Sunday, January 31, 2010

Amir lagi...

Pagi Sabtu, sebelum balik ke kampung Batu Pahat, mama bermain dengan anak kembar mama. Kami main kat dalam bilik tingkat atas. Semetara menunggu papa bersiap, mama kemas pakaian sambil bermain-main dengan si kembar. Sedang asyik bermain, luqman dan kakak masuk ke bilik masuk ke bilik. Apa lagi, makin riuh la bilik tu dengan hilai ketawa anak-anak mama. Si kembar pun tak ketinggalan, bukan main seronok lagi mereka. Si kembar pun dah pandai main bersama kakak dan abangnya.

Dah siap kemas pakaian, mama pun baring sekejap sambil memerhati si kembar bermain dengan abang dan kakak mereka. Tiba-tiba...kedebuk...bunyi benda jatuh dan beserta dengan tangisan.

Ya Allah...Amir. Mama terus dapatkan Amir dan memeluknya. Ingatkan tiada apa2, tercalar tepi dahinya. Mama terus ambilkan minyak gamat dan sapukan di tempat yang tercalar.

Maafkan mama sayang...mama silap tak jaga anak mama. Itu dah takdir. Pengajaran buat mama...jaga dan perhatikan anak baik-baik.


Ciannya anak mama. Maafkan mama ye sayang...



Pekak ke...?

Minggu ni merupakan minggu ke 3 minggu pengajaran. Seperti biasa, beralih semeter baru, maka kelas baru juga yang akan saya ajar. Agak masih baru untuk saya menilai prestasi pelajar2 buat masa terdekat ini. Di samping mengajar pelajar2 normal, saya juga mengajar 6 kelas pelajar khas(pekak bisu). Kadang2 mengajar pelajar pekak bisu lebih seronok daripada mengajar pelajar normal. Ye la bak kata pepatah..."lidah lebih tajam dari mata pedang".

Di sini ingin saya coretkan satu peristiwa yang begitu menyentuh hati saya sebagai seorang pendidik. Betul lah kata sesetengah pendidik, mendidik generasi hari ini begitu mencabar dan menguji kesabaran. Tetapi apa yang berlaku pada diri saya, sikap pelajar yang begitu kurang ajar dan tak nak di ajar.

Peristiwa ini berlaku pada hari pagi Khamis lepas. Kelas saya bermula seawal jam 8 pagi. Topik yang diajar masih lagi tajuk rukun nikah, walaupun sepatutnya tajuk itu sebenarnya dah berakhir pada minggu lepas.

Walaupun kelas ni agak menguji kesabaran, tetapi tugas mesti diteruskan. Kalau setakat budak nakal dalam kelas, biasa la tu...maklum la mengajar budak dah besar, tak sama pendekatannya dengan budak sekolah. Tetapi kalau pelajar dah kurang ajar dan tak pandai menghormati pensyarahnya, ni dah kira melampau.

Semasa saya menerangkan tajuk rukun nikah, bab wali, seorang pelajar lelaki mencelah.

"Ustazah...kalau ayah dah tiada, abang nak jadi wali, boleh?" tanya pelajar tadi.

"Bolehlah..." kata saya.

"Kalau mak cik..boleh tak?

"Mana boleh...kan saya dah bagitau tadi, wali mesti lelaki" terang saya.

"Bukan mak cik...pekak ke? pak cik la..." kata pelajar tadi...perkataan 'pekak ke' tu agak perlahan, tetapi saya dapat dengar apa yang di ucapkan tadi.

Apabila terdengar ucapan dari mulut pelajar tadi, tersentak jantung, rasa nak jatuh jantung ni ke lantai kelas tu. Tetapi saya pujuk hati ni, sabar...Lepas tu sempat lagi ceramah kat kelas tentang pentingnya hormat pada guru dan banyak lagi yang saya nasihatkan. Tetapi pada raut wajah pelajar tadi, seolah2 tiada rasa bersalah. Tak pe la...

Sepanjang 10 tahun mengajar di PJB, ni la peristiwa yang betul2 menyentuh hati dan perasaan saya. Mulanya rasa 'tiada maaf bagimu...pelajarku' tetapi selepas difikir-fikirkan, terkenang sejarah perjuangan Rasulullah yang lagi hebat dihina, dicaci dan dipukul kerana membawa Islam.

Teringat zaman persekolahan dulu dari sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah sampai ke universiti, guru dan pensyarah sangat dihormati, hinggakan nak bertanya dan nak bercakap dengan mereka siap susun ayat lagi. Takut2 perkataan yang dikeluarkan terguris hati mereka. Tetapi anak didik zaman sekarang, nak cakap dengan guru dan pensyarah main hentam sahaja.

