Sunday, February 21, 2010

CoRetAn MaMa



Seronoknya melihat anak-anak suka ria
Melihat mereka ketawa dan gembira
Kita pun turut rasa bahagia
Hilang sekejap masalah dunia

Itu nikmat Ilahi
Menjadi ingatan pada diri
Anak kecil tiada apa dicari
Hanya ibu bapa pelindung diri

Selebihnya pada ibu bapa
Yang mencorakkan hidup mereka
Menjadi insan berguna
Di akhirat mahu pun di dunia

Zaman kita telah lama berlalu
Pengalaman lepas dijadikan pandu
Agar anak hari tidak bertindak melulu
Akal dan iman diikuti bukan nafsu



Travel Pasir Gudang - K. Trg - K.L - JB

Kebiasaan cuti raya Cina, kami sekeluarga akan balik ke kampung saya Kg Pulau Rusa di Kuala Terengganu. Tapi travel kali ini agak memenatkan terutama bagi anak2 kami yang masih kecil. Lagipunkami suami isteri hanya dapat cuti 2 hari sahaja.

Lebih kurang sebulan yang lepas, kami memang rancang untuk pulang ke Terengganu memandangkan lebih 3 bulan tak pulang kem sana. Lagi pun sekolah bercuti selama 1 minggu.

Petang Jumaat 12 Feb 2010, tanya abang bila nak bertolak balik? Abang cakap malam tu terus balik. Lepas Maghrib kami terus bertolak. Biasanya kami akan singgah Batu Pahat (rumah abah) untuk bermalam di sana dan sambung perjalanan keesokan harinya. Tapi memandangkan abah sedang mengerjakan umrah, jadi abang teruskan perjalanan ke Terengganu.

"Tengok la...singgah mana2 untuk tidur", bagitau abang.

Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Ketika itu kami baru masuk negeri Pahang. Abang kalau drive, takkan tukar driver.

"Tak singgah mana2 ke nak tidur", tanya mama.

Abang cuba call beberapa hotel yang ada di kawasan Kuantan, tapi semuanya dah penuh. Jadi, nak tak nak abang terpaksa teruskan perjalanan ke Terengganu. Alhamdulillah kereta pada malam tu agak banyak. Jadi tak la rasa sunyi. Mama terpaksa sengkang mata untuk menemani abang yang sedang drive.

"Kalau abang ngantuk berhenti la mana2 tidur sekejap"' pesan mama. Maklumla ni kali pertama abang drive waktu malam terus ke Terengganu.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, berhenti sekejap di kawasan masjid untuk tidur. Lebih kurang setengah jam abang lelapkan mata, teruskan lagi perjalanan.

Jam 5.30 pagi berhenti di masjid di daerah Dungun untuk solat Subuh.

Lebih kurang jam 7 pagi, kami sampai di Kg Pulau Rusa. Alhamdulillah terubat rindu di hati...

Kami bercuti di kampung selama 4 hari. 4 hari terasa begitu singkat masa berlalu. Hari Rabu kami berangkat pula ke Kuala Lumpur untuk menjemput abah pulang dari umrah pada hari Khamis (18 Feb 2010). Perjalanan ke K.L alhamdulillah, walau pun terdapat sedikit kesesakan ketika hendak memasuki K.L. Terdapat 2 kemalangan...

Keesokan harinya hari Khamis abah bersama adik ipar suami isteri tiba di KLIA pada jam 1 t/h. Alhamdulillah keadaan abah sihat, tapi kakinya agak bengkak sedikit.

Jam 6 petang kami terus bawa abah pulang ke Johor Bahru rumah kakak ipar. Sampai di sana dah pukul 10 malam. Kemudian terus lagi perjalanan ke Pasir Gudang. Lebih kurang jam 11.30 malam baru sampai rumah. Ahhh...penatnya rasa. Tak pe yang penting kepuasan yang dapat.


Renung apa tuuu Amir??? Ingat kat rumah di Pasing Gudang ke???



Cek Mah suka melayan kerenah budak-budak ni...


Seronoknya Luqman dapat main kat depan rumah. Selamat, lapang dan sunyi dari kesesakan.


