Sunday, May 20, 2012

Kenderaan Baru Keluarga Kami

 Salam semua. Alhamdulillah...sempat lagi nak up date blog ni. Sebulan sekali baaru boleh nak edit blog ni. Mula-mula saya nak ucapkan selamat beramal di bulan yang mulia ini, Rejab, bakal tiba Sya'ban dan Ramadhan.
Alhamdulillah...rezki yang Allah bagi, kami bertukar selera dengan menukar kereta yang agak besar dan selesa. Buka apa untuk perjalanan jauh. Maklumla anak-anak semakin membesar. 

 Kereta baru keluarga kami. Alphad....


Selamat Tinggal Hyundai Trajet.
Kereta ini dalam ingatan.


Thursday, May 17, 2012

KEMARUK CERPEN

Salam. Lamanyee tak membaca novel. Sekali baca dah 'ketagih' plak. Bila start je membaca novel, dah susah nak stop. Nak..nak...kalu dah klimaks cerita tu. Hihi...siap nangis2 lagi. Maklumlah jiwa ni mudah sangat nak menangis. Terutama cerita berkaitan anak dengan mak ataupun, kisah suami dan isteri. Kat bawah ni novel yang paling sedih CINTA YANG TERLEWAT dan ANDAI ITU TAKDIRNYA. Yang lain best juga. Tapi yang dua ni hingga bercucuran air mata.








Tuesday, May 1, 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012

Salam. Lamanyaaaa tak up date blog ni. Rasanya dah hampir setengah tahun blog ini menyepi. Almaklum...kerja2 yang lebih penting mesti didahulukan. 
Pada 30 April baru2 ni saya bersama kawan2 pejabat buat satu rombongan ke KL semata2 nak ke Pesta buku Antarabangsa di PWTC. Alhamdulillah sampai juga saya ke sana. Mengikut perancangan awalnya saya nak ke sana bersama famili,  dan siap mohon cuti rehat, tetapi ketentuan Allah yang lebih baik.Saya bersama kawan2 ke sana. Dalam hati sebenarnya besyukur ke sana bersama kekawan. Jika saya ke sana bersama anak2 alamatnya tak 'khusyuk'lah nak memilih buku.
Ini adalah kali ke dua saya ke sana. Saya sangat teruja...banyak buku yang boleh dapat di sana dengan potongan yang o.k sesangat. Kami bertolak lebih kurang jam 830 pagi dan sampai di sana jam 1.40 petang. Sampai je ke sana, terus solat jamak zohor dan asar. Lapas tu baru lah syok nak memilih buku. 
Kenangan manis di Pesta Buku kali ini adalah dapat bersua muka dengan 2 penulis buku kegemaran saya iaitu 'Pak Latip' iaitu penulis novel sejarah Islam dan Ustaz Pahrol. Sempat juga ambil tantatangan mereka.

Ini adalah antara buku2 yang dibeli.