Sunday, June 20, 2010

Pengikat Kasih

Salam semua. Kalau ditanya kepada semua orang tak kira anak2, kanak2, remaja, orang dewasa, hatta orang tua pun "suka tak kalau dapat hadiah?". Mesti jawapannya SUKA dan SERONOK. Ya...mendapat hadiah memang seronok dan terasa bahagia kerana diri dihargai dan diingati. Apalagi jika hadiah dari orang yang tersayang seperti suami atau isteri atau ayah atau mak dan sebagainya.

Galakkan suka memberi hadiah itu juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis baginda supaya umatnya sentiasa berkasih sayang sesama mereka. Hal ini digambarkan oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:

"Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan."
(Hadis riwayat Malik)

Kepentingan memberi hadiah
1. Simbol kasih dari pemberi kepada penerima
2. Menggembirakan hati orang yang menerimam hadiah.
3. Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami
4. Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati. Sabda Nabi, "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati/jiwa."
5. Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih sayang.
Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai." Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, no. 594. Ibnu Hajar berkata, "Sanadnya shahih."



Terima Kasih abang...






Ni hadiah dari suami...alhamdulillah dan terima kasih abang. Hadiah minyak wangi dari abang. Memang wangi dan tanpa alkohol, campuran air zam-zam. Minggu ni abang ke Penang kerana kursus selama seminggu. Sebelum pergi, bagi hadiah dulu...

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati. Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."




No comments:

Post a Comment