Sunday, January 31, 2010

Pekak ke...?

Minggu ni merupakan minggu ke 3 minggu pengajaran. Seperti biasa, beralih semeter baru, maka kelas baru juga yang akan saya ajar. Agak masih baru untuk saya menilai prestasi pelajar2 buat masa terdekat ini. Di samping mengajar pelajar2 normal, saya juga mengajar 6 kelas pelajar khas(pekak bisu). Kadang2 mengajar pelajar pekak bisu lebih seronok daripada mengajar pelajar normal. Ye la bak kata pepatah..."lidah lebih tajam dari mata pedang".

Di sini ingin saya coretkan satu peristiwa yang begitu menyentuh hati saya sebagai seorang pendidik. Betul lah kata sesetengah pendidik, mendidik generasi hari ini begitu mencabar dan menguji kesabaran. Tetapi apa yang berlaku pada diri saya, sikap pelajar yang begitu kurang ajar dan tak nak di ajar.

Peristiwa ini berlaku pada hari pagi Khamis lepas. Kelas saya bermula seawal jam 8 pagi. Topik yang diajar masih lagi tajuk rukun nikah, walaupun sepatutnya tajuk itu sebenarnya dah berakhir pada minggu lepas.

Walaupun kelas ni agak menguji kesabaran, tetapi tugas mesti diteruskan. Kalau setakat budak nakal dalam kelas, biasa la tu...maklum la mengajar budak dah besar, tak sama pendekatannya dengan budak sekolah. Tetapi kalau pelajar dah kurang ajar dan tak pandai menghormati pensyarahnya, ni dah kira melampau.

Semasa saya menerangkan tajuk rukun nikah, bab wali, seorang pelajar lelaki mencelah.

"Ustazah...kalau ayah dah tiada, abang nak jadi wali, boleh?" tanya pelajar tadi.

"Bolehlah..." kata saya.

"Kalau mak cik..boleh tak?

"Mana boleh...kan saya dah bagitau tadi, wali mesti lelaki" terang saya.

"Bukan mak cik...pekak ke? pak cik la..." kata pelajar tadi...perkataan 'pekak ke' tu agak perlahan, tetapi saya dapat dengar apa yang di ucapkan tadi.

Apabila terdengar ucapan dari mulut pelajar tadi, tersentak jantung, rasa nak jatuh jantung ni ke lantai kelas tu. Tetapi saya pujuk hati ni, sabar...Lepas tu sempat lagi ceramah kat kelas tentang pentingnya hormat pada guru dan banyak lagi yang saya nasihatkan. Tetapi pada raut wajah pelajar tadi, seolah2 tiada rasa bersalah. Tak pe la...

Sepanjang 10 tahun mengajar di PJB, ni la peristiwa yang betul2 menyentuh hati dan perasaan saya. Mulanya rasa 'tiada maaf bagimu...pelajarku' tetapi selepas difikir-fikirkan, terkenang sejarah perjuangan Rasulullah yang lagi hebat dihina, dicaci dan dipukul kerana membawa Islam.

Teringat zaman persekolahan dulu dari sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah sampai ke universiti, guru dan pensyarah sangat dihormati, hinggakan nak bertanya dan nak bercakap dengan mereka siap susun ayat lagi. Takut2 perkataan yang dikeluarkan terguris hati mereka. Tetapi anak didik zaman sekarang, nak cakap dengan guru dan pensyarah main hentam sahaja.

Ku doakan pelajar2ku semoga kalian semua dapat hidayah dari Allah. Ini lah cabaran dakwah di akhir zaman ini.






No comments:

Post a Comment