Thursday, October 29, 2009

HARI KE 3 DI HOTEL NAZA, JB

Hari ini dah 3 hari bertapak di NAZA HOTEL. Dah kaku rasanya badan ni. Apa taknye, masuk bilik air-corn, ke tempat perbincangan air-corn, pi mai, pi mai air corn. Time tidur malam je tak de air-corn sbb tidur kat umah di Pasir Gudang. Ha.. malam ni tidur kat hotel nak siapkan apa-apa yang belum beres. Tidur sorang-sorang je la...hu..hu..hu. Room mate balik umah dia. Kalau dapat siapkan cepat, harap-harap dapat balik awal esok.


Kumpulan kami sedang bertungkus lumus menyiapkan apa yang belum selesai. Apa yang difikirkan oleh Ustaz Lan tuuu...??? K.dina. K.wan dan KJ khusyuz mengadap komputer.

Masing-masing jabatan sibuk menyiapkan kursus masing-masing. Maklumla hari ni hari terakhir nak siapkan semuanya sebelum tangahari esok.


Apa agaknya K.wan dan Ust. Lan bincangkan tu...??


.......................................................................................................


Ni nak citer sikit pasal g ke The Zon semalam. Kami berempat saje jalan-jalan ke The Zon pada jam 5 ptg. Saje nak release tention, dah penat memerah otak, petang tu k.dina cadangkan kami ke sana. Apalagi....mereka cadangkan naik kete aku. Nak tak nak terpaksa la bawa juga kereta walaupun rasa tak confident. Rasa macam rusa masuk kampung. Alhamdulillah...semuanya selamat. Sampai kat sana, tengok-tengok ada sale pulak. Jalan-jalan ..... tergoda pulak aku pada 1 barang ni.....

.
.
.
.
.
.
.
.


Haa...ni la barang yang dibeli. Apa kat dalam agaknye ek?

jeng

jeng

jeng

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Haa.. ni la barang yang telah menggoda hati ku. Dah offer 50%, ambil je la...



Tuesday, October 27, 2009

HARI KE 2 DI HOTEL NAZA, JB


Hari ini hari ke 2 di Naza Hotel JB untuk meneruskan kerja-kerja yang belum siap. Jam 7 pagi bertolak dari rumah ke JB. Sampai je terus ke coffee hause untuk bersarapan. Kemudian ke dewan kerja untuk menyiapkan kerja yang belum selesai. Hari ni kerja-kerja yang diamanahkan hampir siap, tunggu nak print je. Alhamdulillah, bagi kami yang mengajar kursus am tidak seberat kerja yang perlu disiapkan oleh jabatan induk. Jadi apa lagi, ambil peluang la melayari internet. Jam 10.30pg rehat jap. Jam 12.30 t.h hingga 2.30 ptg rehat kat bilik. Bilik tempat rehat dan mandi je la. Malam balik rumah. Petang nanti kalau cuaca ok, g jalan-jalan kat The Zone ngan K.dina.



HARI PERTAMA DI NAZA HOTEL, JB

Pada 26 hingga 30 Oktober 2009 aku ditugaskan untuk menghadiri Mesyuarat Penjajaran Semula Sijil Kemahiran Khas. Dah tugas, kenalah pegi. Tapi alhamdulillah, dekat dengan rumah, jadi ada peluang untuk ke rumah jenguk anak-anak. Hari ini 27 Oktober 2009 hari pertama mesyuarat. Semalam pergi sekejap aja untuk daftar. Jam 7 pagi bertolak dari umah ke Hotel Naza.Sampai je terus ke bilik

Bilik air



Waa...bestnyee berenang kat sini.
(pandangan dari bilik)


Ni pulaktempat kami menyiapkan kerja-kerja yang mesti disiapkan sebelum Jumaat. Ni adalah mesyuarat kali ke-3. Tapi mesyuarat kali ni komp tidak disediakan. Kena la guna komp masing2. Kami memerah otak hingga ke malam. Ingatkan nak tido kat hotel je, tiba2 rasa rindu lak pada anak2. Last minute ambil keputusan balik umah. Tu pun sebab follow Suhaila dari belakang. Kalau sorang2 jawabnye tak balik leee.

Dalam perjalanan di Permas Jaya yang jalannya sedang dibaiki, tiba2 tersentak sebab di hon kereta belakang. Bukan apa, confiuse jalannya. Lagi pun masa ni dah terpisah dengan Suhaila. Akhirnya berjumpa semula dengan Suhaila. Alhamdulillah perjalanan selamat. Sampai je kat umah, anak-anak hafiz, izzati dan luqman belum tido lagi, tunggu mamanya. Si kembar dah tido.

Esok (28.10.09) pergi semula ke Naza Hotel untuk menyiapkan kerja2 yang belum selesai.


