Sunday, April 25, 2010

Tahniah Buat Kak Dina




BUAT ANAS FATHI...

SEMOGA MENJADI ANAK SOLEH

CEMERLANG DUNIA AKHIRAT

BUAT K.DINA...

TAHNIAH,

KE 4 BARU DAPAT BABY BOY.



Ainoor : "Comeenya baby ni...agak-agak tahun depan la dapat 1 lagi..."

Uda, Ita dan K.Zana : "Bila laa agaknya aku nak dapat baby ni...Mudah-mudahan Allah kabulkan doa kami"

Itu la kot agknya yang terdetik di hati masing-masing. hee


Saturday, April 24, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PASTI

Salam semua kepada pengunjung. Hari ini, 24 April 2010 PASTI Kawasan Tebrau mengadakan Sambutan Maulidurrasul di PASTI Puteriwangsa. Di Johor ni, satu amalan yang baik, Sambutan MAulidurrasul masih diteruskan walaupun bulan Rabiulawal dah lama berlalu. Apa yang penting adalah pengisian di dalam majlis tersebut. Majlis ini adalah majlis ilmu bagi mengingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w menegakkan Islam.


Hasil kreativiti cikgu2 PASTI


Post yang menarik dari kakak dan luqman


Cikgu2 PASTI gotong-royong menyiapkan bunngkusan janjan untukk budak2 dan pelajar PASTI


Para ibu bapa khusyuk mendengar ceramah,


Pelajar yang mengambil bahagian dalam persembahan nasyid


Sebelum balik, tetamu dijamu makan tengahari nasi beriyani


Kakak bersama belonnya. Sedondon la pulok dengan tudung.


Dua dara pinngitan...




Wednesday, April 21, 2010

HARI SUKANEKA PASTI

Pada 18 April, 2010, PASTI Kawasan Pasir Gudang mengadakan Hari Sukaneka dii Bukit Layang-Layang. Hari Sukaneka bermula pada jam 8.00 pg hingga jam 1.00 tengahari. Semua pelajar dan ibu bapa tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan hari sukan tersebut.

Izaati lagi la tak sabar2 menunggu hari sukan. Tiap2 hari tanya pada mama bila nak ke Bukit Layang-Layang untuk bermain sukan. Bila tiba hari yang ditunggu2, apa lagi, bukan main semangatnya dia nak ke sana. Siap ajak adik-adiknya sekali ke sana.

Banyak pertandingan yang diadakan, termasuk untuk ibu bapa dan acara keluarga. Untuk pelajar PASTI seperti lari dalam guni, lontar air, mengail ikan, makan buah pisang dll. Untuk golongan ibu seperti masukkan benang dalam jarum, kupas kulit epal terpanjang dan menganyam ketupat. Untuk kaum bapa pula ada pertandingan sepak raga, dan ada juga pertandinagn untuk pasangan.

Di bawah ni gambar2 hari sukan PASTI Kawasan Pasir Gudang:


Ibu bapa menghantar anak masing2 ke khemah, ikut rumah biru, kuning, merah atau hijau.


Izzati berselendang kuning, duk dalam khemah bersama2 kawan2. "Apa yang kakak menungkan tu?!"
Pelajar masuk barisan masing2.

Dengar ucapan dan amanat dari Pengerusi PASTI.

Khemah untuk para pelajar.


Pelajar PASTI yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Mewarna.


Kakak bersama gambar yang diwarnakan. Tak sempat habis warna, dah penat, jadi hantar je la kertas warna yang bekum siap.

Si kembar pun tak ketinggalan untuk bersama2 menjayakan hari sukaneka ni. "Apasal tu Amir, dah penat ke lari...dah terduduk kat situ...


"Apasal ni kakak, serius je muka.., penat ke lapar?"


"Oh...kakak lapar rupanya...emm..sedapnyee makan..."


Balik dari sukaneka, singgah jap kat Komplex, kebetulan ada karnival jualan. Ni pertunjukkan kereta kawal.


Pandangan dari atas Kompleks Pasir Gudang.





Wednesday, April 14, 2010

BiDaDarI DuNiA



Wahai Muslimah tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah tahukah dikau…

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Wanita / Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.





SUBHANALLAH...



SUBHANALLAH...Itu saja yang mampu terucap di bibir bila melihat cuaca pada 2 hari lepas, di waktu petang ketika dalam perjalanan ke Sek. Keb. Pasir Gudang 4. Jam ketika itu baru menunjukkan pukul 6.10 minit petang, tapi suasananya seperti sudah waktu malam. Gambar di atas sempat lagi di rakam di kawasan Bukit Dahlia. Dalam perjalanan terasa juga gerun dan bimbang sebab hujan turun dengan lebat beserta dengan kilat sambar-menyambar. Ketika itu hati banyak berzikir dan mengingati Allah. Inilah kita manusia yang bersifat teerrrsangaat LEMAH. Bila terasa takut, kesusahan, hati akan begitu cepat mengingati Allah. DIalah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Walaupun begitu, apa jua keadaan kita samada senang, susah, sakit mahu pun sihat, semuanya dalam percubaan dan penilaian Allah. Bergantung pada diri kita untuk menghadapinya.





Saturday, April 3, 2010

Sepetang di Villa Rose

'Villa Rose' adalah kawasan perumahan kakak ipar saya di JB. Apa yang istimewanya di sini, di tengah2 kawasan perumahannya ada disediakan kolam renang bagi penduduk kawasan tersebut. Ahli keluarga yang datang pun boleh berenang skali jika mahu. Tiada dikenakan apa2 bayaran.

Setiap kali kami ke rumah kakak ipar, anak-anak dah mula merengek nak berenang. Nak tak nak kami terpaksalah ikut kehendak mereka, walaupun tadi hujan renyai-renyai. Along lagi la suka, dia dah mula pandai berenang. Izati dan luqman cuma bermain air di kolam kanak-kanak sahaja.

Emmm...budak2 ni kalau dah jumpa kolam, tak nak naik, walaupun dah kesejukan. Dah puas paksa baru nak naik dari kolam. Papa mereka ke PC Fair, carikan komputer untuk kakak. Mama juga yang kena kawaql budak2 ni. Saboo jee laa.


Dah puas main air kat kolam, pergi ke sebelahnya pula ada kawasan permainan. Sempat lagi main dalam kesejukan.



Friday, April 2, 2010

Asyraf dah mula nak bercakap

"Nnnnaaakkk", (nak)... asyraf akan bersuara bila melihat kakak atau abangnya makan.

"Ciii...caakk..." ni perkataan baru si asyraf dapat.

Yang lainnya 'mama', 'papa', dah lama dah si asyraf dan si amir dapat sebut.
Yang lainnya si asyraf la suka bersuara entah apa2 ... "ntaa...nnaaa...aataa...'

Si Amir belum lagi dapat sebut perkataan apa2. Berbanding dengan Amir, Asyraf lebih cepat perkembangannya. Tetapi, kalau dibandingkan dengan kakak dan abang2 yang lain. si kembar ni agak lambat sikit untuk bercakap. Tetapi cepat dari segi berjalan, memanjat dan memahami arhan yang diberi.

Asyraf nak drive kereta gi mane ni...?


Amir baca apa tuu...?


Haa...abis la dinding, dicontengnya si Amir ni


Nak buat air ke...?




Emm...santainya minum susu.


Kat umah atuk batu bahat...ni nak ikut atuk ke...suka masak...


Asyiknya main apa tu...?