Thursday, January 14, 2010

My PRiNCeSS (part 2)

'Kakak' - Itulah panggilan manja bagi puteri mama yang tunggal. Nama cantiknya NUR IZZATI WAHIDAH.

"Tati" - itu lah panggilan yang dipanggil oleh Luqman dengan bahasanya yang pelat.

" Izzati atau kakak" - ini pula panggilan yang dipanggil along(hafiz), anak sukung kami.

Apa sahaja panggilan, kakak satu-satunya puteri mama di kelilingi 4 putera. Walaupun kakak kadang-kadang bersifat 'kejantanan' seperti memanjat, bergaduh, main-main tinju dengan abang dan adik lelakinya, namun sifat kewanitaan tetap mama semaikan dalam naluri kakak. Maklumla 1(perempuan) lawan 4(lelaki).

Terkenang 5 tahun yang lalu, selepas habis berpantang di kampung Batu Pahat (20 hari) dan Terengganu(20 hari), kami dengan pengalaman pertama menjaga baby yang baru berusia 40 hari. Walapun agak kekok, tapi mama banyak belajar dari abang yang dah ada pengalaman menjaga anak sebelum ni. Satu yang kami rasa agak tertekan ketika menjaga kakak adalah kakak yang akan menangis hampir tiap-tiap malam. Selagi jam tidak menunjukkan pukul 12 malam, kakak tidak akan berhenti menangis. Berbagai ikhtiar yang abang lakukan seperti ke klinik, azan dan sebagainya. Namun keadaan tidak berubah. Hampir sebulan keadaan kakak sedemikian.

Itu kenangan limam tahun lepas, sekarang kakak sudah masuk alam sekolah tadika. Sepanjang menguruskan kakak, alhamdulillah kakak mudah untuk diuruskan dan mudah mengikut arahan mamanya. Apa sahaja yang ingin dilakukan, kakak akan meminta izin dari mama.

"Mama... nak main kat luar..." , Mama...nak warna buku", "Mama...nak itu...", Mama...naka ini..." dan sebagainya.

Seawal jam 6.30 pagi kakak sudah bangun dari tidur untuk ke sekolah. Kadang-kadang kakak bangun sendiri tanpa dikejutkan mama. Begitu semangat dia untuk ke sekolah. Hinggakan hari minggu pun kakak hendak ke sekolah. Tak tahu erti 'cuti sekolah'.

Kakak sudah mula ingin belajar sembahyang, ini pun dengan kemahuan kakak sendiri.

"Mama..., buat baju sembahyang macam mama...", pinta kakak untuk buatkan telekung.

"Nanti mama buatkan....", kata mama dengan senyum.

Walaupun tak tahu apa2 tentang solat, tiap kali mama nak solat, kakak akan ikut setiap pergerakan mama dalam solat.

Kebiasaan selepas solat Maghrib, kakak akan minta mama ajarkan Iqra'. Kalau tidak diajarkan, mulalah dia menangis.








Doa mama semoga kakak dan anak-anak mama terus menjadi penyejuk hati mama dan papa. Semoga kalian menjadi insan soleh dan solehah, beriman dan berguna pada agama dan bangsa.



MyV ku

Petang ahad, 10 Jan 2010 sedang mama berehat, terima satu panggilan.

"Hello..." jawab mama.

"Kereta mama excident...", terdengar suara abang dalam talian.

"Ha.., innalillah...teruk tak?" tanya mama.

"Tengok la sendiri nanti." jawab abang.

Mama menanti kepulangan abang dengan perasaan yang sedikit cemas.

Lebih kurang 15 minit kemudian, abang sampai...

Alhamdulillah, ketera MyV tak begitu serius, tapi bahagian belakang sedikit terkopek dan bumper nak terjatuh.

"Macam mana boleh terjadi?" tanya mama

"Kereta proton langgar dari belakang." jawab abang.

"Macam mana dengan kereta ni?"

"Esok hantar bengkel, oarang yang langgar akan bayar." terang abang.

2 hari 1 malam je MyV kat bengkel.

"Berapa kos baiki kereta ni?" tanya mama.

"Hampir rm600." jawab abang ringkas.

"Emm...mahal juga, cederanya sedikitnya."


Bumper MyV yang sedikit terjatuh.



Bahagian bawah yang terkopek.





Wednesday, January 6, 2010

DUNIA BARU

Sejak bulan Disember lagi kakak asyik bertanya pada mamanya bila kakak nak bersekolah.

