Thursday, April 21, 2011

TAHNIAH BUAT IZZATI & LUQMAN. TERUSKAN USAHA BUAT ALONG

Tengahari tadi pulang ke rumah, kakak dan Luqman sibuk menceritakan buku yang mereka dapat. "Mama, cikgu dah bagitahu kakak dapat nombor brape...kakak dapat nombor 4."
"Mama, saya dapat nombor 8", tambah Luqman. "Mana buku...mama nak tengok." Masing2 sibuk menunjukkan buku rekod.

Budak-budak...apa yang mereka tahu pasal nombor dan kedudukan dalam kelas. Kadang2 mak bapak lebih beriya2. Apa pun tahniah buat kakak dan Luqman. Lebih2 lagi Luqman yang tiada pun usaha untuk ujian. Cuma kakak agak bersungguh untuk menghadapi ujian. Anak perempuan rajinnya berlebih2 daripada anak lelaki.

Ni result kakak:









Ni plak result Luqman:










Buat along (hafiz), teruskan usaha. Along... pemikirannya kadang2 kreatif dan pandai juga, cuma usaha agak berkurangan daripada adik2nya. Result along baru2 ni tak la teruk sangat, dapat tempat 19/40, 2A 2B 1C. Cuma sekolah agama agak menurun keputusannya, 33/38. Along sebagai abang yang sulung, kadang2 perangainya melebihi adik2, manja...merengek...merajuk. Itulah yang menguji kesabaran mama dan papa. Apa yang boleh dipuji, along ni suka dan rajin menolong.



Wednesday, April 20, 2011

BAS ROSAK

Pagi tadi dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah, Hafiz (along) ke Sek Agama Taman Mawar, Izzati (kakak) dan Luqman ke Pasti Taman Mawar, jalan agak sesak daripada biasa. Kalau hari2 biasa, papa mereka akan hantar alang ke sekolah agama, saya akan hantar kakak dan Luqman ke PASTI. Oleh kerana papa mereka aut-station 3 hari, tugas ini diambil alih seorang diri.


Pagi tadi pun 'berperang' dulu dengan Luqman dan main 'kejar-mengejar' dengan dia kerana tidak mehu bangun tidur dan tak nak mandi. Dipujuk-pujuk tak makan saman, last2 terpaksa angkat ke bilik dan paksa mandi. Itu lah rutin harian mama dan Luqman setiap pagi (hehehe), kecuali kalau papanya ada, cepat je bangun tidur (sebab takut kat papa dia).


Pagi tadi alhamdulillah, jalan tidak la jem sangat2, rupa2nya ada bas rosak di tengah2 trafic light. Kenderaan terpaksa bergerak dalam keadaan yang sangat perlahan. Selepas balik dari hantar
budak2 tu ke sekolah, on the way ke politeknik, jalan masih jem, makin teruk. Kereta hanya lepas 2 @ 3 biji sahaja bila trafic light berwarna hijau. Saya juga terkandas di tengah2 trafic light. Akhirnya bunyi siren polis trafic datang mengawal lalu lintas. Alhamdulillah.....

Bas kilang rosak pulak tengah2 trafic light



Kesesakan lalu lintas.








Monday, April 18, 2011

Mengimbau Memori di Mekah 1 - Air Zam-zam

Salam. Kenangan di Mekah tetap terpahat di hati dan sanubari ini. Antara kelebihan dan keistimewaan di Mekah adalah air zam-zam. Rasanya kenikmatan minum air zam-zam di Mekah dan Madinah tidak sama dengan minum air zam-zam di tanah air. Di sana kita boleh minum sepuas-puasnya dan semahu-mahunya. Saya ada beberapa kisah yang ingin dikongsikan tentang air zam-zam. Ceritanya sungguh unik dan menakjubkan diri-sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w tentang air zam-zam yang bermaksud : "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Kisah 1 : Cuaca di Mekah ketika musim haji yang lepas berbeza antara siang dan malam, walau pun ketika itu musim sejuk. Pada waktu siang, cuaca agak panas, tetapi bila tiba waktu malam, cuaca berubah dengan mendadak, begitu sejuk. Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan jemaah termasuk saya mengalami batuk2 dan juga demam. Bagi diri saya. walaupun badan kadang-kadang terasa seram sejuk seperti nak demam dan tekak terasa gatal, alhamdulillah...penawarnya adalah air zam-zam yang disertai dengan doa. Hakikat yang menyembuhkan adalah Allah Taala. Oleh kerana air zam-zam telah dijanjikan kehebatannya, ia adalah asbab kepada penyembuhan penyakit. Alhamdulillah...sepanjang di Mekah dan Madinah, kesihatan saya adalah terjaga dengan meminum air zam-zam. Kesihan juga melihat kesihatan suami di Mekah dan Madinah agak terganggu dengan demam dan batuk yang silih berganti. Apa pun itu semua kehendak Allah.

