Thursday, December 23, 2010

CATATAN BERSEJARAH KE TANAH SUCI (1)



Salam...lama dah rasanya tidak mengemas blog ni. Lepas balik haji ni plak, bertimbun2 kerja pejabat yang perlu disiapkan...nak kejar date line dan macam2 lagi. Alhamdulilllah...balik haji ni rasa nak menulis plak kat sini. Sedikit catan perjalanan haji yang saya lalui. Pengalaman ini teramat berharga dan akan sentiasa tersemat di hati. Tak tahu bila pulak kaki ini dapat ke sana lagi...

30.10.2010
Bertolak ke Batu Pahat(rumah abah) menuju ke K.L rumah adik ipar pada jam 3.30 petang. Jam 7.30 baru sampai ke sana.

1.11.2010
Eoknya sempat lagi membawa anak2 bersiar2 di KLCC. Tengok ikan di Aquaria. Seronok betul budak2 ni dapat berjalan...terutamanya si kembar...asyik sebut "fish"..."fish"...Mereka berjalan hingga kepenatan dan tertidur.. Jam 1.20 t.h singgah kejap rumah abang kat Taman Keramat. Makan t.h kat situ.

2.11.2010
Persiapan terakhir untuk bertolak pada malamnya. Persiapan metarial dan tak lupa persiapan dalaman. Sempat lagi shopping barang2 keperluan diri dan anak2. Untuk anak2 dibelikan mainan dan juga buai untuk si kembar tidur. Bimbang juga kot2 bibik tidak terlayan nak handle si kembar tu, kami belikan buaian elektrik.
Malamnya pada jam 11.15 malam, kami bertolak dari Sg Buluh ke Pej Tabung Haji di Kelana Jaya. Hanya abah, adik ipar dan along je yang menghantar kami. Kakak, Luqman dan si kembar telah lena dibuai mimpi. Wlaupun hati ini begitu sayu untuk meninggal anak2...tapi hati ini perlu tabah demi menyambut seruanMu Ya Allah.
12.30 tgh malam, sampai di Kelana Jaya. Subhanallah...ramainya tetamu Allah yang akan menuju ke rumahNya.

3.11.2010
Jam 1.00 pg..keberangkatan masuk ke dewan. Bersalaman buat kali terakhir dengan abah dan along.
Jam 2.00 pg..taklimat ringkas daripada pihak tabung haji.
Jam 2.15 pagi..azan dikumandangkan semasa berangkat ke KLIA dengan menaiki bas. 9 bas yang membawa kami ke sana. Sepanjang perjalanan kami diiiringi oleh kereta dan motor polis.Terasa dimuliakan bakal menjadi tetamu Allah
Jam 3.30 pagi..tiba di KLIA...terus ke Dewan Berlepas. Di situ kami menunggu sehingga dipanggil untuk menaiki kapal terbang Saudi Airline pada jam 5 pagi. Terasa jga penat dan letih kerana tidak tidur pada malam itu.
Jam 5.30 pagi..kapal terbang berlepas membawa kami ke terbang ke bumi suci. Ramai dah yang tertidur kerana mengantuk..termasuklah kami suami isteri. Yang paling kasian..abang..sepanjang perjalanan mual dan loya kerana perut kosong terlalu lama. Last2..termuntah juga. Perjalanan lebih kurang 10 jam memang memenatkan...
Jam 3 ptg (10 pagi waktu Mekah) tiba di Lapangan Jeddah. Dah sampai...kami tak dibenarkan turn lagi kerana tangga kapal terbang belum tiba. Bila ingatkan kembali...kelakar juga. Terpaksalah kami tunggu dalam flight tu selama 30 minit untuk menunggu tangga tiba. Dah turun dari flight..naik plak bas untuk ke dewan menunggu. Lebih kurang 30 minit menunggu.. baru lah kami dipanggil untuk urusan imegresen. Lebih kurang 1 jam..baru lah urusan imegresen selesai. Selepas tu, berehat dan solat zohor, barulah kami berangkat ke Mekah pada jam 2 ptg. Kami diberi makan tengahari dalam bus. Abang dah mula o.k sedikit, boleh makan dan minum.
Perjalanan dari Jeddah ke Madinah yang sepatutnya selama 1 jam..menjadi hampir 4 jam kerana terlalu banyak check point dan pemeriksaan pasport. Urusan masuk ke Mekah untuk haji lebih ketat berbanding urusan untuk umrah.
Jam 5.50 petang baru ampai di Hotel Hijjaz. Sampai je di sana azan Maghrib berkumandang. Terpaksalah kami solat di dalam bilik je kerana urusan mengambil kunci bilik. Bilik kami 507..kekal dalam ingatan... Alhamdulillah...hotel kami dekat dengan masjid..lebih kurang 100meter sahaja.
Jam 7 malam...Isyak baru kami ke masjid. Rindunya nak melihat kaabah. Subhanallah...masuk je kawasan masjid jemaah dari pelbagai negara begitu padat. Maklumla kami datang hampir 2 minggu lagi nak haji. Kami naik ke tingkat 3...lega sikit...
Selepas solat Isyak dan makan malam, ingatkan nak buat tawaf dan saie umrah...tapi kami tertidur...kepenatan. Kami buat HAJI TAMATTUK...masuk Mekah dengan niat umrah.

