Sunday, July 3, 2011

Kisah Si Helang



Salam. Hari ini saya ingin kongsikan sebuah cerita berkaitan dengan Sang helang. Kisah ini saya dengar melalui motivasi pagi bersama Ust Badli Shah Alauddin di radio IKIM.fm. Helang adalah seekor unggas yang terkenal dengan kehebatan dan keberanian yang tiada tolak bandingnya. Kajian menunjukkan bahawa helang adalah burung yang memiliki usia yang sangat lama iatu boleh mencecah sehingga 70 tahun. Ini adalah satu fakta yang menarik tentang helang. Tetapi sebelum mencapai usia 70 tahun, helang akan mengalami satu tempoh transformasi pada usianya 40 tahun. Dia akan membuat satu keputusan yang berat sama ada untuk terus hidup atau mati. Pada usia ini kuku helang akan menjadi tumpul, paruhnya akan panjang sehingga mencecah dada dan bulunya menjadi lebat sehingga sukar untuk terbang. Untuk membaiki semula keadaan tubuh badannya yang baru, helang mesti mengambil masa selama 150 hari. Caranya dia mesti terbang ke puncak gunung dan tinggal di jurang selama tempoh tersebut. Apa yang dilakukan di sana? Pertama helang akan patuk paruhnya sehingga patah dan menunggu paruh yang baru tumbuh semula. Kedua, helang akan cabut kuku yang tumpul tadi dan kuku baru akan tumbuh. Ketiga, bulu2 lama akan dicabut untuk mendapatkan bulu yang baru. Apabila selesai tempoh 150 hari, helang tadi muncul dengan wajah dan rupa yang baru. Helang tadi dapat hidup 30 tahun lagi dengan lebih hebat dan ia menjadi kebanggaan pada dirinya.


Apa yang boleh kita belajar dari kisah helang ini? Pengajarannya adalah sanggup berubah. Kita mesti berani berubah untuk menjadi orang yang lebih baik, lebih hebat dan juga lebih cemerlang sama ada di dunia atau akhirat. Apa kaitannya dengan 40 tahun?


Sejarah Islam mencatatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasul ketika baginda berusia 40 tahun.


Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang berusia 40 tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka bersedialah ia ke neraka Allah.” (Riwayat Tabrani)



Orang Barat mengatakan kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Seperti teori mereka iaitu “Life begins at 40” atau “permulaan hidup berlaku pada usia 40 tahun”.

Rasulullah s.a.w. bermaksud: Manusia dihimpunkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai setitis mani, 40 hari segumpal darah, 40 hari sebagai seketul daging, 40 hari berikutnya ditentukan jantina, amalan, rezeki, syurga atau neraka.


“Ya Allah…jadikanlah bagi ku, suamiku, anak2ku, ahli keluargaku, sahabat2ku, jiran2ku, pelajar2ku dan semua umat Islam kebaikan di dunia dan akhirat. Amiin”


No comments:

Post a Comment