Friday, July 1, 2011

Satu Minggu Di Rumah

Salam. Satu minggu bercuti rasa seronok pulak sambil melayan karenah anak-anak dan menguruskan serba sedikit hal ehwal rumahtangga. Rasa 'best' pulak duk kat umah. Emm... Minggu depan penuh la kepala ni dengan kerja2 pejabat dan yang sewaktu dengannya. Siapkan Fail Rekod Pensyarah, Rancangan Mengajar, siapkan bahan untuk ke kelas, tugasan2 pelajar, soalan2...ah...banyaknyeee kerja nak kena buat....tak termasuk lagi kerja2 sampingan yang lain. Terasa semakin penat....tapi jika kita buat kerja ikhlas kerana Allah, insya'allah Allah mudahkan. Ya Allah minta mudah segala kerja2 ku.

Cerita siket aktiviti masa cuti ni...dok kat rumah lebih banyak melayan karenah si kembar . Tiga lagi ke sekolah. Izzati dan Luqman jam 12.30 baru pulang dari sekolah. Hafiz plak, lepas sek agama pegi mengaji. Balik rumah dalm sejam, pegi pulak ke sekolah kebangsaan. Pagi2 biasanya melayan si kembar ni bermain, kadang2 nak tengok cerita kartun (kantum-bahasa pelat si kembar). Si kembar ni kena selalu perhatikan mereka. Bila bergaduh atau berebut barang, bermula la aksi cakar mencakar dan gigit menggigit. Anak jantan katakan, bermain pun boleh tahan lasaknya.

Time tidor si kembar ni biasanya tengahari. Ha...time ni mama amabil kesempatan menjahit dan potong baju raya. Alhamdulillah...hampir semua baju raya anak2 dan papa dah siap dipotong, tunggu nak jahit je. Termasuk la baju sendiri. Emm...raya tahun ni temanya warna coklat. Target tahun ni nak sipakan baju2 raya ni sebelm puasa. Harap2 tercapaila target ni..


Mama...ni la tempat saya melepaskan penat lepas bermain...


Asyraf...jom kita jalan2...Bye mama...


Amir : Mama..cuba bilang gigi saya ni ada berapa? Cantik tak gigi saya?


Asyraf : Mama...gigi saya lagi cantikkan? Cepat bilang gigi saya ni.


Bangun ke tidor, terus on komputer.


Asyraf : Amir...jom kita lumba, sape cepat dapat hadiah...


Panat ah manjat...nak rehat jap


Waa...mama... saya kalah


Time membaca dan menulis.


Time makan...kongsi bekas. Pandainya anak mama makan sama2.






No comments:

Post a Comment