4.11.2010
Jam 2.30 pagi..bangun tidur
Jam 3.30 pagi..ke masjidilharam untuk buat tawaf dan saie. Ya Allah...ramainya manusia...nak siapkan tawaf hampir 1 jam. Bertolak-tolak. Kami terpaksa berhenti untuk solat subuh. Saie bersambung selepas solat Subuh.
Siangnye hanya rehat je di bilik. Sampai waktu solat...kami ke masjid. Pergi masjid mesti awal 1 jam...kalu terlewat...alamatnya memang susah dan tak dapat masuk masjid.

5.11.2010
Hari ni hari Jumaat...jam 10 pagi kami ke masjid untuk solat Jumaat. Di luar masjid sudah sesak dengan ribuan manusia yang ingin masuk dan keluar masjid. Kami berdua cuba untuk terus ke pintu masuk. Alhamdulillah...berjaya juga sampai ke pintu masuk masjid walaupun hampir lemas dalam lautan manusia. Allah Taala maha kuasa...walaupun dah sampai ke pintu masuk...kami dihalang masuk oleh polis kerana di dalam masjid telah penuh. Ya Allah sebesar2 masjidilharam...penuh dengan manusia.
Pada mulanya saya nak balik hotel dan minta suami temankan...tapi jalan ke hotel kami telah ditutup dan polis membuat sekatan laluan kerana teramat penuh. Jadi...kami terpaksa jugalah mencari kalau ada tempat yang boleh untuk kami solat. Cari...cari...ada la tempat di tepi pasaraya, dalam hotel depan masjidilharam.

6.11.2010
Jam 3.30 pagi..tawaf sunat dengan abang di tingkat atas. Kami tawaf selama 1 jam 15 minit.
Lepas solat zohor dan makan tengahari..jalan2 di sekitar hotel. Tengok2 barang yang dijual.

7.11.2010
Lawaan tempat bersejarah Nabi Muhammad s.a.w seperti Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina Jabal Nur, dan Ja'ranah.

8.11.2010
Pagi ini imam Mekah membuat solat sunat istisqak, minta hujan.
Hari ini tak ada pa2 aktiviti...solat di masjid.

11.11.2010
Jam 9 malam Forum Perdana bertajuk: MAMRURKAH HAJIKU.
Haji semakin hampir...jadi persediaan rohani dan jasmani mestilah mantap untuk menghadapi apa jua ujian dan cubaan dari Allah untuk menguji hambaNya. Hati juga bertambah risau dan bimbang...takut2 ujian Allah tak mampu nak hadapi dan apa2 kemungkinan boleh saja berlaku. Namun..doa dan tawakkal tetap di hati. Doa.."YA ALLAH...MUDAHKANLAH HAJIKU, YA ALLAH...KURNIAKAN HAJI MABRUR UNTUKKU" sentiasa membasahi bibir.

