepada kami adik2.
Cara pendidikan ibu yang menekankan ilmu agama berbanding ilmu dunia amat berkesan dalam kehidupan kami adik2 hingga ke hari ini. Masih ingat lagi dalam imbauan saya,,,anak2 ibu akan dirotan jika tidak mengaji atau tiidak solat. Tapi kami tidak pula dirotan jika kami gagal atau tidak lulus dalam peperiksaan. Kesannya...bila ilmu akidah lekat di hati, secara automatik ilmu dunia menguasai diri. Alhamdulillah...berkat pendidikan ibu, anak2 semuanya berjaya dalam kehidupan duniawi.
Masih teringat dalam memori ini, ibu akan bangun seawal jam 430 pagi untuk berkhidmat kepada ilahi sebelum menyelesaikan tugas2 rasmi dalam rumahtangga. Air tangan ibu sebagai alas perut kami ke sekolah di samping bekal ketika waktu rehat. Keberkatan air tangan ibu begitu terkesan. Terasa diri ini begitu sukar untuk mengikut jejak langkah ibu. Jauh di sudut hati, saya begitu kagum dan rasa ibu begitu hebat.
Alhamdulillh...saya sempat bersama ibu disaat akhir hayatnya. Disaat saya uruskan kencing berak ibu, dan ketika dibacakan yaasin, air mata tidak dapat ditahan2 lagi. Syukur juga saya dapat bersama dalam menguruskan jenazah ibu.
Sepanjang menguruskan jenazah ibu, keadaan begitu tenang dan lancar sekali. Tiada apa2 masalah dan kesulitan yang dihadapi. Cuaca pada hari itu agak redup seoalh2 sama2 menangisi pemergian ibu.
Al-Fatihah buat bonda tercinta NGAH BINTI MUDA. Semoga roh bonda dicucuri rahmat.

mcvn
18