Saturday, January 8, 2011

CATATAN BERSEJARAH KE TANAH SUCI (2)

14.11.2010
Jam 10.30 pagi...jemaah mula berangkat ke Arafah dengan beberapa buah bas mengikut floor hotel. Alhamdulillah...saya dan suami tiba di Arafah lebih kurang jam 12 t.h. Jalan ke sana pun tidak begitu sesak lagi. Tiba di Arafah, jemaah hanya duduk di dalm khemah sambil berzikir, berdoa, membaca al-Quran dan ibadah2 lain sementara menunggu hari wukuf pada keesokannya.

15.11.2010
Kemuncak haji semakin hampir. Paginya di adakan kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Daud Che Ngah.
Jam 12 t.h, selepas solat zohor, bermula waktu wukuf. Khutbah dan doa dibaca dengan sayu memohon keampunan Allah. Hanya air mata menjadi penghaps setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan...semata2 memohon keampunan daripada Allah. Segala hajat dan kemahuan dipohon pada waktu ini. Segala doa akan diangkat oleh Allah...
Selepas solat Asar...sekali lagi doa diadakan di tengah padang. Waktu ini umpama berada di padang mahsyar dengan pakain dan warna yang sama, tiada beza pangkat dan harta..hanya hati yang ikhlas dan takwa menjadi pembeza. Di waktu yang sayu ini..tiba2 Allah mununjukkan kekuasaan dengan awan membentuk kalimah ALLAH MUHAMMAD di langit. Allahuakbar!!!.
Selepas solat maghrib, kami mula berangkat ke Muzdalifah untuk bermalam dan mengutip anak batu di sana. Saya sampai di sana jam 9 malam. Subhanallah...ramainya manusia dari pelusuk dunia. Malam tu rasanya pertama kali dalam hidup kerana tidur atas tanah berbantalkan beg. Ujian Allah juga kerana bas yang mengangkut kami ke Mina hanya 2 buah sahaja. Jadi...kami terpaksalah bermalam hingga ke Subuh.

16.11.2010 (Raya haji)
Lebih kuran jam 7 pagi...saya sampai di Mina. Di sini keimanan di uji lagi dengan keadaan dalam khemah yang sempit dan tandas yang terhad. Kesabaran jemaah benar2 di uji. Hanya jemaah yang benar2 sabar akan mendapat ganjaran dari Allah. Tapi...biasalah manusia..ada saja yang tidak puas hati.
Malamnya saya dan suami pergi melontar jamrah aqabah. Kami berjalan kaki lebih kurang 6km pergi balik.Terasa juga letih dan penat. Sebelum tidur..sapu losyen mustajab...untuk menghilangkan rasa lenguh2 di kaki. Alhamdulillah...pagi esok rasa bisa2 di kaki hilang.

17.11.2010
Siangnya aktiviti seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran dllnya di dalam khemah.
Malamnya pergi melontar untuk hari tasyrik pertama. Semasa pulang dari melontar, sedikit angin dan hujan turun membasahi bumi Mina. Alhamdulillah..kami selamat.

18.11.2010
Keadaan macam biasa...
Petangnya ada ceramah perdana. Selepas selesai ceramah...cuaca mulai gelap dan angin bertiup agak kuat. Kami di dalam khemah hanya mampu berdoa dan membaca al-Quran memohon perlindungan Allah daripada segala bencana. Selepas asar...hujan mulai turun dengan kuat bersama angin. Beberapa minit kemudian air mula memasuki khemah jemaah wanita di sebelah khemah saya. Keadaan sedikit kelam kabut. Alhamdillah...khemah saya selamat...cuma ada sedikit tempias hujan dari bumbung khemah. Dah hampir maghrib, hujan mulai reda dan air yang membajiri khemah sebelah mulai surut.
Lepas maghrib saya dan suami pergi melontar untuk hari tasyrik ke 2.
Selepas melontar kemas pakain dan beg, kerana pagi2 lagi kami akan balik ke Mekah...kemungkian berjalan kaki.

19.11.2010
Selepas solat Subuh...pergi melonta untuk hari terakhir. Saya dan suami sepakat untuk pulang ke Mekah dengan berjalan kaki. Alhamdulillah...Allah memberi kakuatan kepada kami dapat berjalan sejauh 7 km...selama 3 jam.
Jam 9 pagi...sampai ke Mekah dan terus membeli sarapan di restoran Felda.
Sampai di hotel..rasa macam nak pengsan. Hanya tinggal 2 sahaja rukun yang belum selesai tawaf haji dan saie haji.

