Monday, June 14, 2010

Tahniah...buat Izzati

Salam semua. Sebelum cuti penggal hari tu, PASTI tadika kakak(Izzati), menjemput semua ibu bapa untuk mengambil buku rekod anak masing2. Kebetulan hari tersebut Amir demam. Selepas membawa Amir ke klinik, saya terus ke PASTI untuk mengambil buku rekod kakak. Anak yang periksa, maknya yang berdebar2 nak ambil keputusan...macam maknya pulak yang periksa.

"Mama...cikgu cakap siapa yang dapat nombor 1...2...3..., cikgu kata dapat hadiah," kata Izzati seminggu sebelum peperiksaan pertengahan tahun.

"Kakak jawab la periksa betul2 nanti," kata2 semangat dari mama. Sebenarnya pelajar yang seusia 5 tahun kadang2 tak faham konsep peperiksaan ini.

"Kalau kakak dapat nombor 1...2...atau 3..., mama pun nak bagi hadiah juga," kata mama.

Kakak hanya tersenyum. Suka mendengar akan dapat hadiah.


Hari yang dinanti2kan tiba....

Ini result kakak



Alhamdulillah...kakak berjaya mendapat tempat ke 3/21. Tahniah! Buat kakak dan mamanya juga...


Ni hadiah darai cikgu...baju muslimah. Bukan main suka lagi kakak dapat baju ni.


Ni pulak beg...hadiah dari mama. Beg ni kakak boleh letak buku latihan yang yang mama belikan. Biasanya cuti sekolah panjang ni, kakak akan habiskan masa dengan membuiat latihan yang mama belikan. Setakat ni dah 3 buku latihan yang telah kakak siapkan.


Semoga semangat belajar yang ada pada diri kaka akan akan berterusan dan menjadi pendorong serta ikutan adik2.




2 comments:

  1. Tahniah izzati...semoga bertambah ilmu dan diberkati selalu..jadi anak solehah.. Amin...

    ReplyDelete
  2. time kasih acik arma. adik amir pun harap2 pun gitu juga

    ReplyDelete