SUBHANALLAH...Itu saja yang mampu terucap di bibir bila melihat cuaca pada 2 hari lepas, di waktu petang ketika dalam perjalanan ke Sek. Keb. Pasir Gudang 4. Jam ketika itu baru menunjukkan pukul 6.10 minit petang, tapi suasananya seperti sudah waktu malam. Gambar di atas sempat lagi di rakam di kawasan Bukit Dahlia. Dalam perjalanan terasa juga gerun dan bimbang sebab hujan turun dengan lebat beserta dengan kilat sambar-menyambar. Ketika itu hati banyak berzikir dan mengingati Allah. Inilah kita manusia yang bersifat teerrrsangaat LEMAH. Bila terasa takut, kesusahan, hati akan begitu cepat mengingati Allah. DIalah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Walaupun begitu, apa jua keadaan kita samada senang, susah, sakit mahu pun sihat, semuanya dalam percubaan dan penilaian Allah. Bergantung pada diri kita untuk menghadapinya.
No comments:
Post a Comment