Wednesday, January 6, 2010

DUNIA BARU

Sejak bulan Disember lagi kakak asyik bertanya pada mamanya bila kakak nak bersekolah.

"Mama..., bila kakak nak sekolah?" tanya kakak yang asyik menyandang beg berwarna pink yang baru dibeli mama.

"Nantilah...lambat lagi....sebulan lagi..." jawab mama.

"Kakak nanti sekolah kat along ke?" tanya kakak lagi.

"tak...kakak sekolah kat PASTI" jawab mama dengan senyum.

"Kat sekolah PASTI eee mama..." tanya kakak lagi untuk kepastian.

"Ya..."

Hampir tiap-tiap hari soalan yang sama diajukan pada mama. Mama pun menjawab dengan jawapan yang sama.

Pada 4 Januari 2010 mama ingatkan kakak, "Esok kakak sekolah tau..."

"Esok ee mama..." kata kakak dengan penuh ceria.

"Kakak jangan nangis tau...mama tinggalkan kakak kat sekolah, pukul 11.30 mama datang ambil kakak kat sekolah"

Kakak hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Riak muka kakak agak kecewa.

Hati mama agak risau juga, kot-kot esok tak nak masuk ke kelas.

Malamnya mama ingatkan lagi kakak, "Esok kakak kena bangun awal tau...mama kejutkan kakak awal... kakak jangan nangis tau..." mama terus berpesan pada kakak.

Kakak hanya mengangguk dan senyum. Nampak keriangan pada riak muka kakak untuk bersekolah pada esok hari.

Esoknya, 5 Januari 2010, hari Selasa, selepas menghantar Along ke sekolah agama, terus hantar kakak ke PASTI yang terletak di taman yang sama. Sampai di sana jam baru menunjukkan pukul 7.10 pagi. Masih awal dan pelajar lain belum datang lagi. 1o minit kemudian datang beberapa orang pelajar lain.

"Kakak tinggal sini ye...mama nak g kerja ni..."kata mama

"Tak nak..." kata kakak sambil memegang erat tangan mama.

Dah banyak kali pujuk kakak tetap sama cakap "tak nak mama pergi". Mata kakak dah mula bergenang air mata.

Aku melihat jam dah hampir 7.30 pg. "Eh, tak boleh jadi ni, nak tak nak kana tinggal juga, dah lewat ni..." kata mama di dalam hati.

Akhirnya, mama terus tinggalkan pada cikgu. Mama terus lari ke kereta. Kakak pun apa lagi, bukan menangis, tapi meraung dengan kuatnya. Sepanjang perjalanan ke kereta, hanya terdengar raungan kakak. Hati mama agak terusik juga, tapi mama kena juga tinggalkan kakak kat sekolah. Mama memujuk hati...'jap je nangis ni...'.

Jam 11.30 tepat mama sampai ke PASTI dan kakak sudah berada di luar pagar.

"Seronok tak sekolah, kakak...?" tanya mama.

"Seronok...."

"Nape kakak nangis tadi.."

Kakak hanya tersenyum sambil bercerita apa yang berlaku di sekolah tadi. Seronok ada kawan, dapat makan, baca doa, beratur sebelum masuk kelas, ada menyanyi dan sebagainya diceritakannya. Mama hanya tersenyum dan itulah "dunia baru kakak". Maklumla sebelum ni dunia kakak hanya di rumah sahaja. Kawan pun tak ada...sebab kat lorong perumahan tu mejoritinya lelaki.

"Esok kakak nak nangis lagi...? tanya mama dengan serius.

"Tak nak..."

Esoknya macam biasa lepas hantar along, terus hantar kakak. Alhamdulillah, kakak dah o.k. Sampai je kat PASTI, terus buka kasut dan masuk kelas. Lepas salam dan cium sayang, kakak bye bye mama. Ahh...lega rasanya.


Hari ke-2 sekolah, dah ceria...

Bergambar di dalam bilik darjah. Kakak orang pertama sampai. Tudung dan pakaian seragam sekolah belum dapat lagi.

Suasana di dalam bilik darjah.


Doa mama sentiasa mengiri kakak. Rajin-rjin belajar ye.
Semoga kakak menjadi insan berguna dunia dan akhirat...







No comments:

Post a Comment