Ku doakan pelajar2ku semoga kalian semua dapat hidayah dari Allah. Ini lah cabaran dakwah di akhir zaman ini.






Sunday, January 24, 2010

Sepagi di Tiram Indah Village


Bergambar kenangan bersama along, kakak dan Luqman di Tiram Indah Village jam 9 pagi, 24 Januari 2010. Alhamdulillah selesai satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan, memberi kuliah Subuh kepada peserta Program PERKASA, PJB.



Saturday, January 23, 2010

HaPPy BirTHDay My PRinCEss


SELAMAT ULANGTAHUN
KELAHIRAN
KE-5


BUAT PUTERI MAMA
NUR IZZATI WAHIDAH

SEMOGA KAKAK MEMBESAR SEBAGAI MUSLIMAH SEJATI


KEK BIRTHDAY DARI PAPA



Friday, January 22, 2010

TAHNIAH....BUAT JPA

"Sekarang dipersilakan Tuan Timbalan Pengarah (SA), En. Sahul untuk mengumumkan pemenang bagi 'Anugerah Kualiti Pengarah" kata pengerusi majlis pada petang 20 Jan 2010 ketika majlis Perjumpaan Staf PJB bersama Pengarah.

"K.dina, macam mane kalu JPA yang menang" kataku kepada K.Dina.

"Tak de la...mustahil...JKE yang menang...jabatan dia buat lagi canggih...", kata K.Dina

Saat yang dinanti-nantikan oleh kami pun tiba.

"Pemenang bagi 'ANUGERAH KUALITI PENGARAH' adalah Jabatan Pengajian Am", umum En. Sahul, Timbalan Pengarah (SA).

Pengumuman tersebut menghilangkan segala debaran dan teka-teki yang bermain di fikiran kami.

"Haa...K.dina...tahniah...!!! tahniah...", kataku pada K.Dina.

"Eh..betul ke ni...aku tak caya rasa...ee..malunya..jabatan kita tak buat apa pun boleh menang", kata K.Dina yang belum percaya dengan pengumuman tadi. K.Dina yang merupakan salah seorang juri semasa pertandingan tersebut masih belum percaya dengan kemenangan itu .

Di depan pentas Ketua Jabatan JPA, Puan Frahdiba bergambar bersama pengarah menerima cenderahati daripada Pengarah.


Lebih kurang 3 bulan lepas.....

"Eh Yah...kita nok wat nape ni...minggu depang doh hari pertandingang Anugeroh Kualiti Pengaroh...eee..serabut aku...", kata K.Dina dalam loghat Ganu.

"Wat je la apa yang patut...". kataku untuk menenangkan hatii K.Dina.

Aku sebagai penolong Penyelaras Kualiti Jabatan cuba sedaya upaya untuk menolong K.Dina. K.Dina pula sibuk dengan mesyuarat Kualiti yang kebetulan minggu selepas itu audit SIRIM akan ke PJB.

"Kalau kita buat sticker dan tampal kat setiap komputer macam mane?" cadangku kepad K.Dina.

"Ikut mung ah Yah, tapi aku ingat nak buat macam kad dan gantung kat shiling. Pada kad tu tulih ah tentang prosudur tentang P&P", kata K.Dina.

"Ok lah, nanti Yah cuba buat".

Petang sebelum hari pertandingan itu, Ustaz Zohdi yang menolong kami menggantung kad yang telah siap pada syiling di ruang jabatan.

Selepas selesai hari pertandingan tersebut, K.Dina mengakui JKE atau JKM mungkin menang, sebab ruangan kualiti di jabatan mereka sangat menarik berbanding di jabatan sendiri.

Apabila diumumkan bahawa jabatan kami yang menang, K.Dina masih tidak percaya dengan kemenangan tersebut.

TAHNIAH...BUAT JPA.


Apa-apa pun, penilaian dari manusia adalah berbeza. Yang penting niat kita melakukan sesuatu kerja mestilah ikhlas kerana Allah, kerana yang penting penilaian yang akan dibuat olehNYA. Anugerahnya kita pasti
akan dapat di akhirat kelak.



Cenderahati Anugerah Kualiti Pengarah.


Sticker ditampal pada komputer. "Jom! ISO selalu" adalah moto dalam pertandingan ini.

K.Dina yang tak pernah jemu berusaha untuk meningkatkan kualiti di jabatan.