Tuesday, December 29, 2009

HOLIDAY IN 'NIGHT SAFARI, SINGAPORE'


26Disember 2009, kami sekeluarga ke Night Safari di Singapura. Di sina lebih kurang macam Zoo Negara kat Malaysia, tapi Night Safari ni hanya di buka pada waktu malam sahaja, dari jam 7 malam hingga 11 malam. Kami bertolak dari Pasir Gudang selepas solat Asar. Perancangan awalnya nak singgah dulu rumah saudara kat Singapura, tapi, jem pula kat imegresen Singapura. Masuk je Singapura maghrib dah hampir, jadi perancangan berubah. Nak cari masjid kat Singapura bukannya senang, tak macam kat Malaysia, masjid @ surau merata2. Syukur alhamdulillah, tinggal kat Malaysia ni. Dah jumpa masjid, tak boleh parking suka2 hati. Jadi, terpaksalah gilir2 solat.

Sampai di sana lebih kurang jam 8 malam. Ramainya orang nak jalan pun terpaksa berhimpit2. Abang beratur membeli tiket hampir 1 jam. Maklumla ada promosi sempena musim cuti sekolah ni. Jam 9.30 baru dapat masuk ke pertunjukan binatang . Pertunjukannya memang menyeronokkan, bukan untuk kanak2 je, orang dewasa pun terhibur. Lebih kurang 1/2 jam kemudian, naik keretapi pula untuk keliling kawasan untuk melihat binatang yang ada. Apa yang berbeza dengan Zoo Negara, di sini binatang2nya tidak dikurung seperti harimau, gajah, singa dsb. Binatang2 ini dibiarkan bebas bergerak seperti di dalam hutan.

Satu perkara yang o.k adalah layanan daripada pekerja di sana adalah sangat mengambil berat tentang pengunjung, terutamanya kami yang membawa si kembar yang telah pun lena dari awal lagi. Kami diberi keutamaan kerana membawa baby. Satu lagi perkhidmatan troli untuk baby pun disediakan.


Pintu masuk ke Night Safari.


Bergambar sebelum keretapi bergerak. Gambar ini diambil oleh jurukemera yang bertugas di sana. Emm...macam dalam hutan pula, dikelilingi oleh binatang2. Izzati nampak matanya sahaja. Hafiz pula ada dengan sepupunya kat depan. Asyraf tidur di pangkuan bibik Amir pula di pangkuan papanya.



Pergi bercuti memang seronok dan menghiburkan, tak kira pada kanak2 atau orang dewasa hatta warga emas sekalipun. Yang penting kita mengambil pengajaran dari tempat yang kita lawati. Di sana kita lihat kebesaran Allah yang menciptakan makhluk berbagai rupa, bentuk dan ragam. Hidup berpandukan iman dan Islam insya'Allah selamat dunia dan akhrat.




Saturday, December 26, 2009

Alahai...Kesiannya anak mama

"Eh..! abang..! banyak darah keluar ni..!" kata mama dengan suara yang agak cemas.

Amir terhantuk meja kaca kat rumah atuknya di Batu Pahat. Pada mulanya tak perasan berdarah. Masa ni mama sedang menyuapkan nasi ke mulut Asyraf.

"Abang...ambilkan tisu...lap luka ni..."

"Sikit je tu..luka luar je.." kata abah yang sedang makan. Abang pun mengiyakan.

Mama dukung Amir sambil memujuk. Baju Amir dah tercemar dengan darah yang menitik. Darah masih lagi keluar walaupun dah lap dengan tisu.

Kemudian...dah tukar pakaian dan dah penat menangis, terus tertidur di buaian.



Alahai...kesihnnya anak mama. Luka agak serius.



Petangnya, Amir di bawa ke klinik untuk cuci luka. Lukanya masih berdarah.



Alhamdulullah... Keesokan harinya, luka Amir dah beransur sembuh.


Beginilah resam hidup ini, dugaan datang dan pergi. Ujian yang datang kadang2 pada diri kita atau anak-anak kita atau orang lain yang kita sayang seperti suami, ibu bapa dan sebagainya. Bergantung pada iman kita untuk menerima dan menghadapi ujian tersebut.

VIDEO SI KEMBAR



Amir dan Asyraf mengejar mama...





Pandainya Amir tiup mainan...





Asyraf nyakat Amir...



Monday, December 21, 2009

Selmat 'BERHIJRAH'

Selamat meninggalkan bumi PJB kepada rakan setugas, Ustaz Mohd Zohdi bin Hj Said. Beliau akan bertugas di PKB mulai 1 Januari 2010. SELAMAT 'BERHIJRAH KE NEGERI ASAL... Ni satu post yang menarik selepas menerima hadiah beg troli merah dari JPA. Semoga beliau dapat meningkatkan lagi prestasi di bumi kelahiran. Beliau seorang yang selamba, agak kelakar, mudah berinteraksi dengan orang lain, satu lagi agak mudah untuk menitiskan air mata dan banyak lagi kebaikan lain yang hanya Allah sahaja yang tahu.


"Ada satu pengumuman, sahabat kita Ustaz Zohdi akan ber pindah ke PKB" , satu pengumuman yang mengejutkan dibuat oleh Ustaz Khairul Nizam, pada petang Khamis, 17 Dis 09, selepas mesyuarat JPA. Semua staf yang ada di bilik mesyuarat (Lab 1) mengeluarkan reaksi yang bermacam2.

Ni pulok reaksi di ruang legar pejabat selepas berakhir meet, sebelum balik...

Ketua jabatan : " Mai sini surat pindah hang, entah betui atau tak ni..."
Ustaz Zohdi : "Betul laa puan, tak kan saya nak main2 pulak"
Ustaz Roslan : "Dah boleh pindah dah kau Zohdi, aku biiilaaaa lagi nak dapat surat ni....dah cemuh da tunggu..."
Ustaz Hosni : "Jeles aku kat hang zohdi....aku pun tak tau la bila dapat pindah kat bini aku nih..."
Kak Nor : "Dah boleh balik Kelate dah kau Zohdi..."


Ustaz Hamdi : "Ni surat pindah hang...? Aku macam tak caya kau nak pindah Zohdi...Huhu...sedihnya aku. Kau tak da aku tak da kawan nak pi makan sama-sama..."
Azmi : "Selamat tinggal laa Zohdi..."

Begitu la reaksi manusia apabila sesuatu yang tak disangka-sangka berlaku. Apa pun, kita merancang dan Allah pun merancang, sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dan bagus. Kita sebagai manusia redhalah dengan apa yang berlaku...

Wednesday, December 16, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

1431 HIJRAH

HIJRAH BERMULA DARI IMAN DAN AMAL

DARI KAMI DI USRATUN SAADAH