KURSUS T.O.T PENGURUSUSAN JENAZAH

Pada 5 hingga 7 Februari 2010 saya bersama 3 sahabat yang lain, K.Wan, K.Zana, K.Dina dan U.Hamdi ke Sempurna Resort, Kuantan untuk mengikuti Kursus T O T Pengurusan Jenazah. Alhamdulillah banyak ilmu dan input yang diperolehi daripada kursus tersebut. `Penyampai dan fasilitator dari ustazah dan ustazah yang berpengalaman amat menyentuh jiwa dan perasaan. Ye la... bercerita bab kematian yang PASTI akan menjemput kita entah bila, di mana dan bagaimana kita meninggal.

Sesungguhnya mengingat mati itu dapat mendekatkan kita kepada kematian. Apatah lagi pengalaman dan cerita daripada 'Abah' (panggilan Ustaz Rameli) amat menginsafkan diri hingga menitis air mata. Walaupuan sepanjang kursus ini aktivitinya sangat padat, tetapi pengisiannya amat berguna pada diri dan insya'allah akan diaplikasikan dalam masyarakat.

Sepanjang kursus ini kami dilatih untuk menjadi trainer untuk uruskan jenazah hingga betul2 yakin. Alhamdulillah, secara keseluruhannya kursus ini berjaya mencapai objektif. Banyak ilmu yang kami perolehi daripada tanda saat kematian, menghadapi sakaratul maut, menguruskan jenazah yang berbeza, memandikan. mengkafankan hinggalah mengkebumikan mayat. Sesi terakhir iaitu sesi soal jawab, merungkai segala persoalan yang tak terjawab sebelum ini.

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )

( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
( 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman





Bahan2 keperluan mandi jenazah


Demonstrasi mandi jenazah


Mayat yang telah siap dikapan



Demonstrasi solat jenazah


Para peserta kursus


Bersama Ustazah Hajah Yaminah dan Ustazah Norarifah



Sesi terakhir, soal jawab dab resolusi.
Dari kiri Ustaz Bakri b. Mohamad, Ustaz Rameli b. Mat Yunus, Ustazah Norarifah bt Ismail dan Ustazah Yaminah bt Yahya.


Haa..jangan terkejut. Ni anak K.Zana, Iman, seronok main air dalam tab bersama mak sedaranya. K.Zana bawa Iman sekali dengan adiknya untuk jaga Iman sepanjang kursus. Iman ni umurnya baru nak cecah 3 yahun, tapi mulutnya petah bukan main, speaking lagi...


Alaa..kasihannyaa... Iman demam la pulak..tak sempat nak berenang kat kolam.





Monday, February 8, 2010

My New Office

Salam kepada semua. Dah dua minggu saya berada di pejabat baru (bangunan baru). Boleh dikatakan ruangan kerja di pejabat ini lebih selesa berbanding pejabat lama. Alhamdulillah.

Selepas pejabat ini siap, KJ ada juga membuat pengumuman kepada staf yang ingin naik ke pejabat baru, sila bagi nama kat Ketua Program Pendidikan Islam. Tidak pula terdetik di hati saya untuk memasuki pejabat baru ini kerana beberapa faktor antaranya, terpaksa memanjat dan menuruni tangga setiap kali ingin ke kelas di samping tiada kemudahan lain seperti pantry, kemudahan printer dan sebagainya.

Tiba2 pada suatu pagi, KP Pendidikan Islam telah membuat pengumuman...

"Nama2 ini antara pensyarah yang akan naik ke pejabat baru,.....Rohamiah...." KP mengumumkan antara 12 orang pensyarah yang akan naik ke pejabat baru.

Jadi, nak tak nak kenalah naik juga ke pejabat baru. Barang-barang saya angkut sikit demi sedikit. Penat juga pindah pejabat baru ni. Ingatkan sedikit barang, rupanya banyak juga barang yang hendak di angkut.

Di pejabat baru ni, boleh dikatakan selesa la sikit, lagipun, ruangannya agak luas, siap ada almari lagi. Jadi barang-barang, fail-fail dan buku agak tersusun rapi la sikit. Alhamdulillah...dah duduk kat pejabat baru ni, kerja kena lebih bermutu la lagi.



Ruang kerja yang amat luas dan selesa


Dah boring dan penat, gambar anak2 dan kawan-kawan jadi penenang jiwa. Tampal di depan meja