Saturday, January 8, 2011

DUNIA BARU LUQMAN

Tahun baru 2011 baru saja bermula...belum terlambat untuk diucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011. Tahun ni seorang lagi anak bersekolah ...Luqman. Sebelum ke sekolah memang tak sabar2 nak bersekolah. Beg baru, kasut baru, pensel box baru dan alat tulis dah siap dibeli untuk memberi semangat kepada Luqman. Seronok bukan main dia. Ye la...semua nya baru...tiap hari menghitung hari untuk ke sekolah. Saya hantar Luqman ke TADIKA PASTI. Senang...sebaba kaknya dah belajar kat situ.
Kakanya Izzati bukan main pesan "Man janagn nanangis tau...", "Kalu Man nak kencing bagitau ckgu tau...".
Hari yang ditunggu2 pun tiba. Seawal 6.30 pagi 3 anak dikejutkan dari tidur along, kakak dan Luqman. Alhamdulillah...belum dikejutkan Luqman dah buka mata terus ke bilik air untuk mandi.
Selepas semuanya siap, hantar along, kemudian kakak dan Luqman.
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Luqman O.K jeeee...
Ni dah 1 minggu Luqman ke sekolah...nampak seronok dan ceria aje...Suka katanya ke sekolah.


2 hari sebelum ke sekolah bawa Luqman gunting rambut kat kedai. Kalu sebelum ni, tak nak gunting kat kedai...takut katanya.


Wajah Luqman selepas bergunting.


Luqman dan Izzati kat TADIKA PASTI


Dalam kelas...tengok apa tu...


Cikgu kata Luqman ni senyap dan malu berbanding dengan kakaknya.



1 comment:

  1. Assalamualaikum...seronoknya tengok anak masuk skolah...sekejap je ye..anak2 ustazah banyak iras mama ye..semoga bahagia dunia akhirat...

    ReplyDelete