"Ibu...kakak punya ***** bengkak sebelah la...sebelah kiri" adu bibik lebih kurang 2 tahun lepas.
Mama melihat keadaan tersebut dan cuba tekan di bahagian bengkak tu.
"Kakak, sakit tak?" tanya mama.
"tak..." jawab izzati.
Jawapan kakak memyebabkan mama tidak ambil tindakan apa2.
Sehinggalah dua tahun seterusnya...kelihatan bengkak di bahagian **** semakin besar. Minggu lepas papa melihat dan menyuruh mama membuat check di klinik. Perkara ini pernah juga mama suarakan kat cik (panggilan mak kat terengganu) . Cik pun kurang pasti. Biasanya jika lelaki bengkak kat kat bahagian ****nya.
Pada hari Sabtu, 29.1.2011 mama bawa kakak jumpa Dr. Mahzan di klinik Hijrah untuk memastikan keadaan kakak. Bila di check, Dr Mahzan memberitahu ia adalah 'hernia' atau kalu orang melayu panggill 'angin pasang'. Keadaan ini jarang berlaku kepada budak perempuan, ia biasa berlaku pada kanak2 lelaki. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh terdapat lubang di bahagian usus. Jika dibiarkan lubang itu akan terus membesar dan ia akan menarik usus ke bawah, akhirnya boleh menyebabkan kematian. Berdegup juga hati mama bila mendengarnya. Alhamdulillah...mama cepat bertindak .
"Apa ubatnya doktor?" tanya mama.
"Sakit ni tak de ubat melainkan kena buat pembedahan dan tutup lubang serta buang jika ada daging yang dah buruk." terang doktor.
"Kalu nak buat di hospital penawar, biasanya Dr. Wan Adnan dalam RM3,000." tambahnya lagi.
Kebetulan hari tu papa pula ke Tenang untuk meninjau kaeadaan pilihanraya di sana.
Mama terus contack papa dan bertanya apa nak buat.
"Buat appoinment terus la ke Hospital Penawar. Kalu boleh buat hari Isnin ni.." arah papa
Mama terus ke Hospital Penawar dan alhamdulillah...termujanji boleh di buat pada hari Isnin.
Ahad malam, 30.1.2011, hantar kakak ke hospital Penawar untuk masuk wad. Check-in malam supaya kakak dapat di bedah pada waktu pagi. Bermula jam 2 pagi dah kena puasa. Kakak terlalu seronok macam nak pergi holiday...siap bawa beg sekolah lagi. Mama juga tidur di hospital untuk menemani kakak. Mama pula yang berdebar2.
Esoknya...hari Isnin 31.1.2011 jam 10.30 pagi kakak di bawa ke bilik bedah. Alhamdulillah... kakak o.k je...tak de pulak nak nangis.
"Kakak jangan takut tau...mama ada kat sini", pesan mama
"ya..."
Lepas kakak dibius dan tidur, mama tidak dibenarkan masuk ke bilik bedah, saya dan suami serta Luqman dan along tunggu di luar.
30 minit kemudian...pembedahan selelsai. Alhamdulillh...kakak selamat. Bila keluar kakak menangia teresak2...buka mata mamanya tiada di sisi. Mama pujuk kakak dan keadaan o.k...tak ada apa2 yang berlaku. Cuma kakak ada muntah2 siket. Lepas tidur 2 jam...makan dan makan ubat, keadaan kakak o.k sedikit, cuma keadaan badan kakak masih lagi lemah.
Petangnya doktor buat lawatan.
"Esok baru boleh balik..."
Petang itu luqman membuat onar tak nak balik rumah, nak tidur dengan mama, terpaksa la papa balik dan ambik baju tidur dan baju untuk esoknya.
Selasa, 1.2.2011...keadaan kakak semakin ceria. Dah mula nak bermain dan berjalan ke sana sini.. Budak2 mana nak tahu duduk diam...
"Kakak...jangan banyak jalan, nanti sakit", pesan mama.
Nak tak nak , mama belikan toy untuk kakak supaya dia duduk diam...
Tengahari baru balik rumah...
Izzati di hospital Penawar...sebelum masuk wad, nak buat appointment dengan doktor Wan Adnan...sentiasa ceria...
Sampai je di wad..kakak terus buka beg, nak buat kerja sekolah.
Ni sapa yang nak masuk wad, papa ke kakak...papa dah siap lending atas katil dah...
Bergambar sebelum meninggalkan kakak di wad hospital.
Kakak rajin sungguh...nak tidur pun membaca lagi buku "anakku"
Senyuman terakhir dari kakak sebelum masuk ke bilik bedah.
Bilik bedah...mama yang berdebar2 menanti dari luar...
Ketulan yang dibuang dari bahagian usus kakak.
Hemper dari pihak hospital untuk pesakit.
Luqman yang tolong jaga dan bermain dengan kakak izzati.
Bubur nasi, untuk makan tengahari dan malam.
Bersama pesakit di hospital. Bergambar sebelum balik.
Izzati dan Luqman bermain toy, semenatara menunggu papa datang m,enjemput kami.
No comments:
Post a Comment