"Mama..., bila kakak nak sekolah?" tanya kakak yang asyik menyandang beg berwarna pink yang baru dibeli mama.

"Nantilah...lambat lagi....sebulan lagi..." jawab mama.

"Kakak nanti sekolah kat along ke?" tanya kakak lagi.

"tak...kakak sekolah kat PASTI" jawab mama dengan senyum.

"Kat sekolah PASTI eee mama..." tanya kakak lagi untuk kepastian.

"Ya..."

Hampir tiap-tiap hari soalan yang sama diajukan pada mama. Mama pun menjawab dengan jawapan yang sama.

Pada 4 Januari 2010 mama ingatkan kakak, "Esok kakak sekolah tau..."

"Esok ee mama..." kata kakak dengan penuh ceria.

"Kakak jangan nangis tau...mama tinggalkan kakak kat sekolah, pukul 11.30 mama datang ambil kakak kat sekolah"

Kakak hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Riak muka kakak agak kecewa.

Hati mama agak risau juga, kot-kot esok tak nak masuk ke kelas.

Malamnya mama ingatkan lagi kakak, "Esok kakak kena bangun awal tau...mama kejutkan kakak awal... kakak jangan nangis tau..." mama terus berpesan pada kakak.

Kakak hanya mengangguk dan senyum. Nampak keriangan pada riak muka kakak untuk bersekolah pada esok hari.

Esoknya, 5 Januari 2010, hari Selasa, selepas menghantar Along ke sekolah agama, terus hantar kakak ke PASTI yang terletak di taman yang sama. Sampai di sana jam baru menunjukkan pukul 7.10 pagi. Masih awal dan pelajar lain belum datang lagi. 1o minit kemudian datang beberapa orang pelajar lain.

"Kakak tinggal sini ye...mama nak g kerja ni..."kata mama

"Tak nak..." kata kakak sambil memegang erat tangan mama.

Dah banyak kali pujuk kakak tetap sama cakap "tak nak mama pergi". Mata kakak dah mula bergenang air mata.

Aku melihat jam dah hampir 7.30 pg. "Eh, tak boleh jadi ni, nak tak nak kana tinggal juga, dah lewat ni..." kata mama di dalam hati.

Akhirnya, mama terus tinggalkan pada cikgu. Mama terus lari ke kereta. Kakak pun apa lagi, bukan menangis, tapi meraung dengan kuatnya. Sepanjang perjalanan ke kereta, hanya terdengar raungan kakak. Hati mama agak terusik juga, tapi mama kena juga tinggalkan kakak kat sekolah. Mama memujuk hati...'jap je nangis ni...'.

Jam 11.30 tepat mama sampai ke PASTI dan kakak sudah berada di luar pagar.

"Seronok tak sekolah, kakak...?" tanya mama.

"Seronok...."

"Nape kakak nangis tadi.."

Kakak hanya tersenyum sambil bercerita apa yang berlaku di sekolah tadi. Seronok ada kawan, dapat makan, baca doa, beratur sebelum masuk kelas, ada menyanyi dan sebagainya diceritakannya. Mama hanya tersenyum dan itulah "dunia baru kakak". Maklumla sebelum ni dunia kakak hanya di rumah sahaja. Kawan pun tak ada...sebab kat lorong perumahan tu mejoritinya lelaki.

"Esok kakak nak nangis lagi...? tanya mama dengan serius.

"Tak nak..."

Esoknya macam biasa lepas hantar along, terus hantar kakak. Alhamdulillah, kakak dah o.k. Sampai je kat PASTI, terus buka kasut dan masuk kelas. Lepas salam dan cium sayang, kakak bye bye mama. Ahh...lega rasanya.


Hari ke-2 sekolah, dah ceria...

Bergambar di dalam bilik darjah. Kakak orang pertama sampai. Tudung dan pakaian seragam sekolah belum dapat lagi.

Suasana di dalam bilik darjah.


Doa mama sentiasa mengiri kakak. Rajin-rjin belajar ye.
Semoga kakak menjadi insan berguna dunia dan akhirat...







Sunday, January 3, 2010

My PRiNCeSS






EMM...DAP NNYEEE...


Mama...!! Saya dapat buah...!!

Buah apa ni ek? Sama pulak ngan baju aku...

Rasa dulu laa.. sedap ke tak buah ni...

Emmm... dapnyeee...nyamm...nyamm...nyamm...