Salam. Semalam 2.7.2011 PASTI Kawasan Tebrau menganjurkan Karnival 2 Dekad PASTI, bertempat di Sekolah Rendah & Meneng Agama Tahfiz Pasir Gudang. Sebelum ini PASTI hanya mengadakan ihtifal sahaja, tapi pada tahun ini disambung hingga ke malam. Pada waktu pagi diadakan pertandingan antara 11 PASTI untuk mencari bakat dan akan dipertandingkan di peringkat negeri. Antara pertandingan adalah sajak, bercerita, nasyid, azan, membaca khutbah dan hafazan al-Quran. Saya diamanahkan menjadi hakim bagi pertandingan sajak. Melihat bakat-bakat yang ada pada si cilik terasa begitu teruja dan harapannya agar mereka inilah menjadi pelapis dakwah buat generasi akan datang. Terasa sejuk ibu yang mengandung bila melihat bakat yang ada pada anak2.
Pada sebelah petang pula diadakan ceramah motivasi keibubapaan bersama Nazrey Johani (ex-vokalis Raihan). Pengisian yang diberi amat terkesan di hati. Tambahan pula ceramah ini didengari oleh pihak suami. Diselang seli dengan nyanyian merdu dan zikir dari beliau. Ia betul2 menusuk terus ke dalam kalbu. Banyak tips rumahtangga dan cara pendidikan anak2 yang diberi. Kadang2 isu/tajuk ini selalu kita dengan baca dan dengar, tapi ia perlu diulang2 sebagai peringatan dan panduan kepada diri yang selalu lupa. Apa yang agak menyedihkan, sambutan agak kurang memberangsangkan. Alhamdulillah...banyak ilmu yang dapat dipetik untuk panduan diri ke arah merelisasikan 'isteri solehah'. Satu kata2 daripada beliau : "Cinta suami isteri akan berkekalan jika dialas dengan cinta Allah Taala"
Malamnya pula diadakan konsert bersama Nazrey. Beliau membuat persembahan beberapa buah lagu dan diselitkan dengan sedikit tazkirah dan huraian pada lagu. Konsert berakhir hampir jam 11 malam.
Wajah yang tenang ketika menyampaikan ceramah.
Bergambar bersama Nazrey Johani selepas tamat motivasi. Amir je tak ada dalam gambar. Tinggal kat umah...tidur.
No comments:
Post a Comment