Friday, January 28, 2011

TeNtaNG SI KemBaR

Salam. Rasanya dah lama tidak bercerita pasal si kembar mama kat sini. Pejam celik, pejam celik...tahun 2011 ni umur si kembar dah hampir mencecah 3 tahun. Rasanya begitu cepat masa berlalu. Gelagat dan telatah mereka amat mencuit hati kami...walaupun kadang2 ragam mereka menguji kesabaran mama. Berebut mainan, bergaduh, dua-dua nak dukung ngan mama...memang memeningkan kepala. Tapi, semuanya dapat diatasi dengan kesabaran. Inilah dinamakan nikmat syurga dunia.

Walau pun si kembar mama ni agak lambat bercakap, tapi apa yang disuruh dan dilarang boleh difahami dan ikut arahan. Apa yang menggelikan hati mama amir memanggil asyraf dengan namanya sendiri (amir). Nama "Asyraf" susah untuk disebut. Jadi.. dua-dua panggil nama yang sama.

Aksi dan perangai 2 orang ni memang jauh beza. Si Asyraf memang banyak mulut. Mulutnya asyik berbunyi...entah apa yang dicakapkan. Kadang2 bunyi macam menyanyi...mengaji dan entah apa ntah yang disebut. Kadang2 tetalahnya membuatkan papa dan mama tergelak. Berbeza dengan si Amir, dia agak pendiam berbanding Asyraf. Tapi..bila berebut barang atau mainan, yang menangnya si Amir.

Sekarang ni...alhamdulillah...tidur malam pun dah lena hingga pagi. Mama pun dah jarang bangun malam buatkan susu untuk si kembar ni. Harapan mama agar si kembar mama membesar dengan sihat dan cergas fizikal dan akal fikiran.


Asyik bermain dengan abang Luqman...macam kembar 3



Sama-sama berbasikal di halaman rumah.



Sukanyaaa...si kembar ni bergayut kat pagar rumah.


Mandi kolam...eee....sejukkknyaaa


Brroooommmm.....naik motor atuk



No comments:

Post a Comment