Syawal bakal menutup tirainya, namun sambutan raya semakin hangat. Semakin hampir kedatangan Zulkaedah, semakin rancak sambutan hari raya di sana sini, tak kira di pejabat, di rumah-rumah atau di taman-taman. Semuanya seolah-olah berkejaran dengan hari-hari Syawal yang akan pergi. Tahun depan wallahua'lam, berjumpa kembali atau tidak. Satu persoalan, adakah pemergiaan Ramadhan lepas kita meninggalkan ia dengan penuh kerinduan dan tangisan? TEPUK DADA TANYA IMAN.
Kali ini nak citer sambutan Eidulfitri di perkampungan kami, Taman Bukit Dahlia. Sambutan ini di saat akhir Syawal, 28 Syawal. Majlis ini berlangsung pada malam hujung minggu. Memang kat taman kami tiap-tiap tahun adakan majlis sambutan hari raya. Hasil kutipan derma pada majlis marhaban digunakan untuk menjayakan majlis ini. Siang sebelum majlis, setiap lorong di amanahkan untuk memasak 1 menu.
Sambutan hari raya di taman kami ringkas sahaja, Lepas ucapan dari Pengerusi taman dan bacaan doa, tetamu yang datang dijamu dengan juadah yang perbagai. Ketika inilah nak rapatkan lagi silaturrahim antara penduduk taman. Nak berkenalan dengan penduduk taman pun boleh. Kadang-kadang terserempak kat pasaraya pun tak kenal jiran sendiri.
Selepas sambutan hari raya. sempat lagi ke rumah terbuka yang kebetulan buat malam yang sama. Budak-budak yang paling gembira, tak henti-henti bermain. Jam 11 baru selesai beraya.
No comments:
Post a Comment