13.11.2010
Esok bermula perjalanan penting untuk wukuf ke Arafah. Malam ini di adakan bacaan Yaasin dan doa selamat untuk meminta kepada Allah semoga apa yang dirancang berjalan lancar. Selepasnya diadakan sedikit taklimat daripada Ustaz Daud Che Ngah tentang keberangkatan untuk esok dan persiapan2 terakhir. Doa "Ya Allah...mudahkanlah urusan kami dan sahabat kami di sana nanti. Berikanlah kepada kami kekuatan, kesihatan dan kecergasan rohani, mental dan jasmani kami" sentiasa mengiringi setiap solat sunat dan fardu.
Selepas taklimat, ustaz Daud Che Ngah ada membuat pengumuman bahawa tngki air untuk di isi ke dalam tangki tersekat kerana di halang oleh polis. Esok mungkin ada air atau tidak...wallahua'lam. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Ujian Allah bermacam2 untuk menguji tahap iman hambanya.

14.11.2010
Se awal 4 pagi suami kejut dari tidur mengatakan air TAK ADA. Ya ALlah...rasa gelap juga pandangan dan fikiran. Rasanya ujian Allah telah bermula.. "macam mana nak mandi"..."macam mana nak buang air".. "nak bersihkan diri". Macam2 persoalan di dalam kepala ini. Last2 terpacul ayat "Kita mandi kat masjid je la...lagi pun jemaah dah kurang, dah ramai pergi ke Arafah.".
Selepas solat Subuh, kami ke masjid untuk mandi sunat ihram. Keadaan di hotel juga agak kelam kabut juga..ada jemaah yang beli air mineral 1, 2 kotak untuk mandi, ada juga jemaah yang tidak puas hati dengan meninggikan suara dan tak puas hati kepada AJK...dan sebagainya ragam manusia. Akhirnya ustaz membuat pengumuman sesiapa yang ingin mandi boleh tumpang di hotel sebelah (jemaah Andalusia).
Bila dah jam 10 pagi, keadaan dah agak tenang sikit.


BERSAMBUNG...


Berjalan sentiasa beriringan..tak boleh berpisah..


Bergambar bersama unta di ladang unta. Minum susu unta segar. Antara khasiat susu unta unta dapatkan anak, cuci perut, sihatkan badan dan banyak lagi. Kalu sapu kat muka, awet muda.

Bergambar di luar masjidil haram. Jam terbesar di dunia..'Zam2 Tower'


Dalam bas menuju ke Hudaibiyyah.. ladang unta.


Depan kaabah. Bergambar selepas selesai umrah.



Subhanallah...lautan manusia...






Tuesday, September 28, 2010

KENANGAN DI PAGI RAYA 2010


KENANGAN HARI RAYA PERTAMA DI BATU BAHAT
(RUMAH ABAH)










Monday, September 20, 2010

Lebaran Tahun Ini




Salam semua. Lama dah rasanya tidak dicoretkan sesuatu kat blog ni. Di bulan Ramadhan yang lepas tak berkesempatan...terlalu banyak cabaran dan dugaan di bulan itu. Terasa masa begitu cepat berlalu dan aktivitinya terlalu padat. Alhamdulillah...Ramadhan kali ini terasa ada sedikit peningkatan dari segi rohani dan kekuatan fizikal.

