Alhamdulillah.. umur masih lagi di panjangkan oleh Allah Taala. Semoga usia yang masih berbaki ini dapat ku baktikan buat suami tercinta, anak-anak tersayang, ibu yang dirindui, rakan-rakan seperjuangan, pelajar yang perlukan bimbingan, di samping mencari redha dan rahmat Allah. Semoga redha MU sentiasa di sisiku.
Tiap-tiap hari masaku dihabiskan di pejabat seawal jam 7.30 pagi hingga jam 5 petang. Jadi, malam dan hujung minggu adalah masa untuk anak-anak dan keluarga. Masa bersama keluarga yang begitu singkat mesti digunakan sebaik mungkin, terutama hujung minggu.
Emmm...sedapnyee masak lemak ketam ni. Ni resepi hujung minggu baru ni. Fikir-fikir, nak masak apa??? Naak masakk pun susah, teringat... lama tak masak ketam. Budak-budak kat umah ni pun memang suka ketam ni. Apa lagi petang Sabtu tu g pasar Kip Mart dan cari-cari kot ada ketam. RM17 sekilo, mahal juga....emmm...tak pe la bukan selalu makan ketam ni. Balik umah terus proses ketam dan jadi la seperti gambo di atas. Satu periuk tu habis licin... bukan mama dan papanya yang habiskan. 3 budak tu la yang habiskan Hafiz, Izati n Luqman. Mama dan papanya makan 1/2 ketam je.. Tapi yang seronok apa yang dimasak habis dimakan.
Waktu malam pulak ajar hafiz membuat latihan. Minggu ni minggu peperiksaan bg semua pelajar. Jadi, tiap-tiap malam bersama-sama hafiz ulangkaji apa yang patut. Ni pun kena paksa baru nak buat ulangkaji, kalau tak asyik maaaiiin aje. Tiap-tiap malam tido jam 12 malam selepas selesai ulangkaji.
No comments:
Post a Comment