Wednesday, June 2, 2010

Bengkel Penyelarasan FRP

2 Jun 2010 sekali lagi Jabatan Pengajian Am, PJB mengadakan bengkel Penyelarasan Fail Rekod Pensyarah (FRP). Bengkel ini bertujuan untuk menutup fail rekod pengajaran dan pembelajaran selepas tamat sesuatu semester. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membaiki dan menyemak semula fail jika berlaku kesilapan dan kesalahan. Sebenarnya bengkel ini baru bermula pada sesi lepas untuk mengelakkan kesilapan yang terdapat dalam fail setiap fail pensyarah.

Bengkel ini bermula pada jam 9 pagi selepas sarapan pagi (disediakan). Setiap pensyarah akan bertukar fail dengan pasangan yang telah ditetapkan oleh AJK. Selepas fail disemak, diadakan kuiz ISO. Sesi ini paling menyeronokkan...macam budak2 nak jawab soalan...


Masing2 khusyuk menyemak frp...



Semak...jangan tak semak...semak betul2



Ni lacture paling kecil.. (anak Ustaz Hamdi)



Apa laaa yang diterangkan oleh Ayu tuuu...



Dah siap check frp...? Jom...posing jap...



"Emmm...dah o.k dah frp nih..."



Bos-bos sedang berbincang... masalah dalam frp kot..



Selepas selesai pensyarah menyemak FRP, kuiz pun bermula. Sesi ini dipengerusikan oleh Pn. Faridatuljana. Sesi yang amat menggamatkan suasana, riuh rendah masing2 nak jawab soalan.


Ustaz Hamdi tersekat2 nak jawab soalan, Ustaz Nizam plak sibuk...angkat tangan nak menjawab.


Tengok tuu..uztaz Nizam...semangatnya nak menjawab...bukan tangannya naik...dengan badan2 sekali terangkat...


Ni la hadiah untuk pensyarah yang berjaya menjawab soalan...

No comments:

Post a Comment