Pada Syawal ada kali ini...terasa kurang kemeriahan...bermula pada diri saya, hingga anak2 sorang demi sorang mengalami demam panas. Last sekali si kembar pun tak dapat beraya kerana demam. Mungkin kerana perjalanan yang jauh dan penat... Malam raya baru pulang ke Batu Pahat. Petang hari raya pertama bertolak pulak ke Terengganu. Di Terengganu 2 hari, kembali semula ke Batu Pahat. Hari raya ke 5 bertolak balik ke Pasir Gudang. Bukan anak2 je yang penat..mamanye pun penat juga. Last2 hari Rabu terpaksa ambik cuti rehat...anak2 tak sembuh lagi dari demam. Cuma mengambil kesempatan yang ada...ziarah rumah adik2 yang sempat sahaja. Alhamdulillah...sekarang ni semua dah o.k.

Di Johor ni...kami beraya sebulan...tapi tak berkesempatan pulak...abang pulak kursus kat KL sebulan...Jadi...Lebaran kali ni kat rumah je la bersama anak2. Ni pun satu cabaran juga...nak meng'control' anak2 yang masih memerlukan perhatian sorang diri satu tugas yang betul2 menguji kesabaran dan ketabahan diri. Maklumla...anak2 ni kalau dengan mamanya kurang takut skit...arahan terpaksda ulang 10 kali baru nak ikut. Tapi kalau papanya bagi arahan sekali dah takut. Itu powernya suara seorang ayah. Apa2 pun doa seorang ibu tetap mengiri anak2 kecil ini.

Gambar2 ni diambil semasa hari raya ke 9. Anak2 dah sihat...kami beraya ke Singapura rumah sepupu abang.

Sempat lagi singgah taman mainan. Si kembar dah pandai main gelungsur.

1...2...3...turun



Waaahhh...bukan main hebat lagi anak mama ni.


Kepenatan...dah tido



Si Asyraf pulak kehausan...



Sukanya Luqman dapat bermain...




Friday, September 17, 2010

SALAM EIDUL FITRI


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA.


Monday, July 26, 2010

HARGA SEKUNTUM MAWAR


Sesungguhnya...kehebatan dan keindahan yang ada pada
sekuntum mawar sungguh tinggi anugerahNya...
Seandai jambangannya indah digubah maka
makin bertambah nilaianugarahNya...
Kehebatannya adalah berada di tangan
kita yang mengubahnya...
bukannya terletak pada
tangan orang yang
memetiknya...
Sekuntum mawar di pokoknya, tidak sama dengan sekuntum
mawar yang berada di jambangan kamar seseorang...
Semasa di pokok...ia bebas bergoyang ke sana ke mari,
namun setelah berada di jambangan ia masih berseri
tapi terhad pada pandangantuan empunya...
hayatilah kehidupan mawar...
Biarpun bila dipetik...kau pasti masih berseri tapi, jika tidak
dijaga dengan rapi dan elok...keindahan itu mudah pudar
dan layu...Tapi...janganlah biarkan kehidupanmu gugur
di bumi tanpa sebarang kepentingan...jadikanlah...
mawar yang berseri dan menghiasi kamar
bukannya menanti untuk gugur
menyembah bumi...
Begitulah...wahai muslimah...janganlah jadikan dirimu
seumpama mawar yang megah di hujung
tangkai...kerana kelak....walaupun
rupamu cantik...tapikan
layu jua.

Tuesday, July 20, 2010

REHLAH BERSAMA PELAJAR PASTI

Salam semua. Hujung minggu baru2 ni kami sekeluarga bersama famili ke Zoo JB dan Star Hill sempena Program Rehlah pelajar PASTI Kawasan Tebrau. Seramai lebih kurang 130 pelajar bersama guru PASTI dan AJK ke sana. Terdapat juga ibu bapa pelajar yang ikut serta rehlah ini.
Di sini beberapa gambar yang sempat di letakkan di sini.



















Berbaris untuk masuk ke Star Hill









Izzati dan luqman...bukan main seronok main air.




Seronoknya budak2 ni main air...dengan cikgu2 skali pun dah basah.


Keberangkatan pulang ke rumah masing2


Wednesday, July 7, 2010

Belajar buat mee kari


Salam semua. Rasanya dah lama tak up date blog ni. Petang semalam belajar buat mee kari. Alhamdulillah...berjaya juga. Resepi mee kari ni saya minta dari Ziela, jiran sebelah rumah. Sekarang ni 'gila' nak masak pulak rasanya. Jadi menu petang semalam kami hanya makan mee kari je la.. Alhamdulillah...kenyang. Anak2 lagipun suka sangat dengan mee ni, lebih-lebih lagi along.

Semalam abang tak de, pergi kursus kat K.L..jadi bebas la nak makan apa. Kalau abang ada, makan malam 'wajib' makan nasi. Sebenarnya niat di hati dah lama nak belajar buat mee kari, semalam baru la menjadi. Tetapi ada sikit lagi yang perlu dibaiki dalam masakan ni. Apa-apa pun terima kasih buat Ziela kerana ilmu masakan yang diberi.

Saturday, June 26, 2010

PRAKTIKAL HAJI


Salam semua. Alhamdulillah...setelah 16 minggu menjalani kursus haji bermula bulan Januari 2010 dulu, kini kemunaknya, penganjur mengadakan praktikal menunaikan haji. Praktikal haji ini berlangsung bermula sebelum maghrib 26 Jun hingga selepas Subuh 27 Jun 2010. Alhamdulillah segala ilmu yang diperolehi dapat dipraktikkan terus. Gambarannya lebih jelas lagi terang.

Sepanjang menghadiri kursus haji bertempat di Surau al-Barakah, Taman Mawar setiap hari Selasa jam 9(selepas solat isya') hingga 10.15 malam, banyak ilmu dan cara melaksanakan haji dan umrah telah dijelaskan oleh guru kami Ustaz Mohd Nor bin Ismeth. Beliau adalah ustaz yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji untuk menyampaikan kursus haji kepada penduduk di sekitar Johor Bahru dan juga kawasan Pasir Gudang.

Walaupun sepanjang menhadiri kursus ini banyak dugaan dan cabaran, alhamdulillah...segalanya dapat dilalui dengan baik dengan izin dan bantuan Allah Taala. Maklumla kursus ini dijalankan pada waktu malam, anak2 terpaksa ditinggalkan, kadang2 terpaksa pergi sorang2 kerana suami out station, kadang2 rasa malas dan penat pun ada juga. Alhamdullah...segalanya dapat ditempuhi dengan semanagt yang kuat dan gigih.

Walaupun status rayuan untuk menunaikan haji pada tahun ini belum diketahui lagi, kursus ini adalah sebagai persediaan awal untuk ke sana. Namun doa terus dipanjatkan ke hadrat Ilahi semoga niat murni ini dikabulkan. Aamiinn....

Perjalanan program praktikal haji bermula dengan solat maghrib, bacaan yaasin, doa selamat dan tahlil. Kebetulan semalam berlaku gerhana bulan, jadi selepas solat isya', kami solat gerhana bulan. Pada jam 11 malam baru bermula praktikal umrah hingga jam 12.30 malam. Kelewatan ini berlaku ustaz dari Johor Bahru dan highway jem. Jam 3.30 pagi qiamullail bermula. Selepas solat Subuh, praktikal haji bermula. Alhamdulillah...praktikal haji ini tamat pada jam 8.30 pagi.

Name tag yang dipakai sepanjang praktikal haji



Jemaah di kaunter pendaftaran


Menonton video haji sementara menanti ketibaan ustaz


Jemaah melakukan praktikal sai'e umrah lebih kurang jam 12.15 t/malam.



Ni pulak suasana melontar di ke 3 3 Jamrah

Ustaz Mohd Nor memberi sedikit taklimat sebelum melaksanakan tawaf dan sai'e haji


Jemaah bergerak ke tempat sai'e selepas melaksanakan tawaf haji.


Sai'e haji. Rukun yang ke 4 sebelum bergunting dan tertib.


Alhamdulillah... setelah tamat praktikal haji ini, rasa ilmu yang diperolehi begitu jelas. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nor dan semua AJK Surau al-Barakah.