Kisah ke-2 : Keadaan cuaca yang agak panas di Mekah pada siang hari menyebabkan bibir saya kering dan merekah, dan akhirnya berdarah. Keadaan ini berlaku ketika perjalanan ke masjidil haram untuk solat zohor. Ketika di dalam masjid, bibir saya terus berdarah tanpa henti walaupun telah dilap beberapa kali dengan tisu. Waktu solat semakin hampir, bibir yang berdarah menyebabkan saya kurang selesa. Otak ligat berfikir "bagaimana ni"? Akhirnya Allah mendatangkan ilham untuk sapu bibir ni dengan air zam-zam. Alhamdulillah...satu keajaiban berlaku bilamana air zam2 disapu pada bibir dan disertai dengan doa, dengan izin Allah, darah berhenti secara tiba2.

Kisah ke-3 : Antara kelebihan air zam-zam ialah ia boleh menghilangkan kelaparan dan mengeyangkan. Perkara ini berlaku pada diri saya. Selepas habis haji, masa kosong yang ada, saya dan suami akan melakukan umrah sunat. Kami hanya pergi berdua sahaja, kerana tidak mahu terikat dengan jemaah lain. Biasanya umrah sunat dalam musim haji ni agak lama jika berbanding musim umrah. Jika semasa musim biasa, 1 umrah lebih kurang 2 jam, tetapi musim haji kadang2 makan masa 3 hingga 4 jam. Biasanya kami mula mengambil niat di Tanaem jam 8 pagi dan selesai betul2 masuk solat zohor. Selesai sahaja umrah, memang perut dah berbunyi untuk diisi. Nak ke kedai membeli makanan memang tidak sempat. Jadi alas perut kami adalah air zam2. Alhamdulillah, selepas minum air zam2 terasa perut kenyang seperti selepas makan 1 pinggan nasi. Dah selesai solat, pulang ke hotel dengan perut yang masih kenyang.

Itu lah antara kisah air zam2 di sana, memang mujarab dan berkat. Seronoknya di sana, kadang2 air zam2 boleh dibuat mandi lagi. Minum air zam2 ni pulak, memang tiada kepuasan. Biasanya, selepas solat sunat tahiyyatul masjid, saya akan minum air zam2 untuk dapatkan keberkatan sambil berdoa, "Ya Allah aku mohon pada-Mu ilmu pengetahuan yang bermanfaat, rezki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit dan kepedihan dengan rahmat-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dari segenap yang pengasih."

Tong air zam2 yang disediakan di dalam masjidil haram. Jumlah tong air zam2 di musim haji lebih banyak jika dibandingkan pada bulan bukan musim haji.



Wednesday, April 13, 2011

MyV ku...

Semalam dalam perjalanan ke Politeknik Johor Bahru, selepas balik rehat sekejap di rumah, berlaku satu inseden. Lebih kurang dalam pukul 2.30 petang, jalan menuju ke masjid poli, terdapat beberapa orang pekerja sedang memotong rumput di tepi jalan. Hati ini terdetik..."jangan2 batu terkena kereta aku". Tiba2 terdengar satu letupan kecil di belakang kereta dan diikuti dengan bunyi deraian seperti cermin pecah. "Ya..Allah, cermin belakang dah pecah. Aku terus keluar dan melihat apa yang berlaku. Pekerja tadi datang dan bercakap dengan loghat indonesia. "Saya dah telefon boss saya, nanti puan boleh cliam." Saya terus mengambil nombor boss dia dan membuat panggilan. Alhamdulillah...boleh membuat tuntutan dengan syarat hantar kereta ke bengkel keretanya di Taman Daya. "Jauh juga tu.." Oleh kerana abang out station, jadi kereta di hantar ke bengkel pada esoknya. Rupa2nya saya bukan orang pertama yang menjadi mangsa cermin kereta pecah disebabkan oleh perkara yang sama, dah ada 2 3 orang staf PJB yang telah terkena. Apapun...semuanya dari Allah, Dia yang memberi dan Dia juga yang berhak megambilnya. Kita sebagai hambaNya hendaklah bersyukur bila mendapat nikmat dan redho serta sabar bila diuji.

