Semalam hari Khamis, sedang asyik mendengar taklimat CLO dan PLO dari pensyarah JKM, tiba-tiiba saya mendapat panggilan daripada seseorang yang telah kenal suaranya, cikgu sekolah tadika anak, PASTI. Hati berdegup kencang sebab suara cikgu yang agak cemas.
"Assalamualaikum...Ni anak Luqman, ada berlaku kemalangan di sekolah. Tak tau macam mane... tong pemadam api terjatuh atas kaki dia." kata-kata cikgu yang menyebabkan jantung saya bagai nak jatuh.
"Hah...", saya rasa kelu lidah, tak tau nak cakap apa."Saya dah bawa ke klinik Hijrah dekat PASTI", balas cikgu.
"Ok..ok...saya ke sana sekarang", saya terus bergegas ke sana dalam keadaan berdebar.
Sepanjang perjalanan hati berdoa agar semuanya o.k. Saya terus call suami apa yang berlaku.
Sekali lagi cikgu membuat panggilan "doktor cakap kena bawa ke hospital, tak boleh nak jahit di sini, lukanya dalam".
Sampai je di klinik, luqman baring dalam keadaan muka yang tenang dan tak ada riak seperti orang menahan kesakitan.
"Saya tak tahu macam mana tong pemadam api boleh jatuh atas kaki dia...dia main ke apa... tak tau la... cikgu tengah mengajar, dia sorang2 keluar dari kelas., ingatkan dia ke tandas. Tiba2 terdengar macam ada benda jatuh dan kawan2 dia menjerit 'cikguuu...darah...'. Cikgu kelas dia menjerit panggil saya. Saya panik, tengok banyak darah dan terus call awak. Yang saya hairan, luqman ni sikit pun tak menangis... berdiri je kat situ..." terang cigu panjang lebar.
"Kalu berlaku kat rumah dah menangis dah ni..." balas saya.
Selepas selesai urusan dengan doktor saya dan cikgu terus bawa luqman ke hospital penawar untuk rawatan segera ke bahagian kecemasan.
Selepas doktor dan staf nurse membuat pemeriksaan, kaki luqman di x-ray untuk melihat keadaan tulang kaki. Kemudian doctor mengesahkan tulang tak ada apa2, cuma isi bahagian depan ibu jari hampir terputus dan ia perlu dijahit sahaja.
"Alhamdulillah...ya Allah minta mudah segala" doa saya di dalam hati.
Semasa proses menjahit, doktor dan staf nurse kat situ hairan sebab luqman tak menangis pun, tak seperi bidak2 lain yang meraung bila melihat jarum.
"Kuat budak ni...tak menangis pun, relax...siap boleh main game lagi."
Saya dan suami yang ada di situ hanya tersenyum sahaja.
"Isi bahagian depan ni 50-50. Saya tawakkal jahit, sebab isinya dah nak terputus. Kalau ada rezki, dia bersambung semula. kalu tak, mungkin tak adala.. Nanti 3 hari lagi saya akan tengok macam mana."
Saya hanya mendengar dan dalam hati terus berdoa agar semuanya selamat.
Selepas siap dijahit di dalam bilik kecemasan, cikgu masih lagi ada di luar bilik.
"Macam mane?"tanya cikgu
Saya menjelaskan serba sedikit apa yang telah diberitahu doktor tadi.
"Eee...luqman ni...'hairan bin ajaib' betul...tak menangis sikit pun", kata cikgu dia yang masih hairan dengan luqman.
Itu lah anak saya luqman. Luqman...luqman...mama pun hairan kenapa luqman tak menangis. Dlam 'kepala' mama ni terbayang-bayang betapa beratnya tong pemadam api tu jatuh atas kaki anak mama, tapi tak menangis...
Apa pun semua yang berlaku semua di 'tangan' Allah Taala. Ada hikmah disebaliknya. Yang pasti ia adalah setitik ujian dari Allah untuk menguji hambanya.