Saturday, January 22, 2011

JOM BELAJAR BUAT KEK

Salam semua. Hari Sabtu 22.1.2011 baru-baru syarikat suami Felda Johore Bulkers mengadakan aktiviti untuk isteri-isteri eksekutif syarikat belajar membuat kek. Suami masing-masing ke mesyuarat. Ini kerana mesyuarat dihadiri oleh anak syarikat dari luar Johor. Jadi, untuk mengisi masa isteri2 mereka, FJB membuat aktiviti untuk isteri2.

Aktiviti ini dibuat di Tanjung Puteri Resort. Kami seramai lebih kurang 27 orang menghadiri aktiviti ini. Chef yang mengajar kami namanya chef Nina...banyak ilmu tentang membuat kek diberikan. Tetapi...saya ni jenis orang yang kurang minat membuat kek. Jadi, ke sana untuk belajar sahaja...untuk membuat di rumah belum tentu lagi. Di sana kami belajar membuat 3 jenis kek iaitu, resipi pertama Baked Cheese Cake, ke 2 Chilled Oreo Cheese Cake dan Kek Tiramisu.

Kami di bahagikan kepada 3 kumpulan. Sebelum memasak, kami diberikan sehelai apron. Setiap kumpulan akan membuat sendiri kek berdasarkan resepi yang diberi dengan tunjuk ajar daripada chef Nina. Lepas siap, kek tadi kami bahagikan sesama kami untuk dirasa. Emmmm.....sedaaappp. Nak buat sendiri...tak tau bila.


Chef Nina yang mengajar kami membuat kek


Para peserta khusyuk mendengar ilmu membuat kek dari chef


Membuat kek dalam kumpulan masing2


Chef Nina memberi tunjuk ajar.


Bersama isteri CEO FJB (kiri) dan seorang peserta lain.


Membuat Chilled Oreo Cheese Cake



Chilled Oreo Cheese Cake yang telah siap.


Ni plak Bake Cheese Cake yang siap dibakar. OOppppsss...hati-hati.


Hasil daripada kumpulan 1


Hasil daripada kumpulan 2


Hasil daripada kumpulan 3


Yang ni kek tiramisu...ini chef Nina yang tunjuk cara membuatnya. Emm...sedaaap


Cenderahati dari FJB



No comments:

Post a Comment