Monday, April 11, 2011

SI KEMBAR DAN KAKAK DEMAM

Hari ini mama cuti rehat 1 hari. Kasihan kat anak mama, terutama si kembar. Tiba2 je mama balik kerja semalam tidur tak bermaya...DEMAM. Kedua2nya muntah selepas minum susu. Rumah kami yang biasanya bingit dengan suara si kembar menjerit dan bermain bersama abang dan kakak mereka, semalam terasa sangaaat sunyii. Terasa kosong rumah tanpa suara gelak ketawa dan tangisan mereka. Hari ini selepas makan ubat, (alhamdulillah si kembar ni mudah untuk makan ubat tanpa dipaksa) tiduuurr dan baring je. Doa mama agar anak mama cepat sembuh.

Ni kisah demam si kakaknya pulak. Semalam semasa mama hantar ke sekolah, kakak duduk merengkok di tempat duduk depan kereta. Mama tanye kenapa kakak? Diam sahaja.

Mama rasa badan kakak..panasnyaa..."Kakak demam...Kakak tak perlu ke sekolah lah...mama hantar balik ye.."

Kakak menggeleng kepala tanda tak nak balik rumah. Nak ke sekolah juga. Tak pela...mama hantar je ke sekolah.

Tengahari mama balik rumah...kakak tidur kepenatan, selepas makan ubat, Ingatkan demam kakak berlarutan....alhamduliullah hari ini dah sihat, pergi juga ke sekolah.








Alahai...kasihannya anak2 mama.

Thursday, April 7, 2011

MeMOri BaLiK KaMPuNg

Rumah di Kg. Pulau Rusa


"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"... Walaupun hujan emas di negeri orang, negeri sendiri tetap di hati. Di sana bermula segala kisah suka duka bersama ibu, ayah dan keluarga tercinta. Selepas 17 tahun membesar bersama ibu tercinta, terpaksa berpisah kerana tawaran belajar ke UMKL. Walaupun hati sedih, terpaksa akur untuk mengejar sebuah cita-cita. Hanya cuti semester menjadi pengubat rindu.


Selepas tamat belajar di sana selama 3 tahun, sempat duduk di rumah selama 1 tahun sementara menunggu dihantar posting. Sepanjang tempoh tersebut, sempat juga mengambil upah menjahit baju. Pada akhir April 2000, dapat tawaran posting ke Politeknik Johor Bahru. Daftar pada 2 Mei 2000.

Pada 2003 bertemu jodoh dengan orang Johor. Jawabnya memang tak boleh la nak balik ke negeri sendiri, kecuali dengan takdir Allah. Sejak berkahwin peluang untuk pulang ke kampung amat terhad, dalam 3 atau 4 kali setahun. Balik pun hanya 4 atau 5 hari sahaja. Campur dengan perjalanan, hanya 2 atau 3 hari saja la kat kampung. Alhamdulillah...sepanjang perkahwinan, raya puasa tak pernah miss untuk balik ke Terengganu.

Cuti sekolah bulan 3 baru ni sempat juga balik ke kampung. Perancangan awalnya nak bercuti selama 5 hari, last minit abang terpaksa ke mesyuarat di KL. Jadi hanya 2 hari saja di kampung. Apa-apa pun redho aje la. Yang penting dapat ziarah ibu (cek) di kampung yang semakin uzur dan selalu tidak sihat.

Sebelum pulang ke Terengganu, sempat lagi bawa anak2 jalan2 ke KL. Pada awalnya nak ke pameran dinasour, last minit ubah fikiran untuk bawa anak2 ke tempat permainan "Time Squre". Tempat ni terletak di tengah2 bandar dan di dalam bangunan. Memang banyak mainan, bermacam2, boleh main tanpa had masa. Banyaran untuk kami sekeluarga RM100++. Anak2 la yang paling seronok, mama dan papa mereka pun boleh la tumpang sekaki. Mainan ada untuk setiap peringkat umur. Tak sedar masa berlalu...kami di sana hanpir 4 jam.



Pintu masuk


Mama bersama anak-anak


Kawasan khusus untuk anak2 2-3 tahun, tetapi mesti di bawah kawalan ibu bapa.


Macam2 mainan yang ada di sini.


Ni plak suasana di kampung. Luqman melukis atas tanah.


Seronoknya berlari2...


Lepak kat tangga.


Sempat lagi bermain sahiba sebelum balik.