Monday, October 26, 2009

aktiviti HUJUNG MINGGU

Alhamdulillah.. umur masih lagi di panjangkan oleh Allah Taala. Semoga usia yang masih berbaki ini dapat ku baktikan buat suami tercinta, anak-anak tersayang, ibu yang dirindui, rakan-rakan seperjuangan, pelajar yang perlukan bimbingan, di samping mencari redha dan rahmat Allah. Semoga redha MU sentiasa di sisiku.

Tiap-tiap hari masaku dihabiskan di pejabat seawal jam 7.30 pagi hingga jam 5 petang. Jadi, malam dan hujung minggu adalah masa untuk anak-anak dan keluarga. Masa bersama keluarga yang begitu singkat mesti digunakan sebaik mungkin, terutama hujung minggu.

Emmm...sedapnyee masak lemak ketam ni. Ni resepi hujung minggu baru ni. Fikir-fikir, nak masak apa??? Naak masakk pun susah, teringat... lama tak masak ketam. Budak-budak kat umah ni pun memang suka ketam ni. Apa lagi petang Sabtu tu g pasar Kip Mart dan cari-cari kot ada ketam. RM17 sekilo, mahal juga....emmm...tak pe la bukan selalu makan ketam ni. Balik umah terus proses ketam dan jadi la seperti gambo di atas. Satu periuk tu habis licin... bukan mama dan papanya yang habiskan. 3 budak tu la yang habiskan Hafiz, Izati n Luqman. Mama dan papanya makan 1/2 ketam je.. Tapi yang seronok apa yang dimasak habis dimakan.



Waktu malam pulak ajar hafiz membuat latihan. Minggu ni minggu peperiksaan bg semua pelajar. Jadi, tiap-tiap malam bersama-sama hafiz ulangkaji apa yang patut. Ni pun kena paksa baru nak buat ulangkaji, kalau tak asyik maaaiiin aje. Tiap-tiap malam tido jam 12 malam selepas selesai ulangkaji.

Thursday, October 22, 2009

LAGI... RAGAM SI KEMBAR

MAMA PANGGIL SIAPA? AMIR KE ASYRAF???


CEPAT LA SIKIT ASYRAF!! AKU NAK MASUK JUGA DALAM GUA NI...
(NI OPERASI MENCARI HARTA KARUN)

MAMA! KAMI NAK CUCI BILIK AIR & TANDAS YEEE
(NI PULOK OPERASI CUCI TANDAS)


AMIR, NI KETE BARU AKU TAU... KAU JANGAN JEALOUS... NANTI AKU BG KAU NAIK PULAK


NI LA TEMPAT SAYA BERTAPA

MAMA...PAPA... SAYA DAH BOLEH BERDIRI...!!!




Sunday, October 18, 2009

PERCUBAAN BERJAYA


NASI AYAM... Itu yang terlintas apabila ada tetamu nak datang rumah pada hujung minggu hari Ahad (tadi). Tapi...fikir punya fikir tak pernah buat. Takut pula tak jadi. Kemudian teringat pada seseorang. Haa..k.na rakan seoffice boleh tahan juga pandai memasak. Jadi apa lagi ambik resepi la... Dah ada sedikit kenyakinan diri untuk memasak. Almaklum nak bagi tetamu makan biarlah berbaloi.

Petang Sabtu gi pasar shopping bahan-bahan untuk masak nasi ayam. Hari Ahad mula jalankan operasi dari pagi. First time nak masak nasi ayam, berpeluh juga, pada hal nak buatnya senang aje. Jam 11.30 siap masak...ah...nasib baik cubaan berjaya. Alhamdulillah. Jam 12.30 tetamu yang dinanti-nantikan pun tiba. Malamnya pula kakak ipar datang pun jamu nasi ayam. Abang ipar siap tanye buat ke beli nasi ayam ni.

Pah ni nak cuba resepi lain pulak.

Saturday, October 17, 2009

RAYA... OH RAYA (3)

Syawal bakal menutup tirainya, namun sambutan raya semakin hangat. Semakin hampir kedatangan Zulkaedah, semakin rancak sambutan hari raya di sana sini, tak kira di pejabat, di rumah-rumah atau di taman-taman. Semuanya seolah-olah berkejaran dengan hari-hari Syawal yang akan pergi. Tahun depan wallahua'lam, berjumpa kembali atau tidak. Satu persoalan, adakah pemergiaan Ramadhan lepas kita meninggalkan ia dengan penuh kerinduan dan tangisan? TEPUK DADA TANYA IMAN.

Kali ini nak citer sambutan Eidulfitri di perkampungan kami, Taman Bukit Dahlia. Sambutan ini di saat akhir Syawal, 28 Syawal. Majlis ini berlangsung pada malam hujung minggu. Memang kat taman kami tiap-tiap tahun adakan majlis sambutan hari raya. Hasil kutipan derma pada majlis marhaban digunakan untuk menjayakan majlis ini. Siang sebelum majlis, setiap lorong di amanahkan untuk memasak 1 menu.

