Thursday, March 3, 2016

KELUARGA TERBARU KAMI



Assalamualaikum....

Ini lah keluarga kami sekarang. Dah 3 tahun berlalu, tambah 2 lagi anak perempuan kami.

Along dah 14 tahun. Semakin matang sekarang ni. Alhamdulillah, kami hantar dia ke sekolah tahfiz. Dah boleh imam untuk adik2. :). Mama dokan along menjadi imam bukan sahaja di rumah, tetapi di luar rumah. Bahkan di mana sahaja along berada, along adalah imam di kalangan orang2 yang soleh. Aminn.

Kakak Izzati dah 11 tahun. Dah nak sama tinggi dengan mama. Izzati anak yang baik, taat, pandai dan sangat aktif bersukan. Mama doakan izzati menjadi wanita solehah di akhir zaman ini. Aminn.

Anak ke 3 mama, Luqman sekarang dah 10 tahun. Aktivitinya suka menyakat adik2. Suka sangat jika adiknya menangis. Kadang2 mama yang naik geram dengan sikap anak mama yang sorang ni. Tapi...bila Luqman demam, rumah sepi pula tanpa tangisan adik2. Sekarang ni Luqman tak sihat dah hampir 2 minggu. Semoga Luqman menjadi anak soleh kebanggaan mama.

Anak kembar mama amir & asyraf dah besar....darjah 2 dahhh. Sekejapnya masa berlalu. Anak kembar mama ni masih manja rupanya. Maklum la 5 tahun tak dapat adik.  Makan pun masih bersuap, nak di mandikan...sabar je la...semoga anak kembar mama membesar sebagai mujahid pembela agama.

Ahli baru blog ni, nur izzatul waafirah dan nur aisyatun naziihah....2 anak dara cilik mama ni selang satu tahun je...jadi macam kembar juga la. Ada kawan bila besar nanti. Semoga anak dara mama ni membesar sebagai mujahidah sejati.

Harapan mama semoga kelurga besar kami sentiasa dalam lembayung rahmat dan redha Allah. Amiin...



 

SETELAH 3 TAHUN BERLALU...

Assalamualaikum....lamaaanya dah up date blog ni. Rasanya dah hampir 3 tahun. Maklum la sekarang ni banyak sangat medium untuk up date status kan. Facebook ada, twitter ada, w.sup ada...dunia IT semakin mengusai duni hari ini. Kembali kepada kisah saya ni.  Hihi..

Tiba-tiba je pagi pagi buta ni mimpi nak buka blog ni. Tengok-tengok tarikh terakhir up date blog ni pada bulan Mei 2013, Allahu Akbar lamanya tak buka 'rumah' ni. Rasa dah mula nak aktif semula blog ni.

Untuk up date pertama ni. Kaluarga kami dah semakin bertambah. Campur lagi 2 anak dara. Alhamdulillah...jadi semua anak kami dah 7 orang. 4 hero dan 3 dara. Terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu.

Setakat ni sahaja untuk kali ini.