20 hingga 21.11.2010
Hanya rehat di dalam bilik. Abang pula demam...bertambah2 lagi batuk yang sedia ada. Lepas balik dari Mina ramai jemaah yang demam dan batuk2. Saya juga tidak terlepas dari ujian sakit dari Allah Taala. Cuma batuk2 sahaja dan penawarnya air zam2. Alhamdulillah...

22.11.2010
Pagi ini alhamdullillah...dapat selesaikan tawaf dan saie haji dengan sempurna. DENGAN INI SELESAILAH RUKUN ISLAM KE-5.

25.11.2010
Buat umrah sunat kali pertama selepas haji. Niat di Tanaem.

27.11.2010
Buat umrah sunat kali ke 2. Hari ini anneversary ke 7 perkahwinan kami. Alhamdulillah tahun ni sambut di Mekah.

29.11.2010
Lawatan ke HUdaibiyyah dan ke ladang unta. Minum susu unta fresh. Kemudian ke Masjid Hudaibiyyah untuk solat sunat ihram dan umrah sunat kali ke 3.

30.11.2010
Buat umrah kali 4.

1.12.2010
Lawatan sekitar masjidilharam...Antaranya kisah Jabal Qubais, tempat asal tapak rumah nabi s.a.w, tempat lahir Nabi s.a.w, Masjid Kuching, Masjid Kayu, Masjid Jin dan Perkuburan Maala.

2.12.2010
Buat umrah kali ke 5

4.12.2010
Buat umrah kali ke 6
Malamnya pergi mendaki Jabal Nur. Untuk samapai ke sana memakan masa hampir 1 jam. YaAllah...memang memenatkan untuk sampai ke kemuncak. Bila dah sampai di atas...Subhanallah...pemandangan sekitar Mekah sanagt cantik. Dari puncak Jabal Nur boleh lihat masjidil haram. Seronok walaupun penat. Bila dah turun laju je...

5.12.2010
Siangnya packing dan kemas barang untuk berangkat ke Mdinah.

6.12.2010
Selepas solat Subuh, buat tawaf wada' ucapkan selamat tinggal. Terasa sebak dan sedih yang teramat nak mennggalkan bumi suci ini.
Jam 9 pg bertolak ke MAdinah.
Jam 5.30 petang tiba di hotel al-Ansar Galden...bilik 1209.
Alhamdulillah...hotel betul2 depan pintu masjid Nabawi.
Malamnya baca doa akhir dan awal tahun. "SELAMAT TAHUN BARU 1432 HIJRAH"

7.12.2010
Jam 7 pagi lawatan ke RAudhah bersama ustazah. Menunggu giliran untuk masuk ke dalam hampir 3 jam. Bila dah masuk keadaan yang tersepit2 dan tolak-menolak...tak ada peluang nak solat, jadi berdoa sahaja di dalam Raudhah.

8.12.2010
Program ziarah luar. Pergi ke masjid Quba' dan solat 2 rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w "Solat sunat di masjod Quba' sama pahalanya seperti 1 kali umrah"
Kemudian kami ke ladang kurama, Bukit Uhud, masjid Qiblatain dan ke pasar kurma.

13.11.2010
Ziarah ke medan magnet.

14.11.2010
Persiapan untuk pulang ke tanah air. Packing beg dan barang2.
Jam 8 malam sama2 buat ziarah widak. Sayu hati ingin meninggalkan bumi kekasih Allah ini,.
Jam 12 tgh malam berkumpul di lobi hotel untuk menunggu bas.

15.11.2010
Jam 2 pagi...naik bas menuju ke Lapangan terbang MAdinah.
Jam 5 pagi urusan imegresan.
JAm 7 pagi naik flight dan terbang balik ke tanah air tercinta MALAYSIA. Rasa rindu pada anak2 dah mulai terasa.
Jam 10 malam baru tiba di KLIA.







Jemaah semakin ramai memenuhi kaabah dan mekah menjelang haji.


Khemah di Arafah.


Jemaah yang mencari dan mengutip anak batu


Perjalanan untuk melontar


Pemandangan dari Jabal Nur pada waktu malam...sangat cantik


Fokus ke Masjidilharam dari Jabal Nur


Emmm...sedapnya tat buah. Harganya 10 riyal


Air buah 10 riyal


Dalam raudhah


Asyraf bergaya dengan songkok dari Mekah.





No comments:

Post a Comment