Sunday, February 20, 2011

SyuRGa DuniA MaMa

Salam kepada semua.
Syurga dunia yang indah apabila mendapat sebuah keluarga yang bahagia. Alhamdulillah... syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniaNya. Dalam tempoh perkahwinan yang singkat, hampir 8 tahun, kami dikurniakan dengan 5 cahayamata yang comel dan ceria. Memang banyak dugaan dan cabaran dalam mengurus dan mengawal, terutamanya anak2 yang hampir sebaya. Mengamuk, menjerit, bergaduh dan macam2 lagi onar dah jadi halwa telinga hari2. Suara dan jeritan anak2 ibarat muzik dan irama yang amat merdu. Ia akan hilang bersama peradaran masa.

Kadang-kadang timbul juga waktu2 yang rasa begitu serabut...ditambah lagi dengan bebanan kerja di pejabat. Rasa penat, tension dan lain2 perasaan bercampur-baur. Alhamdulillah... segalanya dapat diatasi dengan kesabaran dan keimanan dalam dada. Firman Allah dan hadis Nabi menjadi semangat dan motivasi dalam menangani karenah si cilik. Yakin dengan ayat Allah Taala "Aku tidak akan bebankan seseorang dengan apa yang tidak sanggup ditangungnya". Yakinkan diri bahawa anak2 adalah amanah yang perlu dijaga dan dididik dengan sebaik yang mungkin.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tahun berganti tahun....terasa begitu pantas masa berlalu. Terasa baru semalam baru berkahwin dan berbulan madu. Heheh....Terima kasih juga buat abang tersayang yang banyak memberi kasih sayang buat kami sekeluarga. Apabila tiba musim sekolah atau cuti hujung minggu, driver kami (abang) memang suka bawa kami pergi jalan2. Tak pun bawa kami jalan2 ke pasaraya atau taman mainan.

Terima kasih juga buat pembantu rumah kami (bibik Marisa) yang telah banyak membantu saya terutama dalam menjaga anak2 di kala kami bekerja. Alhamdulillah, tahun ni dah 5 tahun bibik Marisa berkhidmat dengan keluarga kami. Bibik pun dah faham benar dengan sikap dan perangai anak2 kami, terutamanya Along yang kadang2 terlalu banyak karenahnya berbanding adik2nya yang lain.

Doaku panjat buat Ilahi agar kebahagian yang kami kecapi pada hari ini agar berkekalan hingga ke akhir hayat dan lebih lagi hingga ke syurga. AMIN...



Bermain air kolam di rumah kakak ipar. Bukan main seronok lagi budak2 ni main air. Si kembar pung tak lepas peluang.





Ni pulak jalan-jalan ke KLCC tengok ikan. Sempat lagi abang bawa kami jalan2 sebelum berangkat ke Tanah Suci mengerjakan haji.








Yang terbaru jalan-jalan ke Zoo Johor. Si kembar la yang begitu seronok. Pada mulanya si Asyraf tak nak jalan...takuut bunyi binatang. Dah lama...tak takut lagi.






No comments:

Post a Comment