Sambutan hari raya di taman kami ringkas sahaja, Lepas ucapan dari Pengerusi taman dan bacaan doa, tetamu yang datang dijamu dengan juadah yang perbagai. Ketika inilah nak rapatkan lagi silaturrahim antara penduduk taman. Nak berkenalan dengan penduduk taman pun boleh. Kadang-kadang terserempak kat pasaraya pun tak kenal jiran sendiri.



Selepas sambutan hari raya. sempat lagi ke rumah terbuka yang kebetulan buat malam yang sama. Budak-budak yang paling gembira, tak henti-henti bermain. Jam 11 baru selesai beraya.

Monday, October 12, 2009

MAMA...JOM BACA BUKU!!

MAMA...!!! JOM KITA BACA BUKU NI...!!!

JAP EE MAMA... NAK CARI CITER BEST

NAK PILIH YANG MANE EK.. YANG NI TAK BEST, TENGOK YANG NI LA...

HAA... DAH JUMPA. MAMA... JOM BACA KISAH NI
TAJUKNYA : PERJUANGAN RASULULLAH



ni la anak mama, pantang nampak buku, terus terjah.
buat anak2 mama...
membaca jambatan ilmu, tanpa ilmu hidup umpama dedaun kering yang ditiup angin, tiada hala tuju.
hanya ilmu yang diberkati dapat memandu hidup kita dunia dan akhirat.
semoga hidup kalian dilimpahi ilmu yang berkah.



Friday, October 9, 2009

RAYA... OH RAYA (2)

Hari ni dah 20 Syawal. Kehangatan raya masih terasa. Pejam celi pejam celik begitu cepat masa berlalu. Kali ini raya di sambut di Politeknik Johor Bahru, tempat kerja sendiri pulak. Kat sini beza sikit dengan tempat kerja lain, siap ada pertandingan lagi. Pertandingan khemah, makanan, pakaian, persembahan, cabutan bertuah dan lain-lain.

SEBELUM MAJLIS



Ainoor sibuk menyiapkan hasil kerjanya. Satu lagi ciptaan adik kita yang memang mantoop.


Hafiz sedang melukis logo JPA

Persiapan menghias khemah pada waktu malam sambil diperhatikan olekKetua Jabatan


Khemah yang siap dihias bertemakan desa.



Bahagian makanan yang sedang di sediakan oleh ajk makanan.

Jika tahun lepas JPA yang banyak menyandang juara, tahun ini kategori yang dimenangi oleh JPA adalah kategori makanan dan persembahan, kedua-duanya di tempat ke-2. Kemenangan tak penting, yang penting ikatan silaturrahim antara warga PJB dan kerjasama di kalangan ahli JPA dalam menjayakan hari raya di PJB.



Sunday, October 4, 2009

RAYA... OH RAYA

Menjelang saja 1 Syawal, umat Islam akan menyambut hari kebesaran iaitu eidul fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah. Tetapi sambutan Syawal berbeza antara 1 tempat dengan tempat yang lain. La ni dah jadi orang Johor, sambutan Syawal berbeza dengan negeri sendiri, Ganu. Kat sini rayanya sebulan. Selagi tak habis bulan Syawal, penuh dengan undangan 'rumah terbuka', Marhaban dan sambutan hari raya di pejabat-pejabat. Hari ni dah 15 Syawal, tapi kehangatan raya masih terasa.

MAJLIS MARHABAN

Majlis Marhaban sedang berjalan di Taman Bukit Dahlia.


Ahli marhaban khusuk mendengar ucapan dari Pengerusi wanita Pn. Aida.


MAJLIS HARI RAYA DI FELDA JOHORE BULKELS

Majlis haari ini berlangsung pada 3 Oktober 2009 bertempat pejabat abang (FJB)

Khemah Majlis Hari Raya


Sempat lagi masuk pertandingan mengayam ketupat, tapi emmm KALAH



Abang sibuk mengawal budak2 untuk dapatkan duit raya dan janjan


Hafiz, Izzati dan Luqman di majlis tersebut.


HUJUNG MINGGU

Tiap-tiap hujung minggu, ada je undangan ke 'rumah terbuka'. Selagi Syawal belum menutup tirainya, undangan tidak putus2 seperti undangan majlis kahwin plak.


Kepenatan beraya



Thursday, October 1, 2009

RAGAM SI KEMBAR

Asyraf, mai sini aku nok ukur pinggang kau. Nak siapkan baju raya yang mama tak sempat nak jahit.

Asyraf, tolong picit kaki aku sikit. Lenguh ah, asyik berdiriii jeee..

Lumba....sape cepat habis, mama bagi hadiah misteri. Hehe...

Bye bye mama...nanti balik cepat tau...!

Mana mama ni, dah petang tak balik balik lagi niii?


Mama...!!Cantik tak muka kami?

Remove Formatting from selectionBosoonyeee kasut mama belikan untuk saya. Eh...mama tersilap saiz niii!!!

Dok buat apa tuuu Amir? Anak mama berak aee. Bucuknyeee!!!