Saturday, June 26, 2010

PRAKTIKAL HAJI


Salam semua. Alhamdulillah...setelah 16 minggu menjalani kursus haji bermula bulan Januari 2010 dulu, kini kemunaknya, penganjur mengadakan praktikal menunaikan haji. Praktikal haji ini berlangsung bermula sebelum maghrib 26 Jun hingga selepas Subuh 27 Jun 2010. Alhamdulillah segala ilmu yang diperolehi dapat dipraktikkan terus. Gambarannya lebih jelas lagi terang.

Sepanjang menghadiri kursus haji bertempat di Surau al-Barakah, Taman Mawar setiap hari Selasa jam 9(selepas solat isya') hingga 10.15 malam, banyak ilmu dan cara melaksanakan haji dan umrah telah dijelaskan oleh guru kami Ustaz Mohd Nor bin Ismeth. Beliau adalah ustaz yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji untuk menyampaikan kursus haji kepada penduduk di sekitar Johor Bahru dan juga kawasan Pasir Gudang.

Walaupun sepanjang menhadiri kursus ini banyak dugaan dan cabaran, alhamdulillah...segalanya dapat dilalui dengan baik dengan izin dan bantuan Allah Taala. Maklumla kursus ini dijalankan pada waktu malam, anak2 terpaksa ditinggalkan, kadang2 terpaksa pergi sorang2 kerana suami out station, kadang2 rasa malas dan penat pun ada juga. Alhamdullah...segalanya dapat ditempuhi dengan semanagt yang kuat dan gigih.

Walaupun status rayuan untuk menunaikan haji pada tahun ini belum diketahui lagi, kursus ini adalah sebagai persediaan awal untuk ke sana. Namun doa terus dipanjatkan ke hadrat Ilahi semoga niat murni ini dikabulkan. Aamiinn....

Perjalanan program praktikal haji bermula dengan solat maghrib, bacaan yaasin, doa selamat dan tahlil. Kebetulan semalam berlaku gerhana bulan, jadi selepas solat isya', kami solat gerhana bulan. Pada jam 11 malam baru bermula praktikal umrah hingga jam 12.30 malam. Kelewatan ini berlaku ustaz dari Johor Bahru dan highway jem. Jam 3.30 pagi qiamullail bermula. Selepas solat Subuh, praktikal haji bermula. Alhamdulillah...praktikal haji ini tamat pada jam 8.30 pagi.

Name tag yang dipakai sepanjang praktikal haji



Jemaah di kaunter pendaftaran


Menonton video haji sementara menanti ketibaan ustaz


Jemaah melakukan praktikal sai'e umrah lebih kurang jam 12.15 t/malam.



Ni pulak suasana melontar di ke 3 3 Jamrah

Ustaz Mohd Nor memberi sedikit taklimat sebelum melaksanakan tawaf dan sai'e haji


Jemaah bergerak ke tempat sai'e selepas melaksanakan tawaf haji.


Sai'e haji. Rukun yang ke 4 sebelum bergunting dan tertib.


Alhamdulillah... setelah tamat praktikal haji ini, rasa ilmu yang diperolehi begitu jelas. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nor dan semua AJK Surau al-Barakah.





